July 24, 2013

penat

yer...saya dah penat sebenarnya. saya penat nak back up myself everytime ada problem. 

i was questioned by my superior WHY i didn't proceed the tooling fabrication on the mould base. it shouldn't be like that because the mould base modification can proceed since it is not related to the product area which means the insert. then, i just keep silent. i should not keep my mouth shut at the very first place.. but the truth i wanna tell them..everything is stated in the job requisition form what need to do. item no. 1 bla bla bla till item no.3 if i'm not mistaken. so, the mould base case is the 3rd item that haven't proceed. it was my mistake that I didn't follow up with toolroom the progress. yup.i admit that. but, where's the RESPONSIBILITY of toolroom people when someone pass job to them. it is like lepas tangan i guess. if you guys know the modification requires mould base to be at toolroom, why can't you highlight to me please help to arrange it to toolroom. i am a human being. sometimes I also forgot did i arranged it before. if it is like this, then people are very easy to blame others. where's the spirit of team work. development didn't arrange the mould base. so we don't have to do la. very easy right.

*no need to understand what the terms i used. or i need to explain then. 

haizzz...this is the greatest weakness in me. i have a very bad memory. sometimes I can't even remember have I perform the solah. it is very bad you know. 

second is, where is my boss. he is beside me but he is actually far away from me. i never felt that he back me up. most of the time he scold me back. the worst is in front of other guy from other department. i feel down boss. seriously. it doesn't mean you are supporting the mistakes i did. it just please don't add some more tense on me especially in front of others. people are enjoying the time you scold me. this is just my point of view. if i am the people from other department, i would say what is the function of the team leader. to scold people just like that. or to show power. actually you are showing you can't manage your guy. your guy did mistakes means you also the same.

third..this was happened few weeks ago. there was argument between me and my boss. yup..as usual. i like to argue everytime my boss said something to me. and i remember he said among us, i the one who like to argue him back. the truth boss, i won't act like that if not necessary. you questioned me on something i can't accept. you have doubt on me. you said A i said B. and so on. i will always stand my point when i think i need to. i am not kinda person that will just follow people blindly eventhough you see my work sometimes i buta buta follow. this is different case i say. then what you said to me. i act like that actually i am giving excuses. i can't admit my mistakes that's why i keep fight back. big NO there. i am not giving excuses. what i told you is the truth. for me, you said like that because you also doesn't want to hear anything from me. the easiest way to shut my mouth by saying i'm creating excuses. then i have to stop there. but unfortunately, i have given you the bad impression right. I WILL REMEMBER THAT.

through out this one year there, i will always keep in my mind these two things (for now) :-

(i) is she capable to become a development engineer --> this makes me can stay here instead of half year like you all bet before.

(ii) you already give me bad impression. ATTITUDE --> noted that. it's my attitude. then how about yours???????

July 17, 2013

ramadhan

8th day of Ramadhan...


HAPPY FASTING FRIENDS....
(baru nak wish..biasa dah kan)




April 2, 2013

Qarin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani....

Selepas "ditegur" aritu, baru aku perasan yang aku ni ada laluan mudah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain tapi aku tak buat. manusia ni alpa kan. aku la tu. "ditegur" tu bukan aku kena sampuk jin ye, tapi diberi teguran by seseorang. alhamdulillah. demi kebaikan. apa aku maksudkan kat sini is, instead of aku bercerita apa-apa kat sini, better at the same time aku share some knowledge with you all, right. be it the info comes from FB ke, self-google ke, there is nothing will harm people from sharing the information. tapi tengok la info apa kau share kan =)

berbalik pada topik. just a few minutes before aku menulis ni, aku ada terbaca satu artikel from FB which dikongsi oleh one of my FB's friend. it is about QARIN. ini bukan spesies ikan ok. bukan ikan laga. this is qarin. qarin ni pendamping. qarin diciptakan oleh Allah SWT untuk berdamping dgn manusia. spesies jin jugak la. setiap manusia yang diciptakan Allah ni ada Qarinnya termasuklah Rasulullah SAW cuma yang membezakan Qarin Nabi SAW adalah muslim, tapi kita kafir.

qarin ni kerjanya menyesatkan "kembarnya" iaitu kita lah. dia akan sentiasa membisikkan dan menyuruh kita melakukan kesesatan contohnya, lalai solat dan macam macam la lagi. oleh yang demikian anak anak, untuk balance-kan balik, Allah utuskan Malaikat untuk membimbing kita melakukan kebaikan. terpulang pada kita untuk follow yang baik ke yang jahat. 

qarin akan terpisah dengan kembarnya hanya setelah kita meninggal dunia. sebab jin ni hayat dia panjang. tetapi pada hari kiamat akan dihimpunkan sekali untuk di hisab. tapi kalau dah bangsa kafir ni kan, masa kita dihitung oleh Allah, qarin ni akan bersikap lepas tangan. tak de nye dia nak bertanggungjawab ke atas perbuatan dia menyesatkan kembarnya. kalau dah jin tu jin jugak la kan. so, as a man kind, we have to choose the best for us. Sabda Rasulullah SAWdaripada Abdullah Mas'ud RA : Setiap daripada kamu ada qarin daripada bangsa jin, dan dri bangsa malaikat.lalu mereka bertanya adakah Nabi SAW juga ada. dan Rasul menjawab "ya, tetapi Allah telah membantuku mengislamkan qarin ku dan hanya membantu aku melakukan kebaikan. (riwayat ahmad & muslim)....wallahualam.


March 11, 2013

kecantikan ku merentasi masa II


ni zaman aku kat matrik. tudung pat segi. baju besaq pastu pakai sweater lagi.  sluaq tu baggy bak hang.  tak reti pakai sluaq ketat.
ni zaman batu kot. remaja muda mudi macam aku time ni sibuk nak pakai handbag branded, aku apa pedulik. sling bag pun yang bawak pi klas hari2. main sarung t-shirt collar. tutup aurat sikit pakai inner itam kot dalam. tak main pakai sandle talu halus okeh. melecet kaki. pantang aku kaki melecet time berjalan. kasut nike ni la yang setia dengan aku sampai sekarang.

baju fevret all the time. dasar pemalas. sarung lab coat settle semua masalah pemalas

pakai pashmina ala2 hana tajima pun atas ehsan zarina muslim yang belitkan. harap aku...hampeh,,,last jadi macam gambar bawah ni je..ouhhh ya...saya rasa comel dengan senyuman itu.anda setuju...??. macamana nak senyum macam tu lagi sekali. banyak kali try tak jadi. rasa muka macam bok miah dalam citer niang rapik je. 
ini bajet funky giler la pose macam tu. time ni gila shawl. anywhere everywhere i'll  be wearing shawl during that time. konsep pemalas II..sarung t shirt short sleeve than cover aurat sikit pakai cardigan. slipper cap rm10 je. tok sah melaram sangt malam2. sape nak tengok kauuuuu!!!


ni zaman pekerjaan. betul tak aku cakap. aku rasa gambar ni paling nampak aku ayu..puuuiiiihhhhhhhhhh
ini saya yang teeeerrrlatest.......super gorgeous....please admit it...hahahah...takde sape nak puji so aku puji diri sendiri..

kecantikan ku merentasi masa

bab kecantikan dan penggayaan diri ni aku boleh mengklasifikasikan diri sendiri sebagai fail la. sebabnye yang pertama tama-nye aku tak pandai berdandan. atau pun menghias diri. dari zaman aku solo molo ke zaman kapel dgn monyet..ehh tak..cinta monyet putus cinta dannnn bercinta dgn bahagianya sekarang puuuunnnnn aku tak pandai nak melawa (read = berhias) mungkin dulu mak aku pregnant ingat anak laki kot..kaaaahhhh...sekali keluar anak dara yaw. sebab tu bila dapat aku je rumah aku macam ada anak jantan. sebab bila nak betulkan arial tv panggil aku. kes nak panjat2 bumbung panggil aku. nak cuci tangki atas bumbung panggil aku. senang citer aku all in one la. tapi sebenarnya time tu aku la paling ringan. abah takut bumbung rumah pecah kalau yang berat2 memanjat..kaaahhhh...welll...aku dulu ala2 slim river --> lari tajuk..tapi eventhou aku dulu ala2 tom-boy pun, masa tadika aku join kebudayaan. i menari u olls..lemah gemalai jugak aku ni dalam duk memanjat. belum lagi kes aku panjat pokok buah mempelam rumah cik lah. nak makan buah fresh tuu...sanggup panjat pokok. tinggal tak kena jolok dengan galah je. kalau arwah tok ada, aku rasa satu kampung nelayan tu dia jerkah suruh aku turun. cucu pompuan panjat pokok nak makan buah. dah panjat boleh plak aku lepak atas pokok makan buah tu dlu sampai abes. hebat tak. setel memanjat aku turun sambung main masak2...conflict of interest kot aku ni dulu. tak tau nak jadi apa.sat macam laki2..sat g main masak2 plak. time ni memang aku selekeh la sangat. kalau mampu aku tepek gambar2 time tu kat sini memang aku buat dah. just because zaman tu pakai camera guna filem, so tak dapek la den nak share. next2 time aku rajin aku scan. tu pun kalau rajin la.  

dah masuk zaman sekolah rendah. seingat aku la masa aku sekolah rendah, sebab status aku anak cikgu sekolah tu, aku behave sikit. setakat pasu bunga sekolah pecah dua tiga bijik tu biasa la kan. cikgu je tak tau dulu. haha. daaannnn....aku nak baling batu kat kawan laki sebab kacau aku, aku terbaling batu kena lampu kat surau. macamn batu tu boleh naik tinggi tak pasti la. daya tujah apa plak wujud time tu tak tau la aku.mana tahan aku nak berkelakuan sopan ala2 perempuan melayu terakhir. tapiiiiii.........tiap2 ujung tahun nama aku mesti naik utk perform atas pentas. menari  u olls...buat kesekian kalinya. tak puas kot beraksi di pentas time tadika. melarat time sekolah rendah. tapi sampai darjah 4 je kot. darjah 5 slow down dah. main alat music je. recorder time tu, darjah 6 stop terus. dah senior so berkelakuan agak sopan sikit. masa ni ilmu agama pun dah menyerap masuk sikit2 dalam diri ni. syukur dan berterima kasih buat cikgu2 agama sekolah, pakmat selaku guru ngaji lepas time sekolah and arwah makdiah anddddd.....of course la mama abah kan. time ni aku dah start pakai hijab. tudung laaa....kalau tak pakai abah suruh masuk rumah pakai tudung. di sebabkan mak aku ni anak dara 4 orang walaupun time tu yang betul2 pakai tudung pun aku dgn akak aku, so stock tudung zaman tu memang tak ketandusan la. mama plak selaku adviser kepada anak2 dara dia, so kalau baju ni tudung kaler ni. tapi aku kadang2 tetap belasah baju hijau tudung merah. zaman tu mana ada fashion colour block macam sekarang. harus senada dan seirama. lepas UPSR tu aku agak mementingkan penjagaan kulit muka jugak. hahaha...tak mau makan kacang sebab takut naik jerawat...kah kah kah....but seriously masa tu aku takde jerawat...hahahah

disebabkan peredaran masa, makin lama aku transform jadi wanita sejati..eceeeehhh...at least time sekolah menengah dah tak main belasah kaler tudung+kaler baju = caca merba. paling batak pun, any colour baju aku mesti tudung putih atau  hitam. dasar pemalas tegar. time tu dua kaler ni fevret. basuh putih ada itam spare. basuh itam ada putih. basuh dua-dua aku rembat tudung kakak aku..kaaahhhh...sampai la ke zaman duk matrik. time ni pergaulan lelaki perempuan dah luas. so, harus la jaga keayuan..ppuuiii....tapi masih simple. sebab g kelas hari2 pakai baju kurung.it's wajib to wear baju kurung. no jubah..no kebaya or kebarung or kebatung what so eva. buuuttt...aku still maintain sifat main belasah aku tu je. baju kurung 7 pasang je. orang lain at least ada gak 14 pasang. aku taaakkk....7 dah cukup banyak. motif aku malas nak gosok banyak2. kebas tangan. zaman kegemilangan is time kat Utem la. reason dah rasa dewasa kot..kaaahhh...dah belajar shopping sendiri. duit PTPTN memang untuk dibelanjakan dengan berhemah. caranya ialah ber-shopping. apa la sangat time tu shopping kat Jaya Jusco. paling tak pun FOS/REJECT SHOP..tahun berganti tahun, akhirnya.......saya sekarang seorang yang amat mementingkan kecantikan. kaaahhhhh statement aku...macam mintak kaki. tapi kenyataan. saya tak mandi pakai sabun ketul dah macam zaman hingusan. harus mandi pakai liquid FOAM okeh. agar kulit sehalus bayi. puiiii..... pencuci muka dulu pakai cap rozita che wan. sekarang tidak lagi..saya sekarang berangan mahukan kulit sehalus fazura. nasib baik dulu aku saiko kan diri jangan makan kacang..nanti kulit tak cantik. effect sampai ke tua. kacang agak kontrol ye adik2. kesannye jerawat sebulan sekali je mendarat. tak lupa...shampu harus yang diprovokasikan oleh artis barat..kaaahhh...lepas tu aku merungut duit tak cukup. nak tambah sikit lagi. dulu aku tak kesah baju aku bau asap bas. sekarang tidak lagi. balik keje kalau baju bau coolant, sepantas kilat aku campak baju dalam laundry basket. basuh harus campur softener. kalau tak aku tak pakai. betul tak tipu. betapa usia memainkan peranan penting dalam kecantikan. tapi adik2...kecantikan luaran tidak akan kekal yer. cantikkan peribadi mu agar kecantikan fizikal mu akan terserlah. walaupun kau pakai pencuci muka SK2 sekalipun, perangai macam ifrit, kau umpama ampas kelapa yang dibuang di tepi tong sampah. okey...sekian tazkirah akak pada hari ni. selamat beramal beramai ramai. ingat tuuu....sahsiah no 1. kecantikan fizikal selepas no 1. daaaaaa....lots of love...>winK<  


March 10, 2013

the scenery

Assalamualaikum...

aku dah lama tak catching catching photo ni. semenjak MR ada camera canggih ni, aku try bakat balik la. for those yang nak tengok previous photos yang aku pernah shoot sebelum ni, aku ada 2nd blog. kat sana semua photo2 yang pernah aku shoot..eceeehh..


masa on the way back from subang parade. dah nak maghrib. and suddenly MR cakap cantik matahari tu. maka dengan  pantas aku amik camera canggih MR. barang MR macam barang aku je sekarang..kaaahhhhh

view from dalam kereta yang tengah bergerak...





motif gambar is ????
si camerawoman try amik gambar sendiri. harus la kan owner interprem... ;-)

okeh...sekian wassalam.....

March 2, 2013

kunjungan terhormat

semalam blog aku kne stalk dengan MR. hehehe...


senyum2 eh....hehehe......

January 19, 2013

cycling..

good day malaysia...

well....sabtu means aku bangun awal k. after subuh tak tido balik. penyakit yg baik ni. as usual la kan. kalau weekdays tergedik gedik nak tido balik. macam la company tu register atas nama Tn Hj Amran B Rejab kan. kalau weekend je..hmmmm....after subuh cadar katil dah tegang. poodaahhh....

ok...aktiviti weekend..last week aku buat apa ye on saturday..tak boleh nak recall..ahad of course la attend solemnization ain. itu tak crite lagi yer...next time...hihih...today plak...jeng jeng jeng.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

yeeeeezzzzaaaa...cycling....

tak perasan ke aku ni dah boboyot. most of seluar dah tak muat. larat ke tiap2 bulan nak spend duit shopping. tak terkumpul duit kawen aku der. cenggini nak fitting baju kawen pun tak lepas. asyik kena pam je kan. doohhh...

gambar tu masa aku kat melaka lagi. that was at botanical garden ayer keroh. kelebet album kat fb rupa2nya gambar tu tahun 2011..ya Allah...terasa cepat benar masa berbalas baton. masih segar di ingatan aku (ceett..podah ayat) time ni aku cycling dengan ina. (perasan tak entry aku sejak kebelakangan ni mesti aku selit nama ina...tolong promote...heheh)..even shawl tu pun ina yang punya. puuunnnn ada dengan aku lagi. selamber je aku pakai macam hak milik peribadi. xpe la..ina sporting...ihihihi....

today went to bukit cahaya to do the same activity but with different person la. and of course not with MR la. dia masuk kilang harini. dah nama mamat kilang. bukan sebarangan mamat kilang k...okey..meleset dah...

ni citer pagi tadi la. konon bukit cahaya. yang aku dengar mula2 dekat u8 shah alam..punya la aku pusing memang ada tapiiii skali kauuu...rumah datin2...x puas ati la aku. call tanya betul2 rupanya kat bukit cerakah. cey....skali aku lesing cousin aku baru tau..okey fine..akhirnya sampaila sebab aku memang tau tempat tu. tu pun call MR mintak confirmation betul ke kat situ..hehe...

sampai sana dalam 9am gitu la. buutttt tunggu turn basikal sampai 1030am. sib baik redup kan. kalau tak memang jadi lemang aku tadi. kitorang berlima. memang best la mula2 start steady meady kan. lepas tu naik turun bukit tak rasa nak putus urat kentut. pancit seeyyhhhh....

us..kak nini nan ado sebab tukang amik gambo..

tiap kali aku join kak nini ni mesti kenal member baru. the most right is member shila, rose. shila with blue jersey. next to shila is azza n next is me, myself. masa ni tunggu turn basikal. masih sabar menanti. 

our 1st check point. behind me actually ada air terjun. boleh panjat lagi atas tu tp malas.
cycling ni amik masa 2 hours. actually sekejap je tapi dah posing lebih kan. kalau boleh setiap kali stop nak posing. ni baru dari camera aku. belum camera masing2 lagi..

okey...ni gambar baru cukup korum. kak nini the most left ya...
  

 this is my next target. skytrex adventure. sekali masuk rm50. ada macam2 extreme game dalam tu. main sampai muntah. sebab tadi tak plan, so rasa tak nak main la. kalau nk join in group pun boleh. best...tengok chinese ramai bawak anak diorang yang kecik2 lagi. umur i think dalam 4years kot. rasa tercabar tak. so jom ramai serbu ini tempat..

nak kumpul stamina start sekarang. nak g sini...lots of love....                                              

January 16, 2013

doctor vs engineer

selamat malam...aku tak solat isya' lagi ni. tapi ilham dapat plak malam ni nak memblog. duk kat ofis kadang2 buat aku terfikir (ayat sarkas betul). actually superior aku la ni tanya aku masa dia buat appraisal aku aritu. "do u really want to become an engineer?" soalan cepu emas. tak terpikir pun dia nak tanya such question. normally people will ask you what is your future planning here..what is your opinion regarding this and this..and banyak what lagi la. kalau soalan2 cenggitu ada la gak aku idea nak menggoreng kan. asal dapat fill in the blank kan. but that day, he asked me "do u really wanna be an engineer?" terdiam sekejap. kena control la jugakkan time nak jawab tu so that nampak tulus ikhlas dari sanubari ni. eceeehhh

then i questioned back myself. is it what i am is what i want. actually the truth is NO!!..i still remember during my school time. i was in form 1. i had a chat with few friends about "cita2 kau". i won't miss this and I believe no one will miss this chat session masa time sekolah. if ada pun mungkin percentagenye amat la sikit. i guess..

and I still remember my father has encyclopedia at home. he used it during his school time. i like to read the encyclopedia. the most interesting chapter was human anatomy. aku suka sebab it tells about human body la. dengan diagram bagai. so i interested to know and everytime i went to the library, most of the time i spent with read human anatomy book. 

so kalau kawan2 tanya cita2 aku, senafas je aku jawab..DOKTOR..kalau tak silap mak aku pun ada buku pasal human anatomy ni and puuunnn aku suka baca. tapi tak ingat dah buku tu kat mana. 

sampai la aku form 4, start belajar biologi. aku pilih science stream u olss..nak jadi doktor kan. wajib belajar biologi. kalau tak jangan berangan lebih2. so, fine. aku rasa aku mampu dengan course ni. eventhough ramai cakap sains susah la. kau malas memang la susah. aku punya cita2 dulu tinggi and aku memang berusaha la dulu nak score. ceritanyaaaa.....

1st exam biologi..OK..pass dengan flying colours. 2nd...merudum cket and lepas2 tu aku rasa i cannot catch up anymore. sebabbb....ada tumbuh tumbuhan. aku benci betul masa blaja bio dulu ada bab pokok semua ni. xylem la...floem la...aku senak kepala baca bab2 tumbuh tumbuhan..kenapa laa masa tu pokok masuk chapter jugak. frust sangat kononnye. sampai satu tahap tu aku mmg give up dengan bio. mula la aku tukar cita2 nak jadi engineer. cerita nak jadi engineer masa tu timbul sebab aku seronok study fizik. kau bayang teror tak teror fizik aku dulu...cikgu pilih aku for physics quiz peringkat negeri kot. aku pun tak ingat. tu pun sebab luck kot. rezeki Allah bagi. nak tunjuk kat aku cita2 aku patut engineer bukan doktor..heheh..start that day aku nk tukar profession jadi engineer. 

tapi adik2 sekalian. to become what we want is not that easy. it depends on u actually. where's your strong part. motivate ur self yg penting. once kita dah pilih nak jadi apa, make sure you work on it. bukan sekadar di mulut or bangga nak kecoh kat orang cita2 kau engineer ke doctor. kalau kau tak usaha kau tetap kat belakang ye..

nak cerita pengalaman belajar sampai aku capai tahap sekarang memang tak solat la aku kan. so, better i make a move 1st. next entry will be my pathway to become what i am...

lots of love...

January 11, 2013

kahwin

salam lu org di luar sana..

this is a straight forward punya cerita. ain nak kawen..oh.....betapanya aku rasa sekarang semua kawan aku satu satu dah kawen. tapi aku bila..doooohh...and by the time i wrote this entry actually tomorrow is ain's wedding. ain laaa..housemate + classmate aku dulu kat melaka..ya Allah..tak sangka yer. last year samit, this year plak ain. how time flies. 

ni zaman kitorang konvo. so from right mrs samit (dah kawen tahun lepas), ain (going to marry tomorrow, hawa (going to marry in 2013 also, last but not least aku (going to marry SOON)....

wajah penantin baru...saja aku amik gambar yg tak cantik..esok ko cantik la..hihihihi

aku SOON okay.. maknanya belum pasti bila tapi nk kawen jugak. time je takde..hmmm...seronoknya attend kengkawan kawen kan. ain ni nak habaq mai kecccoooooh sangat zaman ktorang blaja dulu. hari ni aku nak story pasal die je. kire macam tribute to ain la before dia mengakhiri sisa2 ^&*( dia kan...ahaha...>>> ina, u should know apa tu kann....

ada one day tu, aku, ina and hawa tak de kat rumah. so ain kat rumah berdua dengan samit. but samit was in our room and ain in her room la. skali si ain ni nak ke tandas. rumah ktorang tu tandas kat luar. dekat laundry area. means ada another door attach to laundry area tu. nk jadi cerita, satu kali angin taufan daaa..tertutup pintu kat laundry tu. lupa nak citer. pintu tu rosak. kalau tertutup orang yg kat laundry area tu tak boleh masuk. menjerit la ain ni suruh mit bukakkan pintu. yang si mit plak time tu tido pintu bilik tutup rapat. kau bayangkn senah ain jerit "miitttt..mitttt...mittt" aku rasa satu blok pangsapuri kitorang tu dengar ain wat konsert. sebabnya boleh plak orang rumah bawah tu mengajuk dia. ain jerit "miiit..." org bawah pun 'miiitttt"...siot je...yang aku gelak tak ingt time tu sbb part bestnye bila mit tak dengar yg ain ni pun penat nak jerit, dia tidur je dekat laundry area tu..ihihihih...kesian. lama doohhh...kalau aku mungkin aku gegar je rumah tu. 


ada lagi ni....besday ain 13/1 (nak jugak dia kawen tarikh besday)...so, ktorang mmg dah plan nak prank si ain ni. two three days before besday makcik ni, ktorang dah start ciritera seram kat dia. kebetulan time tu hawa plak cerita dia ada beli burger kat area rumah ktorang malam tu. (ini cerita betul) ktorang tak penah tau ada orang meniaga burger kat situ except burger rozam kat area kedai depan jalan. ktorang pelik sebab mmg tak pernah ada.. esok pagi tu hawa tunjuk lokasi gerai tu. sumpah takde bekas tempat orang meniaga. the area was sssooooo clean. tak de stain mark ke, minyak2 orang buang ke. at least ada la bawang ke salad berterabur. ni bersih sangat. so, bila crita tu menguatkan lagi la plan ktorang. aku plak crita malam tu aku dengar org lari2 kat ruang tamu. aku ni kalau mamai mmg selalu dengar mcm bunyi tapak kaki lari2 depan pintu aku. even sampai sekarang. n ada few story la nak bagi gempak kan. termasuk la cerita kebetulan utem ada panggil ustaz buang makhluk halus kat kampus. so ada lada hitam la garam la kat setiap bilik tutor + lab bagai. on the day pukul 12am on 13th tu, ina la dilantik sebagai duta suster ngesot (nk pakai original punya tak mampu.kami pun penakot gak). kononnye mlm kejadian tu, ina ni buat2 kena sampuk. at first cuak jugak sebab buatnye jadi betul tak cukup tanah nak lari. ina pun main peranan la wat saiko. merempan cakap bukan2. ain dah panik. "ko knapa na..ko knapa" serius lawak ina cakap. aku dgn hawa standby kat luar depan pintu bilik diorg dgn tepung bagai. kronologi cerita mmg mcm yg di plan la. ain akan kluar panggil ktorang kononnye nak mintak tolong sbb ina dah kena sampuk. tp dia cakap dia kluar bukan nak mintak tolong ktorang. dia nak amik air simbah kat ina..hehehe... bila ain bukak je pintu...soooo...korang tau2 la besday girl kena apa kan. mandi tepung beb. cuma ktorang ni baik cket takde nak campur telur temelang bagai. bergelak sakan malam tu. in the end sama2 la kemas bilik tu balik dah penuh tepung kan. lawakkk lawakk...

bila ingt balik cerita2 zaman tu, aku rindu sangat. macamn kitorang habiskan masa sama2..serius aku nak nangis dah ni. n sekarang masing dah punya life sendiri. yang keje, dgn anak+suami, study lg. tp aku taknak mintk time rewind balik la sbb ak malas belajar dh..kahkahkah...so typical la ayat "kalau la masa tu dapat diputar kembali"...errkkkkkkkkkk...

ni kami semua zaman belajar...aku si pipi tembam kaler ijau..hawa si tudung itam..mit si tudung putih, ina si tudung cekelat and penantin baru yg bertudung kelabus itus....

HAVE A BLESSED MARRIAGE FRIEND (don't forget to pray for me too) insyaAllah hadiah ada (kira duit tabung balik...lots of love....

January 4, 2013

bosan

orang kalau dah rajin berjalan tiba2 duk umah je memang panas bontot je kan. sama la dengan aku. life dah tunggang terbalik sekarang. nak kata selalu tu tak la. tapi a week tu ada la 3 ke 4 kali aku balik kerja pukul 8mlm+..so bila dah sampai rumah tu, at least masa yang tinggal before aku tidur is about 3 to 4 hours je.

tapi since yesterday, aku balik awal. belum pukul 7 lagi aku dah chow. heaven kan. kerja dah settle buat apa tunggu kan. baik balik je. dapat la aku masak.well...buat yang tak tahu. aku memang suka masak. sedap ke tak itu cerita nombor dua la..ok...berbalik cerita bosan aku...

hari ni aku sampai rumah just azan maghrib habis. consider awal kan. because of that, i feel soooo bored right now. because aku tak tau nak buat apa. life so weird sometimes. kalau dapat balik awal, bosan sangat pulak kat rumah tu. tapiii...kalau balik lewat tu, asyik nak merungut je. aku la tu..bukan orang lain pun. orang lain aku tak pasti la macam mana pulak..weirdooo...

so here, aku nak recommend to those people yang seangkatan dengan aku. bosan punya pasal, sampai aku google word "bosan" and i found laman web yang boleh hilangkn bosan aku ni..credit to amzanimokhtar.

first..kalau korang rasa nak test vokal, cuba try lawan mereka ni...4 sekawan yang boleh menyanyi.just scroll korang punya cursor kat mereka ni then klik..boleh try satu2 or semua sekali gus.--> kuda menyanyi

second..nak tengok bear comel melompat lompat macam ntah apa2 ntah tu, klik sini..bear...bear2 ni akan jatuh bila mouse digerakkan pada mereka..let;s try...

and finally, jom dengar kacang menjerit..sila la slowkan volume anda before main bnda ni...kacang...

cuba yer..

January 3, 2013

cerita nak kawen

hi u olls...

sejak dua tiga hari ni asyik dapat invitation member kawen je..lama2 aku jugak naik stress. alhamdulillah jodoh masing2 sampai awal kan. jodoh aku..hmm...di ambang lg la..tapi mood gedik tu kalau dah datang memang aku asyik terbayang je la macam mana wedding aku nanti.ahakss...gedik i u ollss..

baru2 ni la, aku saja je sembang pasal kawen2 ni dgn MR. aku ingatkan dia nak muntah darah bila sembang bab nikah kawen ni. ye la..lelaki kan..kalau sembang kaen je geli la kata perempuan ni gedik la mengada ngada la. tapi nak kawen. at the same time tak mau sembang pasal kawen. pelik tau. sebab tak syok ar excited at one side only. must move parallel la..haha...so berbalik cerita kawen2 dgn MR ni. 

aku start ajak MR buat budget utk wedding nanti. intro pun dah gedik kan. so sah la aku ni gedik. lantak la..who cares..

rupa2nya dia OK. selamat..kalau tak kena kutuk je.hehe..aku dah ready dengan pen dan note book. aku tak pakai i pad ke samsung tab ke. so pen dgn note book tu sentiasa ada dalam dashboard kereta. start la list out RMs yang nak guna nanti. dari nikah sampai ke majlis la budget kitorang. nak hantaran apa pun kitorang list kan. dah nama nk buat budget kan. harus la hantaran pun masuk sama. calculate punya calculate mau cecah 30k jugak ni utk dua2 pihak. agak2 u olls la, ni punya budget 2014 boleh jalan ke? ke aku yang jalan..hhaha...settle bab budget. 

bila MR layan aku mem-budget, aku jadi excited. melarat la ke bab baju sume..aku berangan nak pakai kebaya labuh coz pernah tengok kawan aku masa kecik2 dlu kawen, majlis on her hubby side she wore this kebaya labuh. orang pun cantik kan so sarung la apa pun memang cun melecun la. dah kalau kerepek kering macam aku ni agak2 pakai kebaya ada nampak macam nangnak tak? ke macam kak limah balik rumah?? sila la terbayang...

sekali kau dia nak aku pakai jubah.. that's it..aku dah dapat tema. arabic style..thanks a lot sayang. u dah suggest something very nice to me. hehehe..so sila simpan duit sekarang. tak cukup berangan, aku google gamba pengantin yang lawa2.. tengok gamba memang semua the bom kan. ntah elok ke tak aku ni sarung jubah kan..

ok...aku nak kira duit tabung jap...lots of love...

HAPPY NEW YEAR...!!!