February 25, 2011

::i love you::

salam and greetings to all...

**1st-ly, tajuk tak kene mengene dgn isi...--->bahana xde idea

ok..seems that 4 hari aku tak menghapdet blog aku ni. aku dapati beberapa sebab yg sangat tak mampu nak dielakkan. antaranye:

:: malaz..---->ni mmg penyakit sepanjang zaman.
:: takde idea ---->bila malas idea pun malas nak tersembul kluaq
:: letih ----> dah cakapkan. aku sekarang asyik kuaq masuk lab je wat psm
:: sibuk @ bz ----> asyik jadi penunggu lab je. maunye tak bz. sbb tu ak tak sempat nak cari boifren..wakakakaka........

so, kala nak cantumkan semua tu jadi camni:

sibuk@bz ---> letih --->malas ---> takde idea ---> blog tak berisi....

camtu la kronologi aku. bila sibuk, aku jadi sangat letih then rasa malas nak update pastu mula la idea kering kontang last skali blog pun xde isi...

ape bende aku duk ngarut ni. ulang benda yg sama 2 3 kali. ni la bila takde nk tulis. saja nak bg entry kali ni nampak panjang..muahahahahahahahaaaaaa

hokeh...tu je..sekian

February 22, 2011

::ada iras2 aku tak::




>> potret dilukis oleh pelukis tak professional.
>> masa diambil utk menyiapkan potret ini selama 2 jam (tak sampai rasanye).


~ini bukan fotofit seorang penjenayah..walaupun saya sebenarnye sedang melakukan jenayah. jenayah mencuri. mencuri sekeping hati seseorang. sabit kesalahan dihukum penjara seumur hidup..hehehehe....gatai hang pikaaaah....~

February 21, 2011

::i need bibik::

salam and greetings to all..

dengan ini saya membuka peluang utk penganggur2 tegar di luar sana. kepada yg belum mempunyai perkerjaan, siape nak jadi bibik kepada saya.....--->jawapannye, memang la tak de sape yg nak. lagi mau tanya..

minggu ini and minggu- minggu yang akan datang ialah minggu yg penuh kepenatan dan kemalasan utk aku. baru nak feel penat kluaq masuk lab. hambek kau. sebelum ni g lab pun malas. sekarang ko nak muntah hijau+biru+fenk tengok lab selalu. apa nak buat.

kepenatan aku duk ulang alik kuar masuk lab hari ni to the max la. 21 february 2011 dalan sejarah la. for the first time aku tak masuk kelas en syafiq. keh keh keh. rushing hokeh. start 9pg aku dah terkejar2 ke lab guna rotary mill sampai 11pg. tu pun coz kul 11 ada kelas prof mad dan. attend la jugak klas dia. kalau tak kang dia tu nampak je kelopak2 bunga ni tak de dalam kelas. well, kami kan bunga yang sedang kembang mekar. don't blame us. kul 1 tghri kelas dia dismissed. g makan, solat and rehat2 jap kat surau. kul 2 sambung balik wat lab. sampai kul 4 masuk lab prof maddan balik. terkejar2 aku harini dari FKP ke FTMK. mujoq blok dekat2. kalau FKP dgn FKEKK memang aku suh kim salam je kat prof tu. baik aku duk lab diam2 wat project sampai kematu bontot.

ni malas and penat pny citer. kain baju aku basuh hari sabtu sampai ke saat aku tulis entry ni, tak berlipat lagi. punya la lazy tahap cipan mengerang sakit nak beranak. hurmm...cam tau2 je cipan beranak camne kan. hehehe. sib baik aku ada roomate yg prihatin. dia tolong gak asingkan hanger dari baju2 aku. ok la tu kan.

---> see the pemalas. cuba cari laptop aku bertimbun kat bawah kepulauan baju ni..
---> then nampak tak imej putih yg tengah sujud tu. that's my roomate tgh solat.




...sila abaikan keadaan yg tunggang langgang itu..and tolong rahsiakan dari pengetahuan bakal mak mertua i hokeh :P

February 19, 2011

::pilihanraya dah dekat::

salam and greetings to all...

sekarang sume sibuk nak berkempen. ada gak blogger yg still student (mcm aku) citer kempen kat kampus diorang. okeh. ni bukan kempen mengundi utk pilihanraya kawasan mana2. aku tak sure la sebab dah lama tak tengok berita. kalau ada wakil rakyat yang meninggal or letak jawatan, den tak tahu..yang den tau, ni kempen pilihanraya utk JPP or MPP universiti masing2. kalau kat facebook aku pun penuh je notification dgn aktiviti jual diri calon2 MPP ni. masa ni sume janji yg manis2. kau nak ktorang kne potong kaki ke bagi yang manis2. alkisah aku tengah tunggu pakcik bas yg nak angkut aku balik rumah dari fac. datang sorang calon dr fac aku. dia edarkan brochure utk melariskan undian dia. aku baca la manifesto dia. yg best dia akan mempercepatkan pembinaan perhentian bas di fakulti. hello der, yang kau edarkan brochure kat ktorang td, ktorang tengah tunggu kat mana. jamban ke. FKP dah ada 2 tempat tunggu bus la. apa kau nampak cam istana hinggap ktorang ke.n then kat kampus pun dan penuh dengan poster2 calon MPP ni. ada yang hensem2, comel2 and tak lupa juga muka2 yg separuh siap ---> keji kan aku. muahahaha....tak cukup siang jual diri kat kampus, malam plak diorang wat keje ni. disebabkan aku tinggal kat kawasan asrama student, dapat la peluang dengar cket2 cmne diorang promosikan barang jualan diorang. contohnye..

"saya calon bernombor F0** bla bla bla...ingat nombor saya..F0**..ingat betul2 F0**..." ok fine. kami tak pekak. kau cakap sekali sudah la.

calon seterusnye style...

"saya F0**, ape nombor saya..(audience pun ulang no calon)...ape nombor saya (audience ulang no calon)..." penat aku dengar audience ni duk mengulang nombor dia. kalau tak ingat gak aku tak tau la..

tu baru sorang dua. calon ada berapa -->aku tak tau. nak kena ulang banyak2 kali. mau confuse pengundi. time mengundi nanti kalau salah pangkah jangan nak marah.

hopefully tak de jadi chaos mcm kat certain U kat malaysia ni. sampai ada yg berusuhan. macam kat thailand dah. kalau dah kalah tu, terima la kenyataan. mungkin waktu jual diri tu, apa yg kau offer tu tak cukup memuaskan hati pengundi. well, that's life bebeh. macam kau tak pernah tengok kerajaan lawan pembangkang camne time pilihanraya betol2. hopefully tak nak jadi camni...

"Students turn violent, smashing a door at Varsiti Perdana Siswa Complex after the students were prevented from meeting with Prof Dr Rohana Yusof, UM Deputy of Vice Cancellor by the security personnel."...apa ni...memalukan nama U je. dah la antara U yg ada reputasi yang baik kat Malaysia ni.

utk bakal2 pengundi kat luar sna, tamo nakal2, tamo gadoh2...mengundi dengan bijaksana k. kalau manifasto setakat nak bina itu ini, nak dapatkan peruntukan itu ini, hurm...pikir2 laaa...

--->statement aku yg last skali tu, ada yg nak marah tak..wakakaka......

February 18, 2011

::it's weekend again::

salam and greetings to all...

macam weekend2 yg selalunye, minggu ni, aku tak de nak balik ke istana hinggap aku. rasa mcm malas la plak nak ke sana. bila tringat tragedi memori daun pisang jadi penunggu kat alamanda tu, terus macam ehmmmmm.....malas la nak balik..hehehe...so, rite now, aku dengan my room mate je yg tinggal. yang lain yilleekk. awal2 lagi dah cabut lari. sesungguhnye, bila berdua tinggal kat rumah ni, terasa cam hell sungguh. bosan tak tau nak kata tahap petala ke brapa dah. hang tengok muka aku, aku tengok muka hang. tinggal tak belaga kepala je kami dua. and, kemungkinan, my room mate akan ke shah alam pagi ni. mungkin la. by then tinggal la aku sorang seperti selalunye. actually, aku ada list beberapa aktiviti yg ideal utk aku buat macam :

a) buat assignment DCS, RP,dgn CADCAM. macam banyak je kan. tapi siap tak tentu bila. hehehe..

b) kuar berjalan sorang2 seperti yg selalu aku buat. naik bus. cam biasa la kan. aku kan lone ranger time weekend camni.matlamat nak dhopping kot ---> boleh nak kot kot plak..

c) CATIA dah siap di-install-kan. so nak improve skill la cket. khamis ni ada lab test. kalau dah mantap cam org lain xpe gak kan. ni terkedek kedek cam anak itik baru boleh bjalan.

d) kemas tempat buku. dah bercampur aduk dengan roomate punya. tak tau dah mana satu aku punya mana satu dia punya. time nak guna duk main sambar je orang lain punya. tu org punya la cik pqah woooiiii....

e) study PPC. test 1 macam full mark je kau kaut. sedar2 la diri tu cket cik pqah woooii. exercise dalam kelas pun kau jeling jawapan kawan kiri kanan depan belakang je. bila nak taubat ni. study laaaa!!!

ok. banyak la kan aktiviti tu. hehehe..lupa nak listkan satu je lagi. tengok citer hindustan. hahaha..cam best plak tengok promo dia kat tv.

February 17, 2011

SAYA BLOGGER PERLIS


1~ siapa nama anda..
mera nam afiqah. nama manje pqah...


2~ sudah berapa lamakah anda terjebak dalam dunia blog..
lama x lama since 2008. almost 3 years gak. blh tahan...



3~ anda tinggal di daerah mana dan dimana anda sekarang?
still belajar kat negeri hang tuah. currently at ayer keroh, melaka..




4~dimana tempat istimewa di daerah anda?
semestinye KUALA PERLIS. tempat saya dibesarkan. nak makan sedap sila la ke kuala perlis...




5~ harapan anda dalam dunia blog?
haahahaha...just wanna share with others je. sharing is caring kan....

February 15, 2011

::ayaq nyoq::

salam and greetings to all..

akhirnya tercapai jugak cita2 nak merasa kesedapan coconut shake yg org kata shedap shangat tue. tempat ni memang famous sangat2. at first masa org sibuk2 ckp pasal tempat ni, aku ingatkan restoran gah giler ar. tapi sebetulnye, kedai warung biase je bro..pakai atap tutup guna plastik je. pakai payung walls jer. and tepi jalan je pun. bukan la tempat yg berhawa dingin a.k.a air-conditioning pny tempat. tapi tak kesah bro. wa layan jer warung2 ni. lagi best per dari restoran 1st class itew. sesampainye rombongan kak gayah ni, serbuan di adakan besar besaran la. takut tak dapat meja. dari jauh dah nampak kereta parking kat tepi2 jalan. macam harus je nak ada meja kosong. tp alhamdulillah, ADA. hoyeehhh..rasa cam nak lompat tinggi2 sambil jerit...YYEEEEEAAAAA....!!!! almaklumlah, pernah masuk sokabar. mesti penuh pny. lepas ni warung ayaq nyok kena letak nombor giliran la. sabar betul manusia2 yg beratur nak bungkus ayaq nyoq ni. panjang camne pun diorg sanggup tunggu asalkan dapat beli. kalau aku la...ehmmmm pikir 4 5 kali la beb. hahaha..kami order 4 gelas coconut shake special. sambil2 tunggu air sampai, pekena nasi lemak sebungkoih dulu. boleh tahan gak sedapnye tp kecik je sebungkus tu. utk lapik perut boleh la.

---> see my coconut shake...rasanye yummeh..memang sedap la. kategori A+ punye air. rasa macam ni boleh nak promote kat parents aku sebab kalau tak sedap nanti aku gak yg kena kutuk balik. hehehe. lepas ni datang lagi. ni aku dah minum quarter glass. ada topping aiskrim kat atas dia. segelas ni harganye RM2.50..huhuhu..amacam akak promote. boleh jadi pengacara "jalan2 cari makan" x.


---> lihat la manusia2 kat belakang aku tu. ramai giler kan. kalau gambar ni boleh di putar, sebelah kiri tu ada beberapa lagi meja yang sarat dengan pelanggan.muka masing2 hadap coconut shake ni macam dapat makan cempedak goreng panas jew..heheehe..yummeh seh air ni.



---> sila abaikan bungkusan nasi lemak yg bertaburan atas meja ni. tak senonoh btol. tapi sebenarnye kami tak bleh blah betol dgn mangkok hayun belakang aku tu. sesedap rasa dia nk hembus asap rokok kat muka org. kalau nak mati awal, kau tak yah la ajak ktorg join venture. agak2 la bro. sebatang kau dah hisap, kami wat tak tau je. ni dah masuk 2 3 batang, kena sound sket2 tu paham2 la. muka dah la tak hensem. bajet cool ke kau buat macam tu. haprak la kau ni.



---> the drinks are almost finish. muka pun bahagia je kan. thanks cik ina coz sudi bawak jalan2 sampai sini..heheheh....




February 14, 2011

::saya teringin::

tetibe tgh duk borak2 dgn rakan seperjuangan, gebang2 pasal danga bay. alaaaa...nak g jugak sane...sape yg nak bawakkan saya g sana ek. tinggal berapa bulan je lg ni kat melaka. hopefully ada yg nak bawak..any one...org johor sendiri..heeeeeeeeeee......mode=gatai nak mamp....


pastu tetibe plak tekak ni macam nak telan benda yg sejuk2..hehehe...biler time ngada2 ni, terasa nak makan eskrim cornetto plak. hahaha...ngada2 nye. tikus pun nk muntah tgk saya sekarang. klu bab makan ni bukan sebab teringin rasaye. tp saya mmg suka makan. hahaha..well, i kinda gedix person. who cares...

lpas tu tetibe saya rasa cam dah lama tak mkan kek coklat. saya mmg suka la makan kek coklat. hehehehe. lebih sedap kalau ada yg nk belanjakan chocolate indulgence sejibik. macam kat bawah ni..tp ni 3 thn ke 4 thn yg lepas.



::say never to valentine::

salam and greetings to all...

terbaca entry best ni from "http://coretanhatisetanku.blogspot.com"...

“ jika anda meniduri kekasih pada 14hb febuari(hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb Mac (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia)jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)”

February 13, 2011

::say no to hari kekasih::

salam and greetings to all..

to day is 14th february. sape yg tak kenal tarikh ni kan. it is celebrated all over the world. sambutan hari kekasih. budaya yg dibawakan khas dari western country. according to cerita yang pernah dengar, "valentine's day" also known as "Saint Valenine's Day" merupakan sambutan yg disambut oleh pasangan kekasih yg hot2 bercinta. kalau di europe and north america, sambutan dah jadi tradisi untuk diorg sambut. time ni la couple2 jadi romantik. bg bunga la, makan tempat mahal and bla bla bla. but, in india, someone known as Bal Thackeray from anti-valentine's day party stated that:

“This shameless festival has been celebrated by our young people for the last 10 years, but it is totally contrary to Indian culture. We should focus on good work, good thoughts, love and harmony in our society, and not let such Western culture spoil us.” (Bal Thackeray from Samna paper)

kalau refer to what Thackery said memang betul pun. even dia state Indian culture, but malay pun sama. valentine is not for malaysian especially muslim. this totally not what our prophet Muhammad (pbuh) asked us to remember.


kerana valentine'd day, sex before marriage berleluasa. bila adanye sex before marriage, bertambah ramai la anak luar nikah yg dihasilkan. kalau dilahirkan mengikut cara yg betul tak pe jugak. ada yang menggugurkan kandungan tu and some of them buang dalam semak. shame on u. kau dah pandai buat tapi kau tak pandai simpan. apa kau fikir kau tu mesin buat anak ke. tak sayang badan. mesin pun lama2 boleh rosak kalau kerap produce barang. kau????kalau dah rosak laki kau pun tinggalkan kau..

kenapa as a muslim kte kne bangga banggakan perayaan yang tak de dalam kalender islam ni. bukan kalau tak sambut, maka u olls yg kapel2 ni tak romantik or whatsoever. ada cara lain to express your love to ur love one. alaaa...malam2 hantar wish "good night sayang" pun ok la. tak cukup romantik..call la and then wish ur mushi lovey dovey words korg tu..malam2 blh mimpikan si dia. tak cukup lagi. erhm....fine laaa..u olls mmg romantic habesss. think of other way that u think it is different from others. candle light dinner on valentine is not rare anymore. almost everynight you will see many couples ber-candle light dinner. no more special there. hahaha..senang la aku cakap coz aku tak pernah ber-makan malam dgn lilin2 ni lagi. weeee...ajak main badminton pun unik what. hehehehe....


::im not jakun anymore::

salam and greetings to all...

if im not mistaken, this is my second entry about the super duper gojes TBS. bukan pe, as a malaysian, i am very proud that malaysia have achieved this super duper achievement utk kebahagiaan dan kesenangan rakyatnye..ceh. ayat nak bodek aje. sokong kerajaan ke ni. oh..undi anda rahsia hokeh. tp aku tak pernah mengundi lagi. second time aku jejak TBS so, im not jakun dah. boleh blagak giler ar tadi masa kat TBS tu. bajet cam aku branak2 je mak aku dah campak naik bas kat sana. well, biler dah experience tu, tak de la nampak u tu bangang tahap dewa sangat. maka contohi la saya. disebabkan plan A mula2 nak balik dgn cik kak sorg ni terbatal dengan sabab musabab yg boleh diterima akal logik aku ni, aku beralih ke plan B yg immediately aku plan. plan B perlukan sedikit kekerasan. pe de hal. aku mmg kasar pun. dalam kelembutan, aku memaksa sis aku hantar aku ke BTS. dengan gaya abes chumill ---> kucing tengok pun nak mampos, ak suruh la sis aku hantarkan. unfortunately, dia offer hantar sampai KTM serdang je coz dia ada wedding nak attend. wedding kawan dia bukan wedding dia. dia tak laku lagi. hokeh la tu. dari sana ke TBS. jgn konpius ye. TBS is terminal bersepadu selatan. BTS is bandar tasik selatan. korg yg tak tahu tu. kurang explore. banyakkan menjelajah. jangan ingat malaysia ni kecik. malaysia ni besar. besar dari aku.

best ke TBS ni. poyo je aku ni citer cam gempak sgt padahal awal2 pembukaan tmpt ni dlu mcm2 cerita kuar. kalah citer harga minyak RON95 naik. yeke...best tak best sebab kat sini ada:
.
.
.


hehehe...it is better than "it's finger licking good"...

malangnye, tadi tidak berkesempatan nak melahap kat sana gara2 ekonomi meleset. the most important is no one to accompany me. mana boleh makan sorang2. harus ada yg teman. baru la ada adegan suap menyuap. wakaka gedix.!!!

tengok muka minah gedik ni...


yea..saya tangkap sendiri gambar saya. takkan nak mintak pakcik jaga tu yg tangkapkan. nanti dia mintak blutooth sape susah. darling saya gak yg susah sbb dia dah ada pesaing. wakakaka...verangan.

masa duk melepak tunggu bus...

--> bosan giler tahap luar petala, dari bahagian food court ni nampak mat2 saleh duk snap gambar. aku tak tahu kenapa diorang amik gambar ni....


mungkin station bus kat sana tak mcm kat malaysia. malaysia pny dah macam kat airport. kan aritu dah cakap. system kat TBS ni dah macam KLIA. yg beza kat sini tak de kapal terbang. ada bas. bas pun xde la cantik sangat. or mungkin amik gambar myvi tu kot. owh....hebatnye myvi itew. kaler itam yg menawan.

nampak tak kaunter no.14. kat situ aku bli tiket. brader jual tiket tu hensem siot.


masa bli tiket brader tu mintak ic. as i mentioned dalam entry yg lepas, tiket kte akan ada nama kte. in case to avoid those ulat2 tiket yg gatai tangan nak jual tiket haram sampai ada penumpang yg tak boleh naik bus. but here. no more ulat gonggok ke ulat bulu or anykind of ulat. penumpang are safe from anasir2 jahat ni coz before naik diorg akan scan dlu.

---> see my ticket. cam naik air asia je.


disebabkan kebosanan melampau, tunggu bus almost 1 and a half hour, maka aku mengambil kesempatan utk menelaah TBS ni. conclusion aku boleh buat :: im proud of being malaysian. tak rugi pun aku tak lahir kat england dlu. wakakakaaaaa....

February 12, 2011

::weekend kali ini::

salam and greetings to all..

penat sudah berjalan satu hari ni. aku ni asyik berjalan je keje. isnin ada kuiz mcm dah teror je. macam boleh skor 100% je. hehehe. alkisah hari ni teman my sis g makan kenduri. boleh imagine tak aku makan tengahari harga RM11.50. hahaha. hebat tak perut aku sampai boleh terima lunch sebanyak itew. itu la kenyataannye. set makan kenduri harini bernilai seperti dinyatakan di atas. for the first time aku makan banyak mcm tu seh. if not mistaken, lauk diorang sedia ada dalam 7 ke 8 jenis. banyak tuuu. kalau ikut nafsu ni nak telan je semua. mengenangkan saiz tummy ni xde la mcm ibu mengandung sembilan bulan sepuluh hari, so cancel la nak telan semua. itu pun penuh pinggan gak la aku amik. nasi pun best. nasi hujan panas. kaler2 gitew. i looike. lauk aku amik isi ikan, ayam percik, daging kari, papadom plus air sirap campur oren. ini je dah penuh pinggan. sampai tak nampak nasi aku. hehehe. mengah gak la nak abeskan. dah amik takkan tak abes plak kan. tu pun surrender gak nak abeskan isi ikan tu sekefeng dua. round2 meja hidang kuih. nampak kuih sedap2 je. tp dah tak larat nak makan. cancel even mula2 tu niat nak rasa serba satu. sakan seh napsu aku. besar tak jugak. then, lepas makan free, went to KLCC. shopping...tapi bukan aku la. my sis dgn kawan dia. jalan dgn org dah keje ni mmg tak bleh blah. aku je yg penat tengok. nak shopping same tak mampu la teman..xpe2..sikit je masa lagi, sabau ekkk..selera org kaya mmg camni kot. hahaa...mkan plak kat tempat lain. next stop was wangsa walk. sub way beb..akak ni kan kuno. mana pnh mkn. dengar2 je org sebut subway tu sodap. biler dh rasa tak de la sedap sgt. biasa2 sj. tak heran la. janji ORANG LAIN BAYAR. hehehe. mencekik je keje. xpe la..skali skale kan. huhuhuhu...finally...sampai umah keletihan. tapi sempat lagi jenguk2 blog. rasa cam tak best kalau sehari tak jenguk sini. macam hidup tak lengkap..hahah..boleh tak kata camtu. pe pe je.....

February 11, 2011

::macam rusa masuk pekan::

salam and greetings to all...

akhirnya aku sampai gak kat rumah banglo lima tingkat ni. besar tak besar umah sewa kakak aku ni. lima tingkat dowh. umah ma abah aku kat perlis pun tak setinggi ni. kaya tak kaya kakak aku. tp kaya tak kaya pun kedekut gak sebab umah ni dia tak pasang lif or eskelator. bilik tido kat tingkat lima so pandai pandai ar guna kaki Allah bagi menapak sampai atas sekali ---> okey puas menipu. sebenarnye rumah ni pangsapuri lima tingkat and rumah sewa ni di tingkat 5. mungkin pemaju rumah ni dulu tak cukup bajet buat lif kot. pe cer ni tetiba manusia cukup sifat ni jadi rusa. hokeh like this. as usual la kan. weekend kali ni aku tanak habiskan masa aku kat melaka. then decide last minute balik kl. lokasi pilihan is sri kembangan. istana hinggap terbaru aku. as usual gak kepulangan ku kali ni dengan driver yg aku bayar RM12.30 utk satu perjalanan. aku naik bas la maknanye. kayo plak den nak upah drebar peribadi. kejakunan aku start time sampainye aku ke bandaraya kuala lumpur. ngueh ngueh ngueh..kisah satu:bas aku naik kali ni dh tak stop kat bukit jalil. dia benti kat terminal bas TBS kat BTS. so, jakun giler la aku time tu. belagak cam pekan je biler sampai sana. siap ajak kawan aku g melilau jap tengok keadaan kat sana. konon senang nak balik nanti tau nak beli tiket. sib baik kawan aku yang baik tu kata TANAK. kalau nak ko pun jakun sama. huahahaha. kisah dua:from TBS naik ERL kat BTS gak. tak de ar jakun sangat sebab before this dah penah naik dah. xpe la. tapi saja wat keje bodo + bangang petala langit ke tujuh. saja je nak buang masa, aku skip erl yg sampai time tu sbb konon nak telly kan masa aku sampai putrajaya dgn time kakak aku abes time keje dia.. al kisah time tu jumpa kawan "ling" aku kat situ. sorry ar beb. wa tak cam lu sbb lu pakai goggle lu tu. heheheh. bukan wa sombong k. wa tak cam lu saja...okeh.next train baru aku naik tu pun lepas 20 minit after train yg kedua. fine, menuju dengan jayanye ke stesen putrajaya. kisah tiga:time ni memang aku jakun tahap tak hengat. last minit sis aku cakap dia xleh balik g. ada meeting kul 5. so dia suh aku g Alamanda lepak2 sana buang masa. bg aku plak dah dem sgt sbb nafsu aku nak perabih duit time tu tengah mebuak buak macam air panas yg menggelegak dalam cerek panas. boleh imagine tak aku g sms sis aku tanya tiket bus kena beli atas bus or kat kaunter. teeeetttt...trase bodo syiialll diri ini. padahal op kos la town bus punya sistem kat mana2 pun dalam dunia ni, tiket bli atas bus. yg aku bleh kuarkan aura bangang tu kenapa. hehehe...luckily ada sorg hamba Allah yg cantik rupa parasnye ni duk sebelah aku. terpaksa la dia jadi tempat pertanyaan aku camne nak g alamanda. thanks sis. u blh jaga kaunter pertanyaan kat stesen tu bila2. settle bab jakun tu. aku berjaya gak naik bus tu akhirnye.kisah empat:atas bus lain citer. sebab aku tak familiar sgt dgn jln kat putrajaya ni, so kejakunan aku tampak menyerlah lagi. bus tu plak asyik pusing tempat yg sama je ---> actually, tak sure samada bus tu pusing kat tempat yg sama ke x sebab to me everything seems sama je. hahaha..then, macam nak pesan je kat pakcik tu. kalau sampai alamanda tolong benti. saya nak turun. huahahaha. then, duk berdoa mintak2 ada hamba2 Allah yg lain turun alamanda sama. at least kalau aku cam area2 alamanda tu tak pe gak. ni aku langsung tak cam. last time g sana tak ingat dah brapa hari bulan. lama la tu. kat alamanda lain plak citer. takde jakun2 dah sebab campak je aku kat shopping complex, automatic dari jakun transform jadi bandar giler vaveng. but, this is hell la. sbb dari kul 6 sampai kul 9 duk tercongok kat alamanda tu. dengan galas beg laptop dah macam budak sekolah lari dari kelas tambahan je. dah tak tau nak pusing mana dah. mood tension + bengang dah ada cuma dia tersipu2 malu je nak kuar. sib baik tak tunggu sampai kul 10 klu tak blh offer nak tlong tutupkan kedai2 yg ada. rasa macam adventurous giler la arini. agak2 ada ke sape2 sanggup challenge aku round bandar lps ni. hehehe...


February 10, 2011

::segigih mereka::

salam and greetings to all...

alkisahh...tersebut la alkisah. pagi yg tak berapa pagi sgt. senang citer time tu suam2 kuku je la. tetiba kan terdengar la pintu umah diketuk...tok tok tok...mula2 buat tatau je ar kan. sebab malas nk amik tau sape yg duk ketuk pintu umah org time tuan2 rumah tengah duk syok layan perasaan. tapi mungkin timbul kesedaran dalam hati dak mihah ni bahawasanya tak baik biarkan tetamu di luar berlama lamaan. dia g gak jenguk sape yg duk ketuk pintu tu ---> sib baik tak reban pintu tu. selak daun pintu nampak dua orang amoi. so mihah ni tanya ar kat diorang nak apa..maka amoi 2 orang ni jawab nak tau nombor telefon tuan rumah kami sewa ni. mihah panggil la aku suh deal dgn amoi 2 org ni. aku pun g dengan seksinye bab baru bangun tdo kan time tu. harus la dgn uniform tdo aku ni...

aku tanya : yes. kenapa?
amoi jawab : i mau tanya phone number owner rumah sewa u..
aku tanya lagi : mana u tau pasal rumah ni? (dlm hati curious giler mana ar amoi 2 org ni dpt tau pasal teratak kami ni)
amoi tu jawab plak: tak tahu. i jalan semua rumah. i ketuk pintu rumah mereka.
muka aku dah sipi2 nak tukar cam "omg. unbelievable". tak tau la diorang leh rasa aura terkezut beruk + curiosity aku ni.
aku tanya : owh...ok2...wait na..--->sambil melangkah masuk umah balik amik hp nokia e5 ak.
01....bla bla bla...sambil amoi tu copy ke hp dia.
aku cakap: kenapa u tak cari kat internet. i dapat rumah ni kat internet..
.
.
.
.
.

and mcm2 lagi aku berdialog dgn amoi2 tu. malas nk citer panjang2 perbualan kitorang sbb klu nak criter takut aku sendri tak reti nk ckp camne coz pelat amoi2 tu aku tak brape nk phm. hehehe..mungkin diorg prefer speaking and fikir aku tak reti cakap omputih kot..excuse me..i was born somewhere in europe tau ---> biler masa plak....hehehe

salute wa sama lu la amois. sanggup plak jalan2 pastu ketuk pintu umah org pagi2 buta semata2 nak mintak no phone owner rumah. klu akak la kan adik2 selagi internet dihujung jari anda, gunakan dan manfaatkan dengan sebaiknye je..hehehe...


---->so sape bran sewa rumah aku ni..please jgn malu jgn segan roger2 aku


::fenomena L~I~N~G::

salam and greetings to all....

akak memang suka cetuskan kontroversi nok..bebaru ni my pren baca entry akak yg satu itew. dia pun tanya sape LING tu..wakakaka......dasat siot.. dalam diam aku mencetuskan fenomena luar biasa ni..

ok la..utk pengetahuan saudara2 dan abang2 kat luar sana, ling tu kawan je..hehehe..dengan ini saya umumkan....I AM SINGLE AND STILL AVAILABLE...

---> promote dowh...tp aku tak de ar desperate nak berlaki lagi hokeh....

peluang masih terbuka utk jejaka2 tampan + kaya...yg lain dari tu pun boleh sebab keutamaan diberi utk yg tak kaya dan tak hensem. sebab laki kaya dgn hensem ni susah nak jaga. maintenance tinggi. heheheheh

::artifak kesayangan aku::

salam and greetings to all..

disuatu hari, aku terbongkok bongkok dan terjuloq juloq mencari folder sijil aku. mama aku pun pelik bab pe ak menyepahkan rumah semata- mata nak mencari artifak aku yg satu tu. aku pun jawab ar "sekarang org tgh sibuk apply kerja. sebab tu nk cari sijil tu"...wakakakaka..mama aku buat muka sememeh je bila aku jawab cenggitu. sampai hati u mama..hehehe..aku tau bab apa mak aku wat gitu. sbb aku ni hot hot chicken dung je wat kije. tp memang betol pun. hari ni aku dah tak bukak mana2 laman web cari kerja. sebab yg utama : AKU MALAS LA WOI..

finally, jumpa gak folder sijil aku tu. tak tau la aku ni mewarisi baka sape. spesies suka letak barang merata tempat. bila nak guna baru terkial kial godek satu rumah cari barang. barang penting plak tu. huhuhu. folder tu leh terselit kat dalam almari kat ruang tamu rumah. tak tau camne leh sesat ke situ. mungkin mama amik nak tunjuk kat bakal mertua. nak tunjuk ar cket pencapaian anak dia dari tadika sampai universiti. boleh demand duit hantaran tinggi sikit. wakakaka..

---> ni la artifak aku. kalau pamerkan kat muzium negara konpem jadi rebutan makcik2 yg ada anak teruna.


sambil duk selak2 kira sijil cukup ke tak, aku tergelak sorang2. bukan pe, di antara tu ada terselit sama report card masa sekolah rendah. sib baik aku tak terguling jatuh tangga. lepas ni kena beringat. nak baca report card zaman sekolah jangan duk tepi tangga. nape nak gelak plak. hehehe...imagine zaman sekolah darjah 1 dulu biler cikgu suruh isi column "cita- cita". cer teka aku letak apa..hahahaha ---> meleleh seh air mata time ni. bukan sebak sebab cita- cita tak tercapai. tapi sebab menahan gelak tengok impian aku waktu air liur basi duk meleleh lagi. ada 3 column utk pilihan pertama, kedua and ketiga. pilihan pertama aku doktor. kedua guru. yang ketiga ni aku nak meronta ronta mintak orang buatkan CPR kat aku. cita- cita nak jadi KERANI. penat mama abah hantar g sekolah. ambition nak jadi kerani je. tak guna btol.hahaha...ok fine. nasib baik aku tak meneruskan cita2 murni utk jadi kerani tu. bukan nak menghina k...selak lagi report card. jumpa "REKOD PERIBADI - SIFAT2 DIRI"...kejamnye cikgu aku time tu. kalau tak silap nama cikgu aku time tu Puan Narma (cer terbalikkan nama cikgu aku jadi apa --> bab tu aku boleh ingat sampai sekarang) tapi mungkin betul apa yg cikgu aku isi kan tu. sifat2 aku jatuh dalam kategori B dgn C je. self confidence dgn pergaulan C. teruknye. padahal aku kecik2 dah pandai bersosial hokeh. kalau appearance tu boleh terima gak C..hehehe...dulu aku memang selebet je. sib baik darjah 1 sampai darjah 2 pakai pinafore lagi. kalau tak baju putih tu dah jadi coklat. kah kah kah...sesungguhnye aku seorang yg malas belajar. cikgu kategorikan kecenderungan aku belajar C..hahaha.. damn...teruk syiaal...

---> terserlah kebudak budakkan aku dulu....hahaha


selak2 lagi ---> dah macam apa jer sehari tak wat keje umah duk mengulit folder tu. hantu tol anak pak aji ni. terjumpa plak laporan penilaian. ni plak report setiap kali exam. giler bangang aku dulu. hahaha. column tandatangan guru di-sign oleh mak aku sendiri --> sebab dia guru kelas aku. balik rumah suh abah aku sign bagi pihak ibu bapa..ngeeee...konpem time ni kena ceramah motivasi. sib baik dulu abah bukan macam tentera jepun. kalau tak gerenti tangan+punggung aku berbirat.

---> c how pandai i was... 6 KAMIL tu dulu kelas yg pertama tau.. akak pemegang rekod student tak penah turun kelas hokeh. bukan x bijak. kurang cerdik je...


aku syg giler folder ni. sebab biler dah kawen boleh tayang kat laki aku. boleh nak kuarkan aura berlagak giler nak mampos kat dia. boleh cakap cam ni kat dia.."darling, i dulu time sekolah pandai kan. i dulu aktif kan. i masuk bertanding sampai peringkat kebangsaan. u dulu sampai daerah je kan"..kah kah kah kah...dasar bini tak tau untung. dengan laki sendiri pun nak berlagak..well...kalau aku dapat laki lagi hebat mmg aku sembunyi baik2 folder ni. kalau tak, konpem sampai anak cucu cicit ktorg dia jual sijil2 aku ni. hehehe........"ampunkan hambe bakal suami..."--->without knowing sape bakal suami tu...hahaha...

---> okeh..ni bukti akak lulus sekolah tadika...amacam..comel tak ak dlu...cakap je la comel!!!


finally...may god bless u....



February 8, 2011

::great night great buddies::

salam and greetings to all...

syiok akak mlm ni..bukan per. tadi akak and da geng bus skolah+satu van sekolah having fun once again. cam lama jek tak taking2 pikcer ni. without planning, pas je makan2 kat apple burger --> pekena nasi lauk asam pedas.




sendawa tige pat kali, ber-rombongan cik kiah seramai 2 bijik keter g MBMB. lokasi paling ideal utk pasangan bercinta. bab pe ek..bab situ ramai org. xde la kes kena tgkp khalwat. aduh..statement bukan nak galakkan maksiat tp special for those yg galak nak dating..huahahaha..ok la tu kat dataran tu. org ramai je. at least terbatas la cket aktiviti para per-dating kat sinun. ahaqs...berbekal kamera hitam model canon --> tak hengat brape MP, dapat la yg kat bawah nih...

akak tak interprem lg yg ni...pastu tgk la yg lain plakkat bawah2 ni...



sebenarnye nk tunjuk tu slipper baru i -->yg kaler putih tu. baru beli last week kat THE MINES sebab CROCS ku cintai kena pijak dgn sis aku. CROCS tu dah selamat dlm TONG SAMPAH kat sana...eee kejam



harus la ada gambar tuan punya belog sowang2


santekkan --> ckp je yer. sporting la cket..



bila ada gambar ak dgn hawa maknanye ini la penutup cerita hari ni..hehehe


p/s: best la...nanti tgkp gamba lgi..


February 7, 2011

BULLSHIT

damn bullshit!!!! kalau dah bagus sangat jgn nak harapkan orang lain.

damn bullshit!!!! kalau dah hebat sangat jgn nak mintak tolong kat orang lain.

damn bullshit!!!! kalau dah megah sangat tak perlu nak rasa diri tu bagus dan hebat.

::havoc-nye SOGO::

salam and greetings to all...

sape sanggup jalan2 kat sogo time cuti2 gini tunjuk gigi..haha..xde sape sanggupkan melainkan org yg betul2 giler tengok discount macam tengok buah durian terabur atas highway. kan kan...baru2 ni i just spent my time hang out kat sana. saja2 nak cuci2 mata. lama tak tengok sale la katakan. bukannye nak membeli sangat pun. tak kuase mak nk shopping kat sana time rakyat tengah ramai camtu. nak buat payment kat counter pun kne beratur berjam2. tak kose mak nak...

paling ak tak suka kalau nak window shopping macam ni la. sesaknye mak aiihhh...cam lalat hurung makanan gamaknye. kalau nak berjalan tu harus bersentuhan. paling ak tak boleh blah. macam mana nak survey barang hantaran kalau dah sesak dengan manusia cenggitu. ulps..barang hantaran..aku nak kawen ke. oh no.......lambat lagi kot. verangan je tadi seketika..ahaks. akak memang suka cetuskan kontroversi.

naik turun escalator at last benti kt tingkat 6. cam biasa ar tingkat atas skali harus la ada FOOD COURT. pqah and makanan kan mcam pinang dibelah dua. hahaha. makan simple2 je. just a glass of watermelon juice with a slice of chocolate strawberry cake special from secret recipe. hahaha. sedap tu. menambahkan kalori akak yg kejap ada kejap xde je dlm badan ni

selesai isi minyak baru ada tenaga yg cukup utk berjalan lagi. tapi decide tak nak using sogo dah. penat der sogo ramai org sangat. sale sebab nak raya cina tp ak tengok melayu ramai. borong sakan depa tu. aku je melenggang. haha..atte dah nak window shopping je kan. tengok kot tingkap je la. hahaha...

bila minyak yg diisi tadi dah bagi signal kena reload, aku ke kampung baru plak. as usual la fevret aku kat sna sate minang. dapat kena sepinggang terangkat beb. harga sepinggan pun terangkat gak. kali ni silap pilih lokasi. selalu lokasi ngam2 je cantik. hahaha. tak pe la. janji dapat lepas gian kan. penat makan dan berjalan, finally trus balik rumah. peh ..nampak tilam keras pun dah macam nampak tilam sponge. landing trus tak ingat apa. hehehehe...

February 5, 2011

::i like you::

i like your style...

i like the way you treat me...

i like your smile...

i like the way you call me...

i like you care about me...

i like the way you are...


February 1, 2011

::saya menggilai shawl::

salam and greetings to all...

saya memang tak tahan bila nampak kedai jual selendang. harus ada 1 saya beli utk lengkapkan koleksi saya. latest minat pada shawl style pashmina. 1st time beli shawl kaler hitam. hahah. sampai sekarang shawl tu yg saya wajib bawak g mana2. reason: senang nak basuh and tak mudah renyuk.hahah. walaupun org cakap saya tak sesuai pakai shawl, saya tak kesah pun. janji saya suka. lagipun shawl ni murah la jual kat kedai. 5 hengget dh boleh dapat. kalau tudung pat segi tu mesti berbelas2 ringgit. mahal tu.. hopefully saya tak la giler mcm org lain. beli tp tak pakai. hahaha.

--->pasni upload koleksi selendang yg ada. hahaha

::entry main - main::

salam and greetings to all..

bosan tak tahu nak buat apa. tringat zaman hangat berchenta dlu...teeetttt....orang selalu relatekan pkataan "KALAU" ni dengan couple2. aku kurang periksa apa releven-nye tp try gak la relatekan. hahahah...kalau tengah hangat2+hangit2 bercinta pakwe and makwe ni harus ada kluarkan statement macam ni:

Makwe (M): kalau i bintang...
Pakwe (P): mestila i bulannye

M: kalau i bunga...
P: mesti la i tangkainye...

M: kalau i permata..
P: mestila i cincinnye...

...and mcam2 lagi "KALAU" kalau tengah syok bercintun. haishh...indah sangat la time tu. kentut pun diorang tak kesah. hahaha...lagi satu moment kalau tengah dating. dialog yg harus juga laa..

makwe mesti kata "u jump, i jump"...bajet korg ni kate winslate dgn leonardo decaprio la kan. hahaha...pastu verangan duk atas cruise mengadap laut. adoii..zaman budak2 bercinta mmg camtu kan.

lain plak bila org dewasa bercinta...

situasi 1
P: u kat mana. kata nak dinner sama2..
M: i on the way. u tunggu sekejap boleh. tadi i ada client kne entertain.

situasi 2
M: i malas nak drive. u datang amik i kat rumah boleh. kte g same2.
P: u ada kereta kan. so drive sendiri.

situasi 3
P: lunch sesame k. i ada kerja kat area ofis u..
M: ok. i'll c u then...

ok..u ollz nampak tak perbezaan antara ketiga2 situasi ni..mcm ni..

situasi 1 : even dah janji nk dinner sesama, but partner u mesti mementingkan kerjaya diorang. kalau lewat sampai time dating tu, tak de rasa nak bersalah pun. lain la klu style remaja. lambat cket nak merajuk. si Pakwe harus la nak pujuk dengan bunga la coklat la. pelizzzz

situasi 2: kalau boleh nak datang asing2. bukan apa. senang cket kalau lepas dating nak lepak plak dgn member2 kat mamak or futsal sama2. kalau datang skali harusla berantar dlu kan.hahaha...kalau style remaja. harus la janji jumpa kat mna2 then pergi sma2. even naik bus. time tu kononnye bimbang keselamatan partner...uweekkk...kalau dah mak bapak dia bg kluar tu maknenye dia pandai la jaga diri sendiri. adooiii

situasi 3: kalau dah alang2 dekat baru ada intention nak jmpa. kalau tak, baik makan dengan ofismate je. buat pe nk gerak jauh2 semata2 nak makan. lunch time bukan panjang pun. sejam je. kalau sorg kat utara sorang lagi selatan, baik batalkan je niat nk makan sesama. kalau remaja bercinta. lautan api sanggup ku redahi. walaaaaa wey...cket punya romantik tuuu...ko kena cahaya matahari pun komplin. nak redah lautan api konon. weeekkkk....

so. dapat bezakan cara remaja and dewasa ni. bukan nak cakap dewasa ni feeling tu dah semakin kurang, tapi dewasa ni fikirkan komitmen lain yg diorg perlu tunaikan. tanggungjawab lagi besar bila dah ada pekerjaan. lain la remaja. hahaha...tapi tak tau la kan. akak tak bercinta so akak tak tahu la mcmmn..hahahha...so citer ni berdasarkan pengalaman sendiri ke. oh tidak..just from other's experience yg aku dengar2 je. hehehe


::hot and panas::

salam and greetings to all..

satu hari ni memang letih yg amat. hot and tak tahu nak khabar guane doh. first thing in the morning g workshop keter coz abah pesan tayar kne buat balancing, rotate and alignment --->3 in 1 hokeh. ingatkan dah g awal tu selamat la dari Q panjang2. skali g hambek ko turn aku yg ke barapa ntah. fed up la tunggu lama2. bising and mcm2 benda yg buat aku semak je. ce teke brapa jam aku kat sana:

a) 2 jam

b) 4 jam

c) berjam-jam..

jawapannya....(jap g last skali aku cakap)

tension kan bila dalam situasi macam tu. dengan aku sorang je bunga kat situ. ibarat mat saleh cakap torn among the roses. patut aku yang roses. ni terbalik plak. aku yg durinye. tensiooon siot. sebelum keluar dah makan nasi lemak sebungkus. mungkin sebab terlalu tension dengan keadaan kat sana, tak sampai 2 jam perut dah meronta ronta mintak diisi. mana nak cari makanan kat situ. skru, bolt n nut, dgn tayar banyak ar. boleh ke wat makan tengahari tu. memang nak suggestkan je kat tokeh kedai tu letak vendor machine satu la. lu bikin bisnes ribu2 takkan machine air gedegang tu tak boleh sediakan. aiyaaa tokeh!!!

balik rumah dah macam singa lapar. rasa nak terkam je apa ada atas meja makan. thank God. mama balik dari amik adik tadi dia tapaukan mee kuah sebungkuih. lega tengok mee duk elok dlm plastik tu. tanpa membuang masa, getah plastik dibuka, mangkuk+sudu+garpu dicapai. auuummmmm....singa lapar pun tak macam aku...

lepas makan cem biase ar. plus ketensionan tahap petala langit ke tujuh ni (eh..lama tak guna ayat petala2 ni..heheh) nampak katil ku yg siap dikemas pg tadi. dushhhh.....belayar ke alam lain...zzzzz......

bangun2 dah kul 630pm. mampoih dah anak dara ni. kalau tak kena jerit dengan abah, silap2 tak bangun hingga ke maghrib. abah suh uruskan kulit kerang. ishhh...wrong timing la. walaupun kerng tu amat la diperlukan sekarang, tp disebabkan letih-mak-tak-hengat ni, cam malas je nak proses. tp terpaksa.tp malas.tp kena buat. tapi dan tapi....tapi at last settle gak tu pun tak cuci lagi sbb takut tak sempat kering. esok dah nak angkut g kl seterusnye ke melaka. hehehe.

malam plak episod lain dah dalam rancangan "hari bizi n letih tak hengat"..

abah shopping ikan dgn sotong kat pasar malam. so perintah dr abah yg tak mungkin dapat aku ingkari sampai bila2. "hang siang sotong dengan ikan2 na" aku jawab "ok" walaupun sebenarnya dalam hati kata "suruh mira la"..hahaha..sampai ke saat ni aku terbongkang mcm apejer ni atas katil. jari2 ni bisa je sbb tercucuk duri2 ikan time siang ikan td. sakit mak nok..hopefully hari ni boleh la nak tdo awal cket ek...hahaha...verangan la kamu....

--->jawapan tadi = 4jam je