March 11, 2013

kecantikan ku merentasi masa II


ni zaman aku kat matrik. tudung pat segi. baju besaq pastu pakai sweater lagi.  sluaq tu baggy bak hang.  tak reti pakai sluaq ketat.
ni zaman batu kot. remaja muda mudi macam aku time ni sibuk nak pakai handbag branded, aku apa pedulik. sling bag pun yang bawak pi klas hari2. main sarung t-shirt collar. tutup aurat sikit pakai inner itam kot dalam. tak main pakai sandle talu halus okeh. melecet kaki. pantang aku kaki melecet time berjalan. kasut nike ni la yang setia dengan aku sampai sekarang.

baju fevret all the time. dasar pemalas. sarung lab coat settle semua masalah pemalas

pakai pashmina ala2 hana tajima pun atas ehsan zarina muslim yang belitkan. harap aku...hampeh,,,last jadi macam gambar bawah ni je..ouhhh ya...saya rasa comel dengan senyuman itu.anda setuju...??. macamana nak senyum macam tu lagi sekali. banyak kali try tak jadi. rasa muka macam bok miah dalam citer niang rapik je. 
ini bajet funky giler la pose macam tu. time ni gila shawl. anywhere everywhere i'll  be wearing shawl during that time. konsep pemalas II..sarung t shirt short sleeve than cover aurat sikit pakai cardigan. slipper cap rm10 je. tok sah melaram sangt malam2. sape nak tengok kauuuuu!!!


ni zaman pekerjaan. betul tak aku cakap. aku rasa gambar ni paling nampak aku ayu..puuuiiiihhhhhhhhhh
ini saya yang teeeerrrlatest.......super gorgeous....please admit it...hahahah...takde sape nak puji so aku puji diri sendiri..

kecantikan ku merentasi masa

bab kecantikan dan penggayaan diri ni aku boleh mengklasifikasikan diri sendiri sebagai fail la. sebabnye yang pertama tama-nye aku tak pandai berdandan. atau pun menghias diri. dari zaman aku solo molo ke zaman kapel dgn monyet..ehh tak..cinta monyet putus cinta dannnn bercinta dgn bahagianya sekarang puuuunnnnn aku tak pandai nak melawa (read = berhias) mungkin dulu mak aku pregnant ingat anak laki kot..kaaaahhhh...sekali keluar anak dara yaw. sebab tu bila dapat aku je rumah aku macam ada anak jantan. sebab bila nak betulkan arial tv panggil aku. kes nak panjat2 bumbung panggil aku. nak cuci tangki atas bumbung panggil aku. senang citer aku all in one la. tapi sebenarnya time tu aku la paling ringan. abah takut bumbung rumah pecah kalau yang berat2 memanjat..kaaahhhh...welll...aku dulu ala2 slim river --> lari tajuk..tapi eventhou aku dulu ala2 tom-boy pun, masa tadika aku join kebudayaan. i menari u olls..lemah gemalai jugak aku ni dalam duk memanjat. belum lagi kes aku panjat pokok buah mempelam rumah cik lah. nak makan buah fresh tuu...sanggup panjat pokok. tinggal tak kena jolok dengan galah je. kalau arwah tok ada, aku rasa satu kampung nelayan tu dia jerkah suruh aku turun. cucu pompuan panjat pokok nak makan buah. dah panjat boleh plak aku lepak atas pokok makan buah tu dlu sampai abes. hebat tak. setel memanjat aku turun sambung main masak2...conflict of interest kot aku ni dulu. tak tau nak jadi apa.sat macam laki2..sat g main masak2 plak. time ni memang aku selekeh la sangat. kalau mampu aku tepek gambar2 time tu kat sini memang aku buat dah. just because zaman tu pakai camera guna filem, so tak dapek la den nak share. next2 time aku rajin aku scan. tu pun kalau rajin la.  

dah masuk zaman sekolah rendah. seingat aku la masa aku sekolah rendah, sebab status aku anak cikgu sekolah tu, aku behave sikit. setakat pasu bunga sekolah pecah dua tiga bijik tu biasa la kan. cikgu je tak tau dulu. haha. daaannnn....aku nak baling batu kat kawan laki sebab kacau aku, aku terbaling batu kena lampu kat surau. macamn batu tu boleh naik tinggi tak pasti la. daya tujah apa plak wujud time tu tak tau la aku.mana tahan aku nak berkelakuan sopan ala2 perempuan melayu terakhir. tapiiiiii.........tiap2 ujung tahun nama aku mesti naik utk perform atas pentas. menari  u olls...buat kesekian kalinya. tak puas kot beraksi di pentas time tadika. melarat time sekolah rendah. tapi sampai darjah 4 je kot. darjah 5 slow down dah. main alat music je. recorder time tu, darjah 6 stop terus. dah senior so berkelakuan agak sopan sikit. masa ni ilmu agama pun dah menyerap masuk sikit2 dalam diri ni. syukur dan berterima kasih buat cikgu2 agama sekolah, pakmat selaku guru ngaji lepas time sekolah and arwah makdiah anddddd.....of course la mama abah kan. time ni aku dah start pakai hijab. tudung laaa....kalau tak pakai abah suruh masuk rumah pakai tudung. di sebabkan mak aku ni anak dara 4 orang walaupun time tu yang betul2 pakai tudung pun aku dgn akak aku, so stock tudung zaman tu memang tak ketandusan la. mama plak selaku adviser kepada anak2 dara dia, so kalau baju ni tudung kaler ni. tapi aku kadang2 tetap belasah baju hijau tudung merah. zaman tu mana ada fashion colour block macam sekarang. harus senada dan seirama. lepas UPSR tu aku agak mementingkan penjagaan kulit muka jugak. hahaha...tak mau makan kacang sebab takut naik jerawat...kah kah kah....but seriously masa tu aku takde jerawat...hahahah

disebabkan peredaran masa, makin lama aku transform jadi wanita sejati..eceeeehhh...at least time sekolah menengah dah tak main belasah kaler tudung+kaler baju = caca merba. paling batak pun, any colour baju aku mesti tudung putih atau  hitam. dasar pemalas tegar. time tu dua kaler ni fevret. basuh putih ada itam spare. basuh itam ada putih. basuh dua-dua aku rembat tudung kakak aku..kaaahhhh...sampai la ke zaman duk matrik. time ni pergaulan lelaki perempuan dah luas. so, harus la jaga keayuan..ppuuiii....tapi masih simple. sebab g kelas hari2 pakai baju kurung.it's wajib to wear baju kurung. no jubah..no kebaya or kebarung or kebatung what so eva. buuuttt...aku still maintain sifat main belasah aku tu je. baju kurung 7 pasang je. orang lain at least ada gak 14 pasang. aku taaakkk....7 dah cukup banyak. motif aku malas nak gosok banyak2. kebas tangan. zaman kegemilangan is time kat Utem la. reason dah rasa dewasa kot..kaaahhh...dah belajar shopping sendiri. duit PTPTN memang untuk dibelanjakan dengan berhemah. caranya ialah ber-shopping. apa la sangat time tu shopping kat Jaya Jusco. paling tak pun FOS/REJECT SHOP..tahun berganti tahun, akhirnya.......saya sekarang seorang yang amat mementingkan kecantikan. kaaahhhhh statement aku...macam mintak kaki. tapi kenyataan. saya tak mandi pakai sabun ketul dah macam zaman hingusan. harus mandi pakai liquid FOAM okeh. agar kulit sehalus bayi. puiiii..... pencuci muka dulu pakai cap rozita che wan. sekarang tidak lagi..saya sekarang berangan mahukan kulit sehalus fazura. nasib baik dulu aku saiko kan diri jangan makan kacang..nanti kulit tak cantik. effect sampai ke tua. kacang agak kontrol ye adik2. kesannye jerawat sebulan sekali je mendarat. tak lupa...shampu harus yang diprovokasikan oleh artis barat..kaaahhh...lepas tu aku merungut duit tak cukup. nak tambah sikit lagi. dulu aku tak kesah baju aku bau asap bas. sekarang tidak lagi. balik keje kalau baju bau coolant, sepantas kilat aku campak baju dalam laundry basket. basuh harus campur softener. kalau tak aku tak pakai. betul tak tipu. betapa usia memainkan peranan penting dalam kecantikan. tapi adik2...kecantikan luaran tidak akan kekal yer. cantikkan peribadi mu agar kecantikan fizikal mu akan terserlah. walaupun kau pakai pencuci muka SK2 sekalipun, perangai macam ifrit, kau umpama ampas kelapa yang dibuang di tepi tong sampah. okey...sekian tazkirah akak pada hari ni. selamat beramal beramai ramai. ingat tuuu....sahsiah no 1. kecantikan fizikal selepas no 1. daaaaaa....lots of love...>winK<  


March 10, 2013

the scenery

Assalamualaikum...

aku dah lama tak catching catching photo ni. semenjak MR ada camera canggih ni, aku try bakat balik la. for those yang nak tengok previous photos yang aku pernah shoot sebelum ni, aku ada 2nd blog. kat sana semua photo2 yang pernah aku shoot..eceeehh..


masa on the way back from subang parade. dah nak maghrib. and suddenly MR cakap cantik matahari tu. maka dengan  pantas aku amik camera canggih MR. barang MR macam barang aku je sekarang..kaaahhhhh

view from dalam kereta yang tengah bergerak...





motif gambar is ????
si camerawoman try amik gambar sendiri. harus la kan owner interprem... ;-)

okeh...sekian wassalam.....

March 2, 2013

kunjungan terhormat

semalam blog aku kne stalk dengan MR. hehehe...


senyum2 eh....hehehe......