May 30, 2012

alhamdulillah

syukur sgt2...aku sangkakan aku tak dapat peluang kat situ but God really helps me a lot. Dia dah bukakan segala peluang yg ada itu utk aku. InsyaAllah peluang yang aku tunggu2 tu aku tak sia2 kan...huurmm....mcm poyokan statement.

poyo ke tak poyo ke aku bersyukur sangat. finally, aku dapat offer kerja kat shah alam. berakhirlah penantian aku selami ni. walaupun baru setahun aku kerja kat melaka ni, tapi hati aku ni membuak buak nak balik sana. kalau dah tetiap minggu aku ulang alik kl je, better aku pindah terus sana right. tapi nak pindah pun kena la dapat kerja sana kan. takkan aku nak ulang alik je. tersedak wallet aku. 

sayang sebenarnya nak tinggalkan MTM. tapi demi masa depan kan. kena la buat decision ni. jangan nak bila peluang dah ada, aku tolak macam tu saja. DEMI MASA DEPAN. of course la kan sebelum ni aku asyik la complain pasal gaji tak cukup. hakikatnya tak baik complain bab2 rezeki ni. dah Allah bagi, kita haruslah bersyukur kan. tapi nak jugak rasa bagi duit kat mak ayah kat adik2. InsyaAllah, lpas ni dah tak de masalah tu. doa aku segalanya berjalan dengan lancar. Allah lapangkan perjalanan hidup aku dan permudahkan segala urusan aku. tak de kat mana kau boleh hidup senang mcm tu je. dugaan dan cabaran tu ada kat mana2. terpulang kat kita je how we face the situation. doa banyak2. doa itu senjata kita. 

May 28, 2012

aku nak belajar buat macaroon

salam all...

tetiba harini mood aku nak memasak saje..al kisah harini aku mc dek kerana terlebih makan kambing kat rumah kenduri semalam, so seharian kat rumah tak de aktiviti lain yagn berpekdah. aku search the easiest way to make macaroon. nampak macam senang giler tapi bila baca komen2 org lain ada yang 5 kali buat baru berjaya. aiseeh...tu stok2 tukang masak tu. aku pun tukang masak gak tapi tukang masak air je la kot. tu je specialty yg aku ada.hahaha...

aku jumpa satu laman web ni. agak simple gak explanation dia. bagi aku la. mudah je kot nak follow tapi nak start buat sekarang memang tak boleh la. rumah sewa aku ni mana cukup perkakas. tunggu aku balik rumah mak saudara aku la dulu. macaroon..klik kat sini nak tengok laman web cikgu cyber aku tu...

niat kat hati kalau menjadi nak buatkan utk majlis akak aku nanti. hopefully dapat full mark la yeh. boleh la org merasa macaroon aku. mana tau boleh buat bisnes..hehehe...verangan...


May 24, 2012

HAPPY WEEEHHHH

Aku baru je up date status FB h~a~p~p~y...memang aku tgh happy pun. sebab baru jumpa my darling. bukan selalu weh aku jumpa dia. sebulan sekali tak tentu. 2 bulan sekali pun kira ok la tu. dulu tiga bulan skali baru bertentangan mata. ececeeeh...gedik kan..aku memang gedik pun.

tak pe la pqah oi. tak kawen lagi biar la kan. kalau dah kawen dia wat 3 bulan skali baru nak balik rumah aku bungkus siap2 kain baju dia. sembang nak lebat. kau nak cakap kurang ajar pun tak berani. ceeehhhh

actually jumpa ada misi. misi nak settlekan saman tertunggak. tapi tak jadi jugak. aku sebenarnya malas nak menapak ke balai nak settle saman. kalau ada short cut buat apa pakai jalan simpang siur kan. zaman skarang semua nak pantas. tapi belum lagi la aku rasa nak pakai on line payment ni. aku mengharapkan diskaun 90% bai..haha..time buat silap kau tak pikir pun 80 ke 90 percent kan. time kena saman, jam tu jugak laaaaa kau nak mintak diskaun. lumrah la tu..aku kan used to be an F-1 racer..kuang kuang kuang...sila rendam kepala dalam baldi..but in the end org yg nak mintk tolong settle saman tak jumpa. perut aku gak yang memboncit makan asam pedas walaupun rasanya kurang enak...tapi mungkin ahad ni boleh settle tu pun kalau dia jadi datang skali lg la kan...kalau tak....kirim salam....

May 20, 2012

the person who i hate the most

hye guys...

see da tajuk...of cos aku akan merempan lagi kali ni..kaaahhh....crita ni tak pernah aku tepekkan lagi kat blog because sometimes i do feel like "who cares by the way kau nak sakit hati ke ape"..itu lah introduction aku kali ni..okey..dah macam prepare report final year dah.

actually..(speaking semedang pompuan ni)...last last last week aku ada hangen dgn sorg betina ni. i know it's rude to gelarkan manusia as betina..tapi lantak aku la.aku dah sakit hati.sape suruh kau sakitkan hati aku. cerita camne aku boleh sakit hati dgn dia ni aku tak rasa nak share plak. cukup lah sekadar aku cakap this betina tak reti nak respect orang lain. aku bukan perfect sgt and im not really. aku bukan nabi yg sangatlah sempurna. TETAPI I I I I I aku adalah insan biasa yang paling meluat bila ada orang lain perangai macam tak pernah pergi sekolah. aku rasa manusia bodoh pun tau pikir sbb benda ni tak payah cikgu ajar kat sekolah. kau pernah dengar perkataan HORMAT tak. kalau pernah sure kau tau maknanya sekali sebab kau pun dah belajar sampai universiti. lain lah kau belajar stakat sekolah cap ayam. aku benci manusia takde adab n tak hormat HARTA BENDA org lain. wah waaaahhhh,...kau buat macam harta kau eh. sedap2 kau nak alih sana sini. sape bagi mandat kat kau nk usik. kalau mendatangkan kebaikan tak pe gak. ni kau mendatangkan amukan puaka aku. sekali aku ugut baru panas bontot kau kan. 

so sekarang ni jangan marah aku balik la sebab apa aku tak beramah mesra dgn kau dah kan. sorry okey..once aku dah marah jgn harap lah aku nak buat manis muka macam sebelum ni. BOLEH BLAAAHHH...aku tak rugi sesen pun. org putih pernah bermadah..it can be forgiven but it can't be forgotten. om putih ni kadang2 bijak jugak pasal hukum alam ni. sebab tu diorg leh kuarkan fakta mcam tu. and aku applykan la. nak tunggu aku sejuk kau mimpi patblas juta kali pun tak tentu aku sejuk. okey..sounds like aku proud giler kan dgn keegoan aku ni. once again..WHO CARES.... 

aku mohoooon sangat2 org kat luar sana..tolong lah gunakan otak yg ALLAH anugerahkan kat korang tu. pikir lah sejuta kali pun asalkan keputusan yg korg buat tu mendatangkan manfaat. bukan amukan syaiiitoooon. okey..please okey..pleeeeaaassssseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee