April 30, 2011

::lawak jenakew pagi2 butew::

salam and greetings to all....

first---> meluat dooowhhhhh bila ada manusia yang suka chatting or message guna words macam title aku. kengkadang tu ada yang sampai aku sendiri tak paham. "u apew khabar"..kau nak tanya khabar je kan. eja la betul2. ni nak merosakkan bahasa wut the *&^%* kan.pastu "i tak kacew u kew"..fakrul-fakrul-fakrul btol tau. i tak sukew yauw bilew kau cakap cenggituew yauw...meluatssss yauw....cakap elok2 tak bleh...nak aku twist ke lidah kau tu. biar terbelit betul2..

alright...ni citer sebenarnye. tadi tu just nak meluahkan apa yang meluat bebenor kat manusia yang suka cakap camtu. negara demokrasi membenarkan penduduknya meluahkan pendapat masing2 kan...correct me if i'm wrong......

last night aku mengekor kawan2 aku g ke alai. tujuan asal bukan nak makan sea food or nak mandi laut ke apa. aku bab2 makan ni jangan di ajak. orang tak semawa pun aku wat muka tak tau malu nak ikot. muahahaha...tujuan nak g umah member sekelas ktorang sebab nak pinjam drilling machine utk buat final year project. first impression bila aku dengar "drilling machine" ada kat rumah budak ni, aku imagine rumah dia ada bengkel besi, pastu besar. nak plak dia kata yang kat rumah dia tu lagi power dari kat "AMC" utem. masa nak gerak ke alai tu dah dekat kul 10 malam dah. so sampai alai around 1030. biasa jalan nak ke alai smooth la tapi once dah masuk kawasan rumah dia ---> kat crystal bay yauuwwww.....kereta dah start merangkak kat sana. biasa broo..tempat makan sea food yang femes mesti ar ramai orang. sesampai kat rumah member ktorang ni, ingat nak start bekerja la. since dah lewat. wat keje bising2 ni kang orang keliling marah plak. tapi, sesampai je family dia ajak makan dlu. peh..ingatkan mak dia yang masak. satu kali machaaa ikan bakar sana la..murah rezeki malam tadi. makan besau makngah. so, dinner kami malam tu pukul 12tghmlm. care tak. maunye tak gemok. dah tu bila plak nak start buat kerja. bersembang lagi dengan parents dia yang wallaaaaa sempoy giler dowh....pukul 1 tak gerak lagi. 

syok sembang, member aku ni keluarkan hand drill. dalam ati aku ni dah agak dah. samada ktorang yang salah paham pasal machine tu or dia yang salah info pasal barang yang nak pinjam. hahaha...so the rest is history. kisah machine drill yang besaq gedabak tu sebenarnye hand drill je. hurmm...patut la siap ajak makan kat luar lagi. then sembang2 macam tak de apa nak wat. hailaaa......dalam keter nak balik kami gelak je la....

this cutiey cat belongs to tuan rumah. sangat manja dowhhhh.....

bila mata bertentangan mata...huhuh...macam nak bawak balik rumah je...

::AMEKAW::

nah...sape yang berkenan kat diorg ni, sila bg tau aku.....ni budak2 kelas aku...nak try market korang dengan diorang pon boleh. nak try wat abg angkat kakak angkat adik angkat pun boleh. nak angkat terus pun boleh...


April 29, 2011

::melaka also a food paradise::

orait...entry kali ni tribute tu entry aku yang lepas. tu pun sebab bila aku tanya kawan aku yang kat sinun pun kata aku memang dah bam bam. fine la. aku terpaksa admit walaupun tidak rela hati mengakuinya. hey. its not that bad ok bila pipi kau macam lepas tersalah suntik botox. ye la..memang la tak that bad tapi kalau dah kerja menyumbat je bila masa nak surut kan.well..food and me ibarat gula dalam air teh o. see..perumpamaan pun dengan makanan. wut the fish...sah sah la kau macam bela hantu raya patblas ekoq. ..eeeiiyyy gerun...

by the way, living in melaka is not macam kau tinggal kat kaki gunung kalimanjaro. setiap food kau kena struggle kalau tak kau mati kering kat situ sorang2. nak macam tu. so far almost four years jadi permastautin kat sini, aku tak de la sampai kebulur sebab tak makan. minus the first year aku kat sini dulu. tu pun sebab time tu aku tak tau lagi port2 yang boleh menambahkan kalori dan lemak dalam badan. bila dah tau, insyaAllah dengan muka tak malu aku ajak member2 aku. sebagai intro aku cakap "jom try makan kat situ. ada orang kata best" padahal aku baru tengok gambar orang lain makan kat situ. belom ada cop sirim kata situ sedap tahap leleh air liur kalau kau tengok je. 

tok sah habaq tak kenai apa ni. aku lempang sekor2. masa belum study kat sini, pantang nampak jual kat pasar malam stadium kangaq, aku pasti akan mengheret abah aku g gerai jual otak otak ni. memang giler jakun ar bila terbau je. otomatik hidung aku terangkat macam iklan dashing tu. ingat tak. yang part pompuan hidung tak lawa tu bau body spray dashing remy ishak. tah apa2 iklan tu. ezejeret overdose. masa tu kat pasar malam sana boleh dikatakan sebulan skali pakcik yang jual otak otak ni ada. selebihnya mungkin dia g cari daun nak balut otak2 ni la kot ---> aku kan kalau dah mengarut mesti tinggal jauh citer asal. otak2 yang ni antara yang sedap among the sedap la. masa ni aku g makan kat warong belakang hotel kat banda melaka. aku tak ingat kat mana. tapi bukan yg kat belakang hotel orkid tu k. padat, gebu and cukup rasa. tak macam setengah tempat. lembik and tasteless macam dot dot dot..malas aku nak cakap macam apa.


abaikan model tambahan yang sedang kerenyis macam kerang busuk --->tak payah google 'kerenyis' tu apa sebab kau takkan jumpa. sate ni sedap giler. bukan nak bodek tukang bawak or tukang kipas sate tu. tapi it is for real. the satay is marvelous. cuba secucuk aku tambah bercucuk cucuk lagi. pastu komplen gemok. memang nak kena pang sedas dua das. lokasi kalau tak silap aku somewhere kat durian daun tapi atas lagi. hokeh. the exact place aku tak tau nama dia tapi kalau kau bagi stereng kat aku memang aku boleh bawak g sana. daging and ayam gebu2 belake mcm pipi aku sekarang. muahahahahahaha....and its gravy..wa cakap lu memang sedap dooowwwwhhh....ok...menggelabah...   

kalau kau peminat setia jalan jalan cari makan, last week kau mesti perasan Qi minum benda alah ni. kokonat shake. by the way aku dah penah post pasal coconut shake ni. tapi because of entry kali ni tribute to budak bam bam, so menatang (sebut cam En. S sebut) ni still in the list sebab dia pun punca budak tu bam bam. lokasi pantai klebang. tapi sekarang dah bersepah kat melaka ni. batu berendam, simpang kat gangsa and the latest aku discover ada kat warong char koey teow depan spital.tapi situ tak try la lagi. hehehe..

ni pun aku dah citer in one of my entry. first time gak aku cuba ni walaupun aku dah 23 tahun bergigi. mee rojak mydin. terbaek dari mydin. ada rasa2 peluh mamak cket. tu yang shedap shangat tue. yuks...

penyumbang kalori aku yang seterusnya. masih lagi sate. sebabnye dia sedap. aku memang habit suka amik gambar makanan yang sedap2. lepas tu aku boleh tayang kat abah aku so that aku boleh jadikan bukti yang makanan ni betul2 sedap. then aku ajak ar abah aku g makan. muahahahaaaa...ni tak ingat mana. tapi nak compare yang tadi tu, yang tadi lagi sedap. sebab tu gebu macam dot dot dot. muahahahaah.... 

kalau sape yang slalu g sini mesti tau apa nama tempat ni. dekat je dengan rumah sewa aku. dia punya roti canai banjir boleh tahan sedap gak la. kalau tak aku tak order banyak kali. but next time i'll make sure dia kurangkan kuah sebab tu penyumbang kepada jantung tersumbat. 

yaaaaa tudiaaaa...masih ingat lagi kah pada laksa ini. ini tarak juai punya. melainkan kau suruh aku yang masak dengan member2 rumah aku. hahaha. ni ktorang wat sendiri. as a penutup, laksa buatan sendiri yang lazat ni aku hidangkan buat tatapan manusia sejagat. muahahaha.......

::unbelievable::

believe it or not..believe it..percaye ke tak, aku tak mau percaye. selagi repliey's believe it or not tamau siarkan citer pasal aku, aku tak mau percaya. wut the fish kesah percaye dgn tak pecaye ni.

masa tengah tunggu nak masuk exam hall, biasanya aku akan lepak dengan budak2 kelas aku. konon nak suck their spirit of rajin-membaca-sebelum-masuk-dewan. wak kaauuuuu....dan tiada angin ribut taufan, member aku paling kecik dalam kelas membuat pandangan kat aku. aku mula terperasan yang aku gorjes di pagi hari ni. ditambah pulak cuaca sejuk sebab malam tadi hujan, so pagi ni mesti la mood stim2 je kan. (stim tp tak leh wat apa ---> okey, sounds lucah) sekali dia wat pipi kembang. macam dia ni..
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..

aku rasa nak ketuk kpala dia bg benjol mcm sinchan ni gak..boleh kau...

kau paham tak maksudnye ape. dia nak kata aku gemok la tuh...arghhh tension..tension....ni bukan gemok k. aku cuma sedikit bam bam je kat pipi. hello...aku kan kuat menketedarah. so, no wonder la aku bam bam. tapi tempat lain aku maintain hokeh. ini yang membuatkan aku nak work out hari2 ni.

adakah ini yang dikatakan gemok.....

ada muka tak boleh trima kenyataan tak......

---->pas ni nak call celebrity fitness center. weight below 50kg boleh tak nak mintak personal trainer..boleh tapi diorang bagi kaki kot kat aku...kau dah kurus kering nak mintak personal trainer lagi.....

April 28, 2011

::tips exam final kali ni..gembira boleh::

salam and greetings to everybody

dah dua paper lepas. rasa beban makin ringan especially bila first paper calculation dah jawab. erk..tamau ingat dah paper tu. sucks yucks...hancus...lebus....tak de la teruk sangat tapi when there were some questions yang everyone kata "siot je soalan" or "giler ar susah" or "mana blaja dooooowwwwhhhh" ---> dowh tu punye panjang mengalahkan bacaan al quran 6 harkat bunyinye. kau akan rasa betapa frustnye kau stay up or sengkang bijik mata tak tido malam semata mata nak score paper ni tapi hasilnye ke gaung. wawaawaaaa

standard dowh bila musim peksa ni, tips ke hint ke mesti agenda wajib yg hangat and kecoh diperbincangkan especially biler kat facebook dah ada group utk kelas aku. masa tu la group tu akan jadi traffic jam macam kat simpang stesen bas puduraya. ada yang post hint2 ni and ada gak yang tanya "sape yang ada jawapan utk hint ni"...hurm.. dah bg hint tu cuba la cari jawapan sendiri plak....---> mcm kata kat diri sendiri je...




tak ketinggalan yang mintak tips...


ini plak bila dah dapat tips try cari jawapan. bila tak dapat boleh tanya kawan2 plak jawapannye..hehehehe...
kalau nak letak ada lagi ni ragam masing2 mintak tips, jawapan and nak pe"dajal" kawan2. ada plak yang g letak gambar cover page kertas soalan. membakar je masing2..kononnye ada yg dapat soalan bocor padahal kau edit je kertas soalan tahun lepas.. adesss...macam2 pe'el la. 

hokeh la...mood study dah masuk dalam. challo every-buddy....

April 25, 2011

::study mode activated::

25th april..seperti yg dijanjikan, my first day of final exam TETAPI masih sempat berfesbuk and most important is sempat hapdet belog rosadeena. erk..gaya buh nama rosadeena macam rosadeena tu orang lain jer. aku ler tuh!!

3 days ago, aku dengan few friends aku including my own roomate memang ol-aut la study. peh...mau pecah kepala mak nookss. today's paper will be production and planning control. huh...sangat taf subjek ini. mana kau nak hafal teori yang berkajang kajang, plus calculation yang berkandang kandang. seriously aku rasa sem ni memang aku sangat bersungguh2 study bagaikan tiada lagi hari esok untuk aku study. tapi memang pun. abis paper mlm ni takkan aku nak hadap lagi next sem. tak mau laaaaa.....esok aku nak start paper lain plak. so kne study utk paper tu plak. 3 papers lagi are teori basically. hokeh. moga2 aku mampu menghadapinya sebab aku sangat hate reading...

semalam saje aku and the rest study from 2pm till 10pm non stop. stop kejap je la utk solat. berkampung kat library yang tak pernah dibuat aku duk lama2 camtu. exam week je library ku rumah ku syurga ku. tapi bagus la tu. at least aku betul2 study. kalau duk rumah je ke laut la gamaknye...

tapi ini lah cabaran untuk seseorang itu sebelum mencapai apa yang dia inginkan. memang dari sekolah i wish to become an engineer. insyaAllah..few steps ahead cita2 aku ni tercapai. hopefully la nothing akan ganggu perjalanan aku ni. 

April 22, 2011

manusia bertanduk elok di rejam je

bangsa yang suka jadi batu api ni memang bersepah dalam dunia ni kan. selama ni aku ingatkan aku takkan jumpa bangsa kurang ajar ni. rupanye dia ada dekat2 dengan aku je. aku tak faham. dia memang tak puas hati ke tengok manusia ni berdamai. kenapa mesti nak tengok manusia or lebih spesifik kawan2 dia berbaik. entah2 setan duk melompat lompat bila dia dapat bakar kawan2 dia utk bermusuh and saling kata mengata. apa yang dia tak puas hati bila tengok orang baik2 je. kenapa nak tengok perang mulut jadi. manusia mcm dia ni memang patut tak de dalam dunia ni. kalau aku kata bodoh belajar dah sampai U. tapi kat U mana belajar sangat manners ni. setakat ilmu duniawi boleh la kau nak tunjuk teror, tapi bab insaniah ni kau fail tau tak. 

::have a break..have a cucoq ikan bilis::

bila dah study pun rasa macam nak termuntah kalerful, time tu jugak la otak akan menarik perhatian si tuan punya badan untuk melakukan sesuatu. seminggu  sudah minggu study week. first paper will be on monday 25th. dah kejung otak ni menghafal segala teori teori serta rumus yang berbelit belit ---> itu pun nasib baik buat short note. kalau tak harem kau nak menghafal pqah. biase la u. bila dah final year ni, jam ni jugak terasa dah terlalu lama rasanya study. tak sabar nak rasa pegang duit sendiri atau lebih tepat lagi nak kerja makan gaji. nak kerja sendiri tak dapek la. modal wat bisnes nak pakai apa. nak pakai daun gugur tepi jalan. mujur jugak la paper 25th tu sembilanploh persen deal with numbers. so, bersemangat jgak lah makhluk species aku nak study. kalau teori semata mata yang menuntut perhatian aku untuk membaca saje...ke gaung la jawabnye.

taraaaa........my cute cucoq ikan bilis..or some say jemput jemput. hidangkan panas2 beserta teh o, time study pun boleh tinggalkan semuanye demi cucur ini.hehehehe...bajet sedap sangat cucur kau ni..
.
.
.
.
.

tangan2 yang gelojoh..time aku tanya sape lapar tak de sape nak ngaku. bila aku nak  buat cucur baru la ke kedai beli gula nak buat air teh. hurm....dasyat la orang tak lapar ni..heheheh

habit aku time study memang tak menahan. aku boleh menghadap calculation selama 2 jam plus plus tanpa panggung kepala kalau perut aku berada dalam zone selamat. tapi kalau perut aku dah terkeluar dari zone tu, kau bagi soalan senang tahap petala langit ke tujuh belas pun aku tak layan. tengah bulan...biasenye purse akan semakin menipis. time ni la aku akan menghargai setiap sen yang terkeluar secara tak sengaja. to make sure i have enough RM till the end of this month (till my father bank-in me HIS money) aku rela perut aku diikat kejap dari makan hidangan yang enak enak belaka. untuk itu, aku mengambil inisiatif untuk menghabiskan tepung yang dah berkurun kat dapur tu dengan membuat cucur ikan bilis. hehehe...without amik tau tepung itu elok lagi ke tak. as long as esok pagi tak cirit birit ok la kot. hehehe..---> kalau sakit, klinik utem ada. ubat FREE...

waktu ni la kami berempat (coz hawa wasn't around) menghadap cucur air tangan aku dengan teh o panas juga air buatan tangan aku dengan begitu berselera sekali. fuhhh...licin beb kejap je. kalau tak aku tak mau goreng banyak. tapi mengenangkan perut masing2 macam perut naga tasik chini, aku tambahkan amaount cucur tu..akhirnya lesap jugak semuanya. alhamdulillah. rezeki tak baik buang2. nanti Allah tarik balik rezeki tu, sape yang susah. nak pulak bangsa macam aku ni. yang asyik nak mentekedarah je kerjanye. bila perut pun dah kenyang, insyaAllah aktiviti menelaah akan berjalan dengan lancar. by the way, i have no more feeling towards books and those numbers yang aku eager nak buat sangat tadi. gara2 mata dah stim2 macam ikan kukus, i prefer to read novel..muahahahaha....okey sekejap jer. malam cket aku akan sambung balik dgn calculation tu. and ini la yang dikatakan ibarat menanam tebu dipinggir bibirmu. kata2 manis untuk sambung study berkubur macam tu saje bile dengan pantas dan tuntasnye blog juga yang aku hadap. after blog-walk kat few blogs, aku hapdet blog rosadeena plak..wikiwiki.....

and malam pun berlalu dengan tenang dan aman...dengan semangat yang kental, aku nak sambung study. sikit pun takpe. janji aku study.heheh...challooooooo

April 20, 2011

::ini buat saya marah::

first thing yang aku nak buat masa sampai melaka pagi tadi is cium tanah. sebabnye, aku berjaya sampai ke sini dengan jayanye.ok.. exaggerate sungguh. for the first time, from perlis to melake, i took 3 buses. what the fish. apa punya lembab pengurusan si syarikat bas ni. 

aku beli tiket dari satu kampeni bas ni. nama dia tak payah la aku mention kan. nanti tak pasal korang sume dah tak nak naik bas diorang. tak baik plak menutup periuk nasi orang kan. so fine...tapi diorang ni masa kat station bus kangar lagi dah buat aku hangen. bas suppose gerak kul 9mlm tapi 9.10 belum sampai lagi. fine, try to think positively. diorang amik passenger kat kuala perlis dulu kot. tapi, bila bas tu sampai je, isinya yillek. ada drebar je. maknanya apa. diorang sememangnye lambat. takpe..aku buat tak tau je. janji aku sampai melaka dengan selamat. kul 9.30 bas pun gerak. sampai alor star amik passenger lagi. time ni, tukar tiket bas sebab tiket masa beli tak de cop nama kampeni bas tu. it's okey. tu keje korang. dengar dengar bas tu patut jalan 1030malam. tapi 1040 belum gerak lagi. so, dua kali dah tak menepati masa. susah btol kampeni bas yang baru nak hidup ni. 

so, cam biasa la. diorang mesti akan amik passenger lain kat butterworth plak. on the way ke butterworth aku tdo je. well, the bus was very nice condition. air cond sejuk. condition memang tip top. aku bagi pat bintang stengah. tapi servis...hurm...kelaut...sesampai je kat butterworth, dia buat hal lagi. sesedap aku buat air liur basi, diorang kejutkan passenger. time dah 12am sape yang tak nyenyak tdo tengah sejuk camtu kan. mesti la best melayan mimpi masing2. naik amoi sekor ni buat announcement..."sapa p seremban dgn melaka, mintak tukar bas sebelah ya.." dengan keadaan aku yang separa miong sbb terkejut dari tido, suhu aircond yang sejuk pun boleh buat aku hot satu badan. as a penumpang yang bayar tambang sampai 55 hengget utk ke melaka dengan keadaan yang selesa, so aku ada hak nak tanya KENAPA????...

aku: kenapa nak tukar bas plak....
amoi: solly..solly..I pun tak tahu.
aku: kenapa u tak tahu tapi u suruh tukar bas.
amoi: aiyaaa...tanya itu bos..(dia jerit2 panggil bos dia)
aku: tadi kata bas ni direct ke melaka. kenapa nak tukar lagi. kalau I tak mau tukar?? (time ni aku bersemangat nak marah amoi tu sebab muka dia dah kecut. well, akukan muka singa kelaparan. and aku mendapat sokongan yang padu dari sorang lagi penumpang yang nak ke melaka gak)
drebar buncit: kalau adik nak naik jugak bas ni boleh tapi sampai simpang pulai je. tukar bas kat sana. sebab bas yang sepatutnya rosak.  

and time tu dalam hati aku jerit kuat2..what the hell....masa beli tiket kau promise macam2 kat orang. bas elok la. jamin sampai pada waktunya laa. and now ko suruh tukar bas. aku faham la bas tu nak rosak bukan boleh jangka. tapi at least kau bagi la bas yang rupa elok jugak. bas yang kau bagi tu burok and this bas nama dia something like PME. but for me ni bukan PME okey. ini PMS. nak gerak pun tersengguk sengguk. all the way bunyi cam skru nk tercabut. dah la aku dapat seat kat atas tayar. sepanjang jalan badan aku terlambung lambung. so fine. aku lalui malam tu dengan penuh kesabaran. memikirkan esok paginye aku ada kelas kul 10pg, hopefully aku dapat rehat yang secukupnya untuk attend kelas pagi tu. tapi memikirkan kondisi bas tu...hanyuuuttt.....

and the night went on not so good. sampai kat behrang. once again drebar suruh penumpang seremban melaka turun. woooiii...aku memang dah hangen. budak perempuan sebelah aku pun merungut tahap gila vavi. tak pernah la lagi aku rasa jumpa seorang wanita mengeluarkan kata2 nista depan orang lain yang dia baru kenal. dia sememangnya dalam kemarahan. kau tengah tidor and suddenly orang suruh kau hangkut beg kau yang gedabak besar tu. i knew how you feel. mujur bas kali ni elok. and aku cepat2 naik bas and book tempat yang selesa yang amat. dengan harapan tiada lagi penukaran bas berlaku. yeah. finally sampai ke seremban bas yang sama gak aku naik sampai ke melaka.

tapi disini aku nak menegaskan, check la condition bus tu sebelum gerak. kau nak bawak patplohpat nyawa. kalau kau pemandu berhemah sekali pun tapi bas kau macam bas zaman bas-mini-kaler-pink pe kejadahnye kan. dalam bas tu ada budak kecik, ada orang tua tak larat. kalau semua gagah perkasa muda belia macam aku tak pe la jugak nak tukar tiga pat kali bas. kalau yang tulang sendi pun tunggu masa nak terkeluar soket, kau bayangkan la diorang nak mengankut beg2 yang cam baru balik mekah je gayanye. alahaaaaaiii...yang satu tu syarikat baru nak hidup. yang satu lagi bas tak pernah plak aku dengar nama dia. macam mana laaa korang nak hidup lama. macam mana laaa orang lebih prefer TRANSNASIONAL dgn MARA LINER je. renung2kan la demi masa depan syarikat korang yer......wallahualam...... 


April 18, 2011

::mati katak::

tadi....masa tengah seronok drive, lintas sekor anak biawak. anggaran umur dalam 2-3 minggu lepas menetas....

aku dah cuba untuk mengelak....

sayangnye...

aku tertindih ekornye....--->aku rasa...

aku pandang cermin pandang belakang...just to make sure....

oh my GOD....rupenye...aku terlanggar bahagian badannye....

kesian...

tapi....

sape suruh kau lintas tak tengok kiri kanan kiri...

dia binatang laaaa!!!! mana ada akal....

aku dah jadi pembunuh harini....maafkan aku...aku tak sengaja...

April 12, 2011

::hari hari marimar::

salam and greetings to all..

mesti pernah tengok cerita marimar kan. yang tengah hot meletop letop kat tv3 skrg ni. aku dulu tak de lah nak follow sangat citer ni. sekadar tanya kat kawan2 apa jadi eh arini kat marimar tu, pastu kenapa macam tu eh..sok sek sok sek sampai kawan aku pun tension..wakakaka...sekarang ni aku plak macam kena sampuk dengan hantu marimar ni. dah tak boleh tengok kat tv aku cari alternatif lain tengok kat tonton.com. dari tengok episod untuk hari ni melarat sampai aku tengok dari first episode. tak giler ke. mujur ar keje aku banyak yang dah settle. kalau tak mau menangis aku tak tido malam menyiapkan keje. dah siangnye aku duk giler tengok marimar sampai 30 episod, tak ke malam aku kena bersengkang bijik mata nak menyiapkan keje2 yang tinggi cam gunung kinabalu tu.

aku rasa ni je la gambr dia yg agak sopan pun....

citer tu jadi interesting since dia dah jadi kaya raya. hahaha..kalau miskin tu asyik kena tindas je kan. standard la citer negara mana pun memang macam tu. yang miskin tu la asyik kena buli, asyik kena ketuk itu ini. tapi cantik. yang kaya tu la yang jahat tapi hodoh. nampak cantik sebab dia pakai baju mahal2 and make up tebal2. wak luuu...kalau realiti macam tu, aku ni jatuh kategori mana satu eh. tak kaya tak miskin. so aku ni consider tak cantik dan tak hodoh la kan.. macam kawan marimar :::>inocencia....boleh laa...cantik gak tu...suka perasan aku ni, don't blame me...so sekarang ni memang keje aku asyik melayan dia ni je la. hurm..whatever..sementara tengah takde keje. time sibuk..nak muntah je rasa...hehehe

April 10, 2011

::main dgn binatang ja::

salam and greetings to all....

my life becomes wonderful bila aku sedar akhirnya aku tidak penakut lg dengan binatang ni. hehehe...last saturday aku follow team veteran aka kakak aku, kawan perempuan dgn kawan lelaki dia gi melawat mini zoo. boleh la nak kata mini zoo sebab binatang yang ada just monkey, rabbit, horse, goat, dan cow ---> sila translate mengikut binatang kesukaan anda. nama tempat ni rabbit farm tapi tauke farm ni men-variety-kan binatang2 kat sana. kire orait la kan. mana nak tengok binatang dekat2 cam kat sini. binatang2 ni tak letak dlm cage macam kat zoo. they just kena kurung tapi pengunjung still boleh nak pegang2 and raba2 those yg ada kat sana. nice place but bau kambing je masing2 bila balik dari situ.

lupa nak bagi tahu. tempat ni kat broga area semenyih. sape yg tak tahu sila tanya kak google aku. insyaAllah, dengan ilmu yang penuh di dada dia, dia mampu menjawab di mana lokasi sebenar rabbit farm ni.

she claimed that she is a circus trainer. memang ada gaya pun. sebab dgn monkey ni pun dia leh wat ballet sama2. tergoyang goyang dua dua makhluk ni. 

that tangan is mine. geli dowh arnab ni menjilat2 tapak tanganku. dengan kegelian ak yang tahap maksimum ni, aku tahan je la. tak kan aku nak lempang rabbit ni sekor2 pastu kata "hoi, aku geli ar". memang aku yang kena penampau dgn tauke ladang ni. 

itu bunny yang comel2 and tok sah habaq la kegedikan diorang lari bertempiaran bila aku nak tangkap sekor. macam la aku nak sembelih buat sate. aku sembelih wat sate betol kang aku yang tak makan. 

and ini poney. sangat kecik and very the friendly one. boleh diusap usap kepalanye and bila aku nak candid photo ni, dgn bangganye dia tayang muka perasan-kau-bagus dia kat aku mintak penampau.eh..tak... gila camera gak kau ni. tau la everyday ada je yg datang tengok kau bersarkas kan. 

rabbit for sale. kecik ke besau regenye RM200. nak jenis apa sume ada. teddy bear la, lion head la. human head je yang tak de. kalau ada aku beli sekor hadiah kat darling aku. boleh ????

ini lumbu sangat busar. sekoq ni kalau ak sembelih wat kenduri kawen aku boleh share dgn side pengantin lelaki.@laki aku. save budget. tak tanya plak aku harga sekoq ni brapa. adakah sekoq ni harganya lebih dari 2 ekor lembu lain. itu yg kita tak tahu. lembu ni from new zealand. agak kurang ajar lembu ini. sesedap rasa dia mengalirkan waterfallnye di depan aku..sib baik tak tempias dowh...

dan lagi dan lagi dan lagi...arnab kat sini memang banyak. tak tehitung. pekejadahnye aku nak g hitung brape ekor arnab tu sume kan. ini yang kecik2 lagi. ada yang besar2 tapi yang besar dh tak nampak comel. i prefer yg cute je. 

yeah..cubaan beberapa kali nak usap kepala lembu ni. lembu ni tak friendly la coz suka sangat mendengus. apa yang dia hot sangat tu tak tau la. takut akak aku beli then akikahkan dia kot....maybe..

dan disini saja pertemuan kta. tak mau aku g dekat2. tak pasal2 plak dia pancut kat aku.

cuba lihat ini baik2...dan lihat plak gambar seterusnya......
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.

apa komen anda selaku juri awam. 

lastly... aku sangat sukakan beruk ni. comel sebab dia kecik lagi. baik sebab dia tak tokak tangan aku. sopan santun sebab aku hulur segenggam makanan kat dia tapi dia amik satu per satu. very the behave one hokeh...

April 5, 2011

::utem..u r in my heart::

tetiba aku sayang nak tinggalkan life kat utem. bak kata orang banyak pengalaman yang kita kumpul sepanjang kita berada kat sesuatu tempat tu kan. well...bukan sekejap aku kat utem ni. ampat tawon wooooo....kalau kita try expand empat tahun tu bersamaan dengan...

1 4 6 0 hari

bersamaan dengan....

3 5, 0 4 0 jam

bersamaan dengan...

2, 1 0 2, 4 0 0 minit

bersamaan dengan....

1 2 6, 1 4 4, 0 0 0 saat....


peh.....seratus dua puluh enam JUTA, seratus empat puluh empat RIBU saat..........penat seh nak ceraikan nombor nombor tu. kalau review balik masa MHS, memang tak sangka sekarang aku dah nk habis dah. insyaAllah kalau tak de yang menghalang. hopefully everything will go on smoothly la hendaknye..

review la cket masa MHS. 

masa dapat tau tawaran dapat kat utem, terus roger member2 matrik sape yg dapat utem gak. so, masa tu dapat tau ada a few members yg rapat gak dgn aku dapat utem sesama. and to make it more gempak, aku-nisaq-eda kami bertiga from KMPP and bila kat utem boleh dapat serumah. nisaq and I dapat sebilik. itu masa minggu orientation. tak plan okey nak sebilik serumah dan sebilik air. syukur la. at least tak terkial kial masa minggu MHS tu. pepaham la kalau minggu 1st is minggu senior belasah junior cukup2. tapi aku takde la live like in hell pun masa MHS. everything ok je. instead tak pernah kena buli pun--> actually senior tak berani buli sebab muka aku kan muka singa kelaparan. hahaha...nak jadi habuan aku ponteng MHS, ada one night tu nisaq tetiba je dia boleh demam. al kisah la. so, aku sebagai teman kononnye yg paling rapat mengofferkan diri jaga dia kat bilik. what the heaven. dapat excuse aktiviti sebelah malamnye. dah dapat excuse tu, pe lagi. aku bantai tidor sampai subuh. and in the morning, rupe2nye nisaq citer kat member2 aku ni bukan jaga orang sakit pun. orang sakit yang jaga aku. rupanye, malam tu si nisaq tu boleh siap cuci baju bagai. aku plak boleh terbongkang tidor. well...don't blame me for the horror MHS. penat seh. hari2 bangun kul 5 tdo kul 1. mana menahan. so, biler dpat peluang tidor awal tu, belasah je ar. walaupun aku terpaksa mengorbankan kawan yang sedang demam. padahal nisaq sebenarnya homesick. wakakakakaaa...ok..itu alkisah MHS..banayk lagi kisah...tapi up date later. aku baru dapat seruan....challooooo....

p/s : sebenaqnya cek nak haplod gambaq. tapi taktau celah mana gambaq tu p. once dah jumpa, cek haplod na......tungguuu...

::budaya kerja 5's::

salam and greetings to all..

okey...minggu ini minggu aku dgn kerjaya aku. pekejadahnye plak aku dah bekerjaya ni. ok la..bagi aku menyiapkan PSM aku menyerupai aku bekerja di sebuah firma yang tekemuka di abad ini. itu yg dinamakan bekerjaya. sebab tu aku tidak punya masa nak berdating la bagai. wak luuu....bila masa kau ber-pakwe. sedau cket hokeh..

bagi aku, aku ini seorang yang kemas......


tak suka sepah- sepah......


dan barang2 aku akan aku tersusun rapi seperti di rak perpustakaan. sometimes aku jilid lagi barang2 aku.
 ---> yeah...sometimes i do feel like i am a skema person


dan aku juga seorang yang akan mengaplikasikan apa yang aku belajar di sekolah. hurmm....aku sokong budaya kerja 5's. ni sume suku sakat naruto shipuden la ni yang bawak ni. 5's stand for seiri, seiton, seiso, seiketsu, shitsuke ---> yg ke lima tu klu terbalikkan jadi suke *&^%


orait...apa yang tertulis di atas itu memang bukan diri aku....diri aku seperti di bawah...

rasanya orang yang bebal macam aku je yang takkan ikut budaya pengemas ni. tapi mak aku cakap aku ni pantang jumpa mop..tak cayer...klik sini  

sememangnye bila kerja membuak2, mood nak mengemas akan hilang entah kemana. bukan la malas sangat aku ni, cuma bila tak kena angin tu, aku lebih suka biar barang2 aku berterabur. wakakaka...bila berterabur aku rasa puas sangat. satu perasaan yang tak mampu aku nak ungkapkan kat sini. ---> WHATEVER....lagi satu, time macam ni semua buku, kertas, nota dan alatulis akan menjadi peneman di kala aku memerlukan. so, kalau everything tersusun kat tempat dia, dah jadi satu kerja aku nak bangun ambik. pastu nak barang itu plak, bangun lagi ambik. nak air, g dapur ambik. kan senang kalau ada botol tersedia kat tepi meja. wee..aku memang handal memberi reason yg bernas. 

so, dari pemerhatian korang, aku ni sebenarnye jatuh dalam kategori apa ek.

a) pemalas tapi rajin

b) pemalas dan memang malas

c) rajin tak kena tempat

d) rajin yang dibuat buat


insyaAllah, aku berazam, lepas siap segala kerja kerja amalku ini, tempat aku akan sejibik macam ini
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku memang kuat berangan untuk memiliki ruang persendirian yang kemas begini

April 3, 2011

::saya sibuk la::

salam and greetings to all...

>>baru perasan blogger punya interface utk ("interface" ke kte panggil??) create new post dah lain. ke aku je yang syok sendiri..ke aku memang sebenarnye dah lama tak menge-post new entry..ke ini adalah amaran dari pihak berkuasa yang aku ni patut up date selalu blog aku..ke....macam2 ke la plak..nak ke---na ke??

ok..ok....back to cerita sebenarnye...sememangnye aku memang tak sempat la nak menjenguk blog minggu ni. no no..corection. menjenguk ada. menghapdet yg tak de masa. sebagai seorang pelajar aku memang banyak kerja yang tertangguh yang menuntut perhatian aku. peh...skema doh ayat. macam orangnye jugak.erk..tak...banyak benda nak di up date kat sini. i know. some of you already missed me. oh tak de...demmm.punah harapan nak jadi blogger yg popular. euuwww...sekarang ni pun aku tengah duk kalut semacam nak menghabiskan kerja2 PSM aku yang bermasalah sejak azali lagi tu. ditambah lagi bebanan aku nak study untuk test ---> tak baik cakap beban. balajar tu tuntutan. nabi SAW pun dah cakap. tuntutlah ilmu sampai ke negeri china. ok laa...biasa la tu kan. student gaya student sibuknye. bekerja gaya bekerja plak sibuknye. mana boleh nak lari dari sibuk ni. dah mengelak pun tak sempat kan. ke aku je yg tak pandai mengelak ni ---> pqah starts to mumble and pot pet....

bila dah lama sangat duk kat rumah specific cket dalam bilik, bontot pun dah start kematu kan, mula la rasa bestnye dapat hirup udara segar sampai subuh kan. and masa tu la harapanku nak melepaskan diri dari penjara emas ini tercapai. ain offer g wat keje kat mcD dgn angkatan bala tentera yang lain. maka aku tanpa segan silu pun bersetuju. siap pesan kat ain gtau remy aku follow sama. weee...dah nama pun nak menompang orang sila la inform orang itu kan. hehehe....

heaven-nye bila dapat kluar rumah malam2. kalau kat kampung ni, tau kat rakyat kat sana, mau aku kena rembat ni kluar malam2..hehehe...tak pe ar..atas nama sekali sekala...erhm...sape ajar kau cenggitu pqah oiiii..masa keluar pun dah kul 10 malam. ralit ar wat keje. kate fokus pada kerja kan. memang tak ingat apa ar masa wat keje tu. tapi tangan duk selang seli dengan fries and coke kat sebelah laptop. fokus la tu namanye kan......

see....macam ni la aku kalau fokus wat keje. walaupun ini lakonan semula..kaki harus bersila atas kerusi. barula rasa nikmat buat kerja ala2 student 4 flat. tak lama lepas tu aku pun flat ar...
ini pun tak bleh gak makcik ni. dengan hidung duk sok sek.objek putih tepi lappy tu tisu dia la tu. 

ini memang bajet berdiskusi abes la ni sampai tangan pun gawang abes. cuba perhatikan rambut dia. ni kalau korang tak cukup parang nak kupas durian boleh pinjam rambut dia. gerenti terbelah punya durian tu...

and that mamat poyo-bajet-kau-tu-comel-la-wat-muka-camtu is palie nama dia. dia tak de function pun dengan aku tapi berfungsi sepenuhnya utk mengajar ain menyiapkan PSM dia...kontroversi btol diorang ni. makan share2 burger...

aku tak tau apa masalah budak pali ni. tiga suku ke nak kena luku dengan aku. asal aku tala camera je kalau dia tak elak dia akan wat muka bajet comel camtu. and that remy tangan dia tak habes2 nak menggawang. kau nak demonstrasi apa la tu aku pun tak ingat....

and that's the story of me and the rest kat mcD. since blajo kat melaka ni mcD ni dikira makanan supplement aku la.har har har..seminggu wajib ada dalam piramid makanan aku yg kat tengah2. meaning that makanan yang diambil itu tak banyak dan tak sikit. weeeekikikikiki....tak pe la pqah oiiii...dah tak lama dah kau nak merasa life camni. lepas ni mesti kangen bangat seh ---> ok..dah nak start nanges.....