January 31, 2011

::till we meet again::

salam and greetings to all...

tajuk entry x bley blah. macam nak g jejauh je. tak g memana pun la. i'm still here bro. "bro"??..hehe sape2 la...

ok...aku berjimba dan memperhabiskan wang lagi. sungguh kurang bertamadun. bila nak insaf and sedar diri yg minggu ni saja dah masuk 2 minggu aku shopping. what the... memang la duit tak cukup2 kalau macam ni. tapi apa nak buat. kehadirannya tak diundang pun.hehehe...teeettt...cuti kali ni aku spend 2 days je kat perlis. so masa yang ada memang digunakan sebaiknya utk jumpa kengkawan yang sakit otak+putus fuse macam aku..eh tak..bukan aku..diorang je.

---> ini diorang yg putus fuse tu. tak caye. tengok kat bawah...
.
.
.
.

.
.
.
OMG..bila plak aku bkawan dgn dia ni. aku yg putus fuse bkawan dgn makhluk-tak-siap ni....

mereka ini yang sebenarnye. sorg tu gaya menari canggung. yg sorg tu bajet cun la konon..hahahah..but both of you are great, buddies..aku pon kan..jgn cakap tak..tampar laju2 kang...


---> sape yg tak pernah jejak padang besar angkat punggung. jom aku bawak pusing shopping complex paling best kat dunia ni. sebab apa aku cakap paling best. sebab ada ni....


jam tangan rado siot...

handbag gucci wa cakap lu...

peh... handbag burberry

dulu ni player football yg giler ganteng je boleh pakai....sekarang cakap je nak sehelai..ak bg free..

chanel beb...chanel.....hahaha...--->gelak giler kuasa

tu sikit baru yg aku tunjuk menunjuk kat sini. kalau nak tau apa lagi, ada sila naik bus kat stesen bas kangar turun kat padang besar. confirm tak sesat.

~~> and duit ku melayang lagi..murah beb..tak menahan. sib baik aku tak rembat dua helai..special offer plak akak jual baju tu bagi..demmmmm...


ok..ni mcm sape korg rasa..
a) lady gaga vs ashley simpson
b) kak nita vs mama rina



~~> on the way balik. biasa ar ni taking2 photo. bajet model rampai iklan...


conclusion utk hari ini...
i) duit habis
ii) muka cam hampeh je sbb balik lambat..wahahaah
iii) to be continued kat melaka plak..wahahahhahah

January 30, 2011

::hujung minggu aku::

salam and greetings to all..

cuti yg diberi sepatutnya kita gunakan dengan sebaiknya. tiru macam aku la. haaha...cakap besar siot. cuti mid sem dah start so cam biasa klu dah nama pun cuti buat apa aku nak betapa lama2 kat bumi hang lekir tu ---> why lekir instead of other's hang?? lepas kelas habis kul 5 ptg jumaat yg lalu (actually aku blah awal before 5 lagi.hahaha) aku dah bertolak ke KL. well cam biasa ar aku. mana direct ke perlis. hehehe..2 hours on the road aku sampai kat serdang. my sis amik aku kat sana then bawak lari aku ke rumah dia. malam tu agenda dia nak main paintball so ak ikutkan je sambil2 tu blh tengok2 gak camne diorg main kan. mana tau lps ni rezeki lebih or ada org buat amal jariah kat aku nk belanja aku mainkn..hahaha..verangan la aku...pluz minuz tgk game ko-tembak aku--aku-tembak-ko dalam kul 12++ balik ke ampang sebab nak mengantar sepupu we olls 2 org. dh sebab lambat sgt nak balik umah makcik yg sorg lagi tu, ktorg tdo je ar umah pakcik yg ini --->peh, banyak btol umah tumpangan. pening nak pilih mana satu..ahakzz...malam itu berlalu begitu sahaja..tu pun lambat tdo gak. thanks to my "ling" sbb tman aku berSMS...weeee...

esok pagi punya ceritera...

my pakcik aka paksu announce (bunyi cam pengumumam sekolah jew) sape nak ikut g IT fair kat mid valley cepat2 bersiap. so, sebagai pemegang rekod org paling cepat bersiap, aku la yg paling awal siap. erk...pening ayat aku sendiri. touch up cket2 je sbb aku memang sedia pretty and gorgeous. hahaha. tak caye..tanya org sebelah.

kisah kat mid valley...

aku xde nak cari apa sangat kat IT fair tu. just nak cuci2 mata tengok gadjet2 ni. unfortunately, kalau dah nama A-F-I-Q-A-H mmg tak sah kalau tempat yg dia jejak tu tak beli apa2. at last hambek ko aku beli anti virus kapersky. 100 hengget melayang. tp xpe benda berguna kan. and the best part is abah nak ganti balik 100 tu..weee....laju je aku beli. percuma 1 key. ok la tu kire mcm kte beli 4 license for 100hengget je. apa nak berkirakan sangat..ceewaah...padahal mula2 tu berkira gak nak beli. ahakz..pusing2 dalam hall tu penat siot. besar kot tempatnye. mau tercabut sendi2 aku ni. dah tawaf 2 kali at last text paksu aku we ollz tunggu kat luar dewan. time kat luar dewan ni la aku dgn sepupu aku wat terok mcm rusa baru masuk pekan. hahaha. chinese new year is just around the corner kan. so trasa macam kat negara china la plak. deco diorg biasa la. cantik2 dgn lantern and mcm2 benda tergantung tu. teruja la plak. at last snap apa yg patut je la.hahah..control beb. gadis ayu kot.

-->mula2 jejak tempat ni dlu. PETS WONDERLAND. ala2 mcm citer alice in wonderland la. hahah..mana ada. ni pet shop je. mcm2 haiwan ada. anjing, kucing, burung, arnab, tikus and spesis aku tak bleh tahan geli cicak and katak pun ada. peliss..mau aku lompat je kalau takde org kat situ.


---> pastu jalan2 depan kedai ni. WORLD OF FENG SHUI. tempat tilik nasib and ramalan hidup. masing2 ada kepercayaan kan. so, sape2 nk bertandang tempat ni boleh la cuba nasib. aku just lalu depan kedai je. tak masuk pun. hahaha...i believe in my only one GOD.


--->ni yg akak teruja sgt nok.view dari atas je la. tengok org snap2 gambar je. mana tahan. nak gak at least 1 ke 2 kefeng. hahaha...walaupun aku xde dalam pices ni...weeee



ok..dah nak balik..hehehe

--->yg tutup telinga dgn headphone tu kazen aku dgn sis dia. paksu yg tengah2. dalam train nak balik ke station datuk keramat. masa datang td park kereta kat sana. muka penat-giler vaveng...


---> sweet tak akak. ahakz...i ada handbag baru brand kapersky lagi tau. spesel edition u. hahaha...muka tak malu kan depan2 org ramai pun nak snap lagi. gilak la lu....


okeh..dah penat jalan kan..dah dapat barang kan. so last stop kat datuk keramat. pekena roti canai pasar kramat skali. peh...lama tak makan kat sana...

---> kedai nasi padang fevret. dap woooo


-->area lorong keramat dalam 8 kot.


--->last but not least..pasar kramat. still got pakcik jaga parking tu.

January 25, 2011

::5 perkara tak boleh blah pasal UTEM::

salam and greetings to all...

do you proud to be utem's student?? hahaha...of course la kan. kalau tak kenapa pilih utem. tapi bangga2 pun still ada beberapa perkara yang aku memang tak boleh blah. cekit dis out...

--> klinik terletak nun jauh dari tempat tumpuan pelajar. korang cuba bayangkan klinik ni letaknye kat bahagian paling hujung dalam utem ni. ish ish ish...nak kesana pun bukan senang kalau takde kenderaan. nak jalan..hurm..agak2 kalau tengah sakit sanggup ke nak jalan sampai ke sana. pada pendapat aku la. klinik ni sepatutnya kat area2 yg mudah kte pergi. aku selalu cakap kat kawan2 aku, kalau la ada pesakit yg sakit sangat, sementara nak sampai kat klinik boleh pengsan pesakit tu.

--> pernah tak korang rasa amik exam dengan lalat dalam exam hall. ahaha...u will experience this at utem. kalau setakat sekor dua lalat tak pe lagi. ini dah macam duk makan kat kedai mamak tepi longkang dah. aduuhh...aku paling lemah bila time jawab exam tangan tergawang gawang halau lalat yg datang hinggap kat aku. haishh...mengganggu konsentrasi btol la.

--> ni pasal technician utem. ada la sorang technician wanita ni (teeettt). mak aih. kereknye. macam la dia tu lecturer kitorang je. as a pembantu student suppose bantu la kan. kami ni STUDENT. ada jugak buat kerja tak kena kat mana2. nak guna machine yg besar gedabak tu bukannye senang and bukannya hari2 kami mengadap machine tu mcm u all. bila student tak reti pakai tolong la tunjukkan. ni tidak. main sound kami macam la kami ni hari2 guna machine tu. nak tegur kami satu hal. gaya tegur tu yg paling aku tak boleh blah. macam nak smack down je pompuan tu. "kamu tahu tak kamu pakai drill bit saiz berapa. tahu tak sesuai ke tak dengan drill tu." mak aih. kalau boleh paste muka dia kat sini, aku dah paste dah. macam haperrr je. kalau salah tegur la elok2 sis. ni mcm nak cari gaduh je. where is your manners. tak belajar ke sebelum masuk kerja kat utem. jangan sampai aku jerit "KO TECHNICIAN JE PON". kan dah kluar aura blagak sombong aku. hilang respect kat ko kang. technician lelaki gak yang bagus. huh...(marah betol ni)

--> disebabkan utem ni universiti yg baru lagi (10 tahun tu baru la kan) banyak lagi infrastruktur yang belum siap. salah satu darinye fakulti aku. i mean by its lecture hall la. ktorang still kena menempek kat fakulti lain utk lecture session+tutorial and what so ever. kalau kelas dalam satu hari tu dalam bangunan fakulti yang sama ok la kan. tapi ada certain time kena move dari one faculty to another one. mak aih. bukannye dekat2. kalau dari FTMK to FKEKK mau dekat 500++ meter kena menapak. wuiishhhh jauh tu. kalau tengahari camne. kalau hujan camne. koridor takde nak menghubungkan antara fakulti2 yg ada.

--> korang nak rasa jam tak dalam kawasan universiti. kalau nak rasa boleh la berkunjung kat utem ni. hahaha.. utem ni sangat baik hati sebab student dibenarkan bawak kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi and kami dah boleh bawak kenderaan sendiri since year one lagi even takde pegang jawatan dalam mana2 persatuan or kelab. so kalau nak gerak dari 1 destinasi ke destinasi yang lain opkoz kena bawak kenderaan masing2. time ni la jam especially kalau jalan2 yg sempit. kadang2 sampai selisih dengan bas utem. kenderaan staf dgn kenderaan student kadang2 tak dapat nak bezakan. dah semua bawak kenderaan kan. hahaha..

January 24, 2011

::KILOGRAM aku dah turun lagi::

salam and greetings to all..

macam apa je aku ni. kadang2 bersokan sometimes tak hingin pun. bila mood and semangat sedang membara, time tu la cita2 nak kurus+sihat membuak2 dalam hati. NTAH APA APA LA KO NI!!..haha..orang cakap, badan dah "slim" tak payah giat sangat nak bersenam. kena tiup angin melayang cenggitu je. euww..kalau aku jumpa org cakap macam tu lagi, aku cili mulut diorang. otak diorang ni mmg nak kena tune balik. bersenam tak semestinya nak kurus ok. aku memang sedia kurus dah. tak payah susah nak g london buat slimming program. weee..jimat duit akak nok.

pe cer ni tiba2 cakap pasal sukan ni. huhuh...cekdizout bebeh...

aku main badminton ---> eeuuww...macam baru 1st time pegang raket bunyinye. hehee. excited hokeh coz dah lama tak main ni. abaikan lokasi akak kat tepi gelanggang. time ni court penuh, so lokasi terbaik ialah dihujung court penjuru sebelah belakaaaang sekali..hehehe



see da champion. cik na dulu wakil sekolah hokeh lawan badminton. ternyata sangat susah nak menang bila lawan dengan akak ni. hehehe...--->ni bukan gaya nak berlawan ni. dah macam nak tibai kawan ada laa...



style tak budak2 kelas aku main. serius siot macam tengah rebut piala thomas gamaknye. orang kata style mau ada la kan. ngeh ngeh ngeh...


gaya terkangkang pun ada...hehehe





the only ladies in the house. semangat kesukanan yg tak bleh blah...



rehat jap bersama game ku-ci-pang. mcam budak2 je. hehehe...sambil2 hilangkan kesengalan kat tangan tu selang seli dengan main game budak-darjah-1 ni. mcm siot jer..ngeeee....


pe pe pun...best giler ar bila blh join budak2 sakit mental ni bersukan. join futsal plak blh blah x pasni..wakakakaaaaa.....

January 22, 2011

::di waktu ini::

salam and greetings to all...

ketika ini...saat ini...waktu ini...perut tak mampu menahan lagi...brrrr....kedengaran lagi..bunyi2 sungguh mengusik kalbu..lapar oh lapar....andai ku mampu warkahkan surat untuk mu.....

bau2an masakan jiran kiri kanan atas bawah menusuk kalbu. alangkah indahnye masakan2 itu menerjah ke perut ku ketika ini...brrrr....kedengaran lagi...

makanan oh makanan....

January 20, 2011

::pertemuan semula::

salam and greetings once again..

hari ni idea kencang mcm ribut la plak. ada je story yg nak aku semakkan kat blog aku ni. this time, cerita pasal pertemuan yg tak disangka sangka. after 8 years (plus minus) aku terjumpa balik member aku zaman menyetan kat sekolah agama dulu. sib baik takde adegan touching2+leleh2+peluk2+cium2 bagai. wat terok bulih. eksiden terjadi secara kebetulan je. sebelum terjumpa semalam, memang aku dah tertoleh sekali dua kali kat dia dah just macam eh dia ke ni or macam kenal je dia ni. hahaha. masa tu tahap kepastian aku sipi2 je. sampai la semalam aku confirm itu dia. aku mulakan perjalanan dengan memasukkan gear 1. ternyata sangkaan aku mmg tepat tanpa tersasar walaupun semilimeter :P borak p borak mai dalam lima nam minit dia pun blah dlu. ada member (lelaki hokeh) tunggu dia kat meja makan kat sebelah aku ni je..teettt..--->hg kantoi weh dgn aku..hhaha.

harini hari yang membosankan siot. so plan jumpa dia kat area2 rumah je. set kul 6 tunggu kat kafe. aku dgn makanan mmg kembar tak seiras. kena nasi goreng ikan masin sepinggan+telur dadar+air teh o ais limau.peh..cukup untuk perut aku yg tak seberapa besar ni. sambil2 tu sembang2 perkembangan dan penguncupan diri masing2. alhamdulillah. kami berdua jadi orang bukan beruang. thank you ticer2+ustat2+ustazah2 SMKAP. bangga tak u olls.haha..plan nak bertiga tapi sorg member ni sibuk kalah tun mahathir la plak. tak dapat join. kami berdua je la. layankan saja. kedai pun macam kami punya. sembang sampai tak ingat dimana bumi dipijak. weh..ak tak hipokrit tau. aku spesis gebang kadang2 tak ingat ada orang lain kat sebelah. masyaAllah. kalau bakal mak mentua tengok ni. nauzubillah. mau masuk ICU 3 hari 2 malam.

dah nak maghrib jugak ler kami beransur pulang. tu pun bila ada kesedaran tengok burung2 pun tau balik ke sarang masing2. syaitan time2 ni mmg suka kacau anak cucu cicit adam utk meninggalkan solat. lepas ni mungkin small reunion aku akan buat kat melaka memandangkan sem akhir ni baru aku dapat jejak kembali kawan2 lama. woii..pesal korang baru sekarang nak terbit kat melaka ni. melaka tak pernah dilanggar todak pun sebelum ni. tak pernah diserang oleh garuda pun.

hidup bagaikan perantau...
merantau dari setempat ke tempat yg lain...

(apa aku nak madahkan ni..tak paham btol!!!)

::4 tahun sudah::

salam and greetings to all...

alhamdulillah..akhirnya aku sekarang dah dalam tahun akhir pengajianku..erkk..skema dowh..pi mai pi mai dari kampus sementara Utem dulu kat cubic la ni dah pindah ke kampus tetap kat durian tunggal. kalau dulu masa 1st year jalan kaki je p kelas. 2nd year dh up cket p kelas naik kereta kawan. dah experience kulit gelap sebab jalan time panas2 sampai la kulit cerah balik cket..heheh...well..pengalaman mendewasakan manusia org kata..


stylo tak aku. ni masa aku year 1. still stay kat hostel. kurus sket time ni sbb g kelas jalan kaki jer eventhough kolej dah provide bus. malas nak tunggu bus time ni sbb bus kadang2 x ikut schedule ---> muka time ni innocent giler kan. junior la konon.hehehe


ni gambar poyo2 tengah study smpai letih la konon..hahaha...laptop, buku dgn pensel bagai atas meja study..sila abaikan buku reference yg difotostat. tau kat publisher buku tu mau aku kena saman. hahaha


kegembiraan lepas final exam sem 7. dah senior dah time ni. budget otai. hahaha. after paper langsung tak fikir camne la kegempakan result nanti.hahaha



while waiting for the lecturer. photo taken masa 2nd year kot. otai cket dah. kelas pun jap ada jap takde. melingkau kat umah je banyak...

well...through the days, aku pun dah semakin hampir ke penghujung semester. tak lama lagi semua ni dah nak jadi sejarah. sometimes rasa tak sabar nak let go all the memories here coz tak semuanye indah kan. but think again, semua ni yang ajar aku hidup berjauhan dgn family. at least ak bangga siotttt jadi student utem.hahah..may GOD bless buddy...



January 19, 2011

::sindrom tidor lambat bangun awal lagi::

salam and greetings to all..

pagi- pagi lagi dah bangun cek tak tau nak buat apa. dah la malam tadi tido punya la lambat. sekarang ni aku dah terkena sindrom tidoq lambat. hampeh..tak suka betoi time tidor lambat ni especially tertengok roomate dah terbongkang kat sebelah. alih2 apa nak buat. pusing kanan, pusing kiri, baca sms2 yg lama, kacau kawan aku yg sorang tu by text him la. hahaha..sian kamu sbb terpaksa jadi ubat tidor saya. hehehe...finally mata so berat macam ada batu baru la boleh lelap. itu pun jam dah pukul 2.50am. kadang2 mau terlajak sampai 3.15am. damn sungguh. as a student mak aku pesan jangan tidor lambat2. kesihatan kena jaga. but mummy, i can't help it. org nak tidor tp mata sentiasa segar bugar sampai 3 pagi. mungkin sebab tu aku selalu sakit kepala melampau. yg tak best pagi2 aku dah terjaga (in case ABC la..heheh) klu subuh tu opkoz la kena bangun. nak jadi muslim sejati kan. hantu betol la. cam biasa bila terjaga tengok org kat sebelah dulu. bangun ke belom. hurmm..dia pun lentok lagi. haishhh...nak tak nak, sebagai ganjaran anak dara bangun awal, aku on laptop kesayangan ni cek email. kot2 la ada special request dr someone mintak couple ke kan. ahaks...terdesak siot bunyinye..hahaha. bukan la. cek email kot2 ada company hantar email attend interview. weeee.....suppose pagi2 kita kena mulakan dengan something yg ceria. abes men-delete email2 yg merapu-ikan-kerapu aku bukak fb lak. cek notification. semakin lama semakin bosan plak fesbuk ni. sebelum ni fesbuk maniac jugak la. sampai nak termuntah kaler hijau gak la tengok fb ni. especially bila on pagi2 buta ni. sape yg nak hadap mcm aku kan. berapa kerat sangat la yg species terjaga awal macam aku kan (aku jugak) at the end, usha2 blog org lain. ada sekerat dua kerat blogger yg aku follow rajin menghapdet blog diorang dua tiga entry. ni species idea kencang punya la. macam aku plak, rasa nak hapdet baru la hapdet. kalau tak..hahaha...just see my blog full with sesawangan.. time ada idea nak ngarut tu, berisi la blog aku dengan entry baru. most of the time, i prefer to be a kinda blogwalking punya org la. baca blog org lain much exciting then updating your own blog. kan kan kan....

one more thing bila bangun pagi2 ni kalau dah hadap internet --> nak plak line internet-kencang- gila-siot-lajunye naik hantu ar aku. suka bebenor den time laju2 ni den pun sama laju bukak beautifulnara..wakakaka...intipati pagi2 yg tak berilmiah ni mmg suke benar la kan. spesis ni org utara selalu panggil "mangkaq"..hahaha...dah sumbat tiga empat cer pasal selebriti2 mesia ni, tutup la. cukup la kan pasal artis2 ni. watpe kta nak sibuk2 amik tau sangat pasal depa ni. bukannye depa hambek tau pasal aku pun..wahaha --> bajet artis fofular la aku ni...hehehe..

warghh....ok..jam 10.54am. kat luar dah dengar bunyi mesen basuh, bunyi org menggoreng kat dapur, bunyi tv and bunyi org sok sek. tandanya housemate aku dah bangun dari penidoran. hahah..so, till we meet again guys..may GOD bless ya...yippieeee........

January 18, 2011

movie review .. khurafat

salam and greetings to all...

everyone is talking about "KHURAFAT" hey...what khurafat is all about.. well, for those who never been to cinema, or never follow our film industry, khurafat is another film produced by skop production. the film was directed by the handsome bachelor --> shamsul yusof. i've been to cinema to watch this movie. pretty nice and horror of course. i watched this movie at night. if i'm not mistaken at 9.10pm at dataran pahlawan together with my housemates.

the movie is about a newly wed, johan and aishah. since they married, they always being haunted by a ghost. before they married, johan was a lover to anna. she loved johan very much and knowing johan is married, she can't accept it and till one day, she committed a suicide. everything become more scare when johan and his friend have to send anna's body to her hometown. they had an accident and this is where johan plays the most scary moment. he carries anna's body along his way. what do you feel when u have to carry a dead body in the dark in a deep jungle.



huhuhuuuu..i suggest to those who still haven't watch this movie, go and experience it. hahaha...


January 11, 2011

::PSM oh PSM::

salam and greetings to all...

welcome to new semester ---> actually i'm too late to wish...dah 2 weeks jadi blog walker (not stalker hokeh) and penuntut setia UTeM..opkoz la coz aku still belajar kat sini. so far belum bz and belum ligat naik turun lab --->ececehhh macam sebelum ni ligat sangat...

ni semua because of my final year project la. aku kena jalankan experiment on serbuk kerang. weee. semester ni memang aku akan makan kerang dengan banyak sekali la sebab nak dapatkan kulitnya. hopefully by the end of this semester aku tak kena penyakit gout la yek. hishh mintak simpang la kan.

psm oh psm..hopefully aku takkan berebut mesin dgn org lain. bukan apa. utem tak sediakan sorang satu mesin utk projek psm kami. so nak tak nak kena la bersikap toleransi sesama kawan2 seperjuangan. berhemah gitew..bukan kat jalan raya saja hokeh. dimana mana kena mengamalkan sikap itew --->melalut sudah....

sepatutnya aku dah start susun jadual nak ke lab dan sebagainya. tapi sampai sekarang still menghadap laptop. baik la tu tp yg tak baiknye aku bukan mengadap psm ni. asyik blogging fesbuking and mcm2 KING yg tak kena mengena langsung dengan masa depan. melalaikan je aku ni. cita2 tinggi tapi malas. apa la yg malas sangat. sick la..harap2 tak ada masalah la nak habiskan semester. just to hold my degree and insyaAllah my future will shine forever. amiin...MAY GOD BLESS YOU...

January 10, 2011

::jom makan laksa::

salam and greetings to all...

holla u olls. shut up not shut up (--->tiru ayat FBI time AJL jap) dah almost 6 months akak and da gang duk sebumbung menyewa kat teratak indah lg mempersona ni. shut up not shut up jugak skill memasak kami semua semakin memberangsangkan...(--->sapa mau buat menantu ni...)..the latest kami masak laksa cara kami. weee...teruja nookss..semua ni idea cik mit and cik ina ler. boleh plak tengah malam kul 12am ++ cakap nak masak laksa esok pagi. tetiba timbul plak mood excited kat hati we olls nak buat laksa betul2. so, list down la bahan2 nak cari kat pasar borong. actually, dalam hati still rasa was-was+ragu-ragu..ye ye la deme ni. esok lepas subuh terbongkang balik..heheh..tapi because of spirit yg membara ni, bangun gak pagi2
(--->walaupun sebenarnye memang lepas subuh tido balik. dah hampir2 x jadi dah sebenarnye) lokasi paling dekat dengan kami kat bukit beruang. antara bahan yg kami beli

:: ikan kembong
:: daun kesum
:: bunga kantan
:: asam keping
:: cili kering
:: ulam- ulaman
:: not to be missed laksa kering

sampai rumah je, had some breakfast then start kerja sedia bahan2 nak masak. masing2 pandai2 la gerak buat kerja masing2. kupas bawang, sedia ulam, prepare ikan nk buat kuah, rebus laksa, itu ini and macam2 la..sibuk lintang pukang kat dapur after 2 hours dah siap. betapa pantas dan tuntas kami bekerja. kalau kat rumah ni jangan harap la nk dapat masak macam ni. bukan mak tak bagi tapi diri sendiri tu macam malas sangat je. hasil memang memuaskan hati kami. at least kalau tak sedap ke kami yang buat sendiri. so do not complain macam2 cuz u yang buat so u makan. hahaha...macam kena hukuman mandatori je. overall, walaupun tak rasa macam laksa kat kuala perlis (i'm from kuala perlis, so lidah ni dah biasa cara sana..hehehe) tapi boleh market gak ni. isi ikan banyak tu...mana nak dapat dah kat kedai2 sekarang. kalau ada pun mau semangkuk 5 hengget. terduduk makan. orang selalu makan sedap2 ni terangkat punggung,ni makan kat kedai mahal terduduk plak sebab tak leh nak bayar..hehehe...love you guys. lepas ni bisnes laksa nooo kat melaka ni. confirm mak mentua sayang..heheh...MAY GOD BLESS ya..


sila la lihat makcik 2 org yg beria nak masak laksa ni...hebatkan...sorg tu kupas bawang pakai helmet -->takut pedih mata...sorang lagi guna timun jadikan microphone...so sweat....



taraaa...ikan kembong 4 ekor dah RM9. mahal nih...4 ekor dah lebih dr cukup nih...



kuah laksa in the making...hehehe...nampak sungguh lazat yer



ulam utk makan skali dengan laksa..huhuh...macam kat kedai..



jeng jeng....ini la laksa kami....



>>nota kaki : lepas ni nak try sekali lagi buat kuih cara..weeee

January 7, 2011

~bloglist istimewa untuk blogger baru~

salam and greetings to all..

baru tak baru xde la baru sangat and x jugak lama sangat berkecimpung dalam dunia blogging ni. since 2008 jugak la. menulis kat blog just a hobby sebab aku suka mengarut. sometimes ada benda tak mampu nak dikongsi dengan orang lain aku akan up load kat sini. lepas up load kat sini baru la ada kawan2 yg tegur...

>>ko pesal...
>>sape org yg ko cakap tu...
>>bila benda tu jadi kat ko...
>>settle belum prob ko...

heheheh....tu antara feed back yang aku dapat dr beberapa teman aku yang kadang2 mengikuti perkembangan blog aku ni. paling aku suka ada kawan aku ni lepas baca dia akan cakap kat aku..

>>hey , i just read your blog..

wow..fantastic la and lepas tu kitorg akan sambung borak pasal cerita blog aku tu..well, tu antara yg give me their feed back la. so far, idak le ramai bebenor yg follow. kalau tengok kat follower aku tu pun boleh tau berapa kerat je kan. hehehe..bukan x nak heboh2kan kat orang ramai tp tak tahu la macam mana nak spread the news. nanti orang cakap "hek eleh minah ni..promote diri plak.."ishhh x nak la macam tu kan..so sape yang ada, ada laaa...hheheheh

hopefully lepas join ni boleh la add more blogger friends ya. after tagged by my sweet chubby cousin miss hanani. for more details, please visit here ya..
ouh yeah..i nak tag few my people la..


ii) aina

January 6, 2011

::alamak...harga bawang naik::

Salam and greetings to all...

pagi2 lagi aku dah tengok berita. kata orang bijak pandai, kalau boleh avoid ourself from listening to the news early in the morning. ye ke.. sebabnya, kalau berita pagi lagi dah cerita tentang sesuatu yang buruk macam accident or kematian, benda tu akan menghantui kita sepanjang hari tu. worst, the whole week. hurm...boleh diterima jugak alasan tu. tapi pagi ni tak tau nak buat apa. nak tido balik pun macam tak de mood, so inisiatif terbaik is switch on the television and the 1st program was buletin pagi at tv3. tengok je la. bukak2 je dah cerita pasal harga bawang naik 50%. mak ai..banyaknye. sebelum ni sekilo RM3 dh jd RM6++..ini memang betul2 menghantui hidup aku sepanjang hari ni. macam nightmare pun ada. bawang dah jadi antara resipi utama kalau aku nak masak. tak de bawang tak sedap la. hehehe..gaya macam pro je time kat dapur. tapi betul la. nak masak kari pun pakai bawang. nak masak lauk kicap pun guna bawang. nak masak sambal lagi la. lagi banyak bawang yg kena guna. seems like lepas ni nak masak kena fikirkan masakan yg consume less onion and garlic la. takkan la nak pakai serbuk secukup rasa+tumix+MSG je selalu. tak elok untuk kesihatan tu.. silap2 hari bulan tidur hospital la jawabnye. lagi berita tambahan, negara india plak dah mula sekat import bawang dari negara india disebabkan kenaikkan harga bawang ni. so, malaysia boleh import bawang dari vietnam and few other countries sahaja. sebelum ni kalau orang tanya bawang mana mesti jawab bawang india la. sekarang ni no more bawang india masterjee. vietnam mari. malaysia ni kan banyak tanah lagi. boleh je kalau gunakan tanah2 yg terbiar ni utk tanam bawang kan. daripada bina rumah bertingkat, memusnahkan alam sekitar je buat apa kan. tapi tak cukup plak rumah utk manusia tinggal. ada plak yg merempat bawah jambatan. nauzubillah. kata malaysia dah maju kan. heheh...

nama bawang yang telah dikomersialkan..


1- shampoo bawang..baik utk rambut yang bermasalah..jackie chan pun pakai shampoo ni utk lebatkan+hilangkan uban dia. hehehe


2- keropok bawang. sangat sedap utk dimakan bila2 masa dimana jua anda berada. pasti liciiiinn.


3- Lun Bawang. one of the sarawak tribe in miri. popular with their hand made beads product and traditional dance.


4- ini mesti korang ingat punya. cerita bawang putih bawang merah. hehehe...kisah perempuan yg malang yang selalu kena dera dengan mak tiri and kakak tiri yg tak de hati and perut..heheh


tak patut la harga bawang dinaikkan. lepas ni orang nak komersialkan hasil diorang pakai nama bawang pun takut. producer filem and drama pun tak mau buat cerita bawang2 dah sebab takut kos lari. harga bawang kan mahal..shampoo bawang pun takut naik harga. nak kahwin dgn orang lum bawang tu pun xleh. especially perempuan dari etnik tu. hehehe..asalkan nama ada BAWANG je semua mahal. hahahaa....mengarut je kan pagi2 ni...ehhehe..xpe la...may GOD bless ya....


January 4, 2011

::pada suatu hari....

salam and greetings to all...

alhamdulillah..dah masuk 2011 (baru nak wish. teruk betul) apa maknanye bila dah masuk 2011 ek. maknanye aku bakal meningkat usia setahun lagi..hahaha...lumrah la tu beb. setiap tahun akan meningkat setahun umur kta. suppose we should thank to god sebab dengan izin-Nya kta dapat bernafas lagi dan beribadah lg. syukur..

dua tiga hari yang lepas, aku saja cuba2 nak try test (erk...same meaning right) terminal bus baru kat bandar tasik selatan (BTS) tu. dengar2 cerita dah start operate on 1st january. so dengan bangganya aku g la ke sana nak tinjau2 keadaan yg menarik kat sana. sebabnye keesokan harinya aku kena balik ke tanah melaka ni sendirian dengan bas. wakaka...lama benor tak naik bas balik melaka. selalu tumpang kereta kawan2 je. hehehe...so petang yg damai permai itu pun aku gunakan sebaiknya nak melawat terminal bus tu. utk langkah berjaga2, aku angkut sekali beg2 ak. bukan apa, takut tetiba tiket bus abes utk hari esoknye boleh la aku balik terus hari tu. bijak tak planning aku. opkoz la kan.heheh..

1st time jejakkan kaki kat sana, terpegun+terpukau jugak la. dah macam air port je. everything seems perfect kat mata aku. sistem diorg up-to-date. tak main la abg2 tiket bus kejar2 kita suruh beli tiket bus diorg. and penting skali, air cond hokeh. kelezz gitu. 1st day TBS tu beroperasi, op koz ramai wartawan yg nak buat liputan utk berita kul 8 mlm. aku terpaksa la cover muka dr cameraman yg ada. risau gak tetiba diorg nak interbiu. segan mak nookk..hahaha..alhamdullilah berjaya sebab tak diserang oleh diorg. hehehe..matlamat aku nk cari tiket. sistem diorg dah lain. dah guna billboard utk schedule bus. kan dah cakap macam kat airport. departure dgn arrival schedule dipaparkan kat billboard tu. so pengunjung boleh cek jadual perjalanan bus yg diorg nak. then pilih time, bus dgn destinasi yg diorg nak. lepas tu refer to counter tiket utk purchase tiket bus. canggih tau tiket bus ada nama and ic kta lg. so secure la cket dr ditipu dengan ulat tiket ni.

elok tengah usha2 schedule bus, datang sorg pembantu ni. tanya aku apa2 yg boleh dibantu. op koz la banyak benda dia kena bantu. aku bukannya tahu nak beli tiket mcm mn. hahaha..(poyo je). pembantu ni tolong ak cara2 nak beli tiket. rupa2nye baru aku sedar the only bus yg ada utk ke melaka was only from delima company. adoii...senget btol sebab pertama tiket dah habis and ke dua aku tak nak la bus delima sebab laluan dia tak sama dgn laluan yg aku nak. rasa malang btol. dah la dia cakap tiket for that day and for the next day dah sold out. nasib baik la ada sorg lg pembantu ni cakap try cari plak kat bukit jalil. owh..rupa2nye still beroperasi kat sana. kalau tau dr awal takde la nk kalut mcm tu. hehehe..nasib baik jugak tiket still available for that day tp utk next day tu dah sold out. tak pe la..janji boleh balik ke melaka jugak.

mmg pengalaman hari tu sangat penat. naik turun train je semata2 nak dapatkan tiket bus. nasib baik at last dapat juga tiket tu kalau tak penat je la yg aku dapat. what ever it is, ak salute ar station bus baru tu. sangat modern hokeh.. aku sukeeee.....lepas ni selalu la aku balik naik bus.muahahahahahah....

billboard yg up date kan jadual perjalanan bus

ni tempat tunggu bus. sanagt selesa and menyelesakan..wakakaka

from outside. sangat canggih..i looiiikeee....

*gambar credit to google search hokeh. akak x sempt nak snap2 aritu. kang ingt akak dari paper mana2 plak..heheh