August 19, 2010

KAMI: GENG BAS UTEM

salam and greetings to all...

rasa kali ni mcm nak introduce siapa ahli rmah D-1-4 plak...dgn ini secara rasminye akak announce kami GENG BAS UTEM..saje2 syok2 nak gantikan GENG BAS SEKOLAH...

kami terdiri darpada 5 gadis yg hot x hot sgt la...

1) AFIQAH BT AMRAN - aku ler tu

2) SHAMIHAH BT ABD KARIM - roomate akak

3) SITI HAWA BT RAMLI - lone ranger dlm bilik sorg2

4) NURUL AIN BT MAIDIN - akak kami (hikhikhik...ampun)

5) ZARINA BT MUSLIM - pasangan dak Ain...




sowey sangat..gambar x boleh nak update skali..tenet really slow la...next time taruk gambar banyak2 hokeh....may god bless all

streamyx vs broadband

salam and greetings to all...

baru2 ni akak and da geng ada problem dgn streamyx installation. two months waiting for phone line installation kat rumah ni. kerja makin bertimbun. semua perlu refer pada tenet nak cari journal. sesak2...prob ktorg ni mcm shiiiiaaalllll je...so, cmni ar everytime g TM tny status:

1st day
kami : mcm mn status rumah ktorg. line x masuk2 lagi. kata tempoh 7 ke 14 hari...
TM : sebentar ye. saya check.......(selang 1 2 minit) rumah cik baru settle status alamat. so dalam 2 3 ari line boleh pasang dah...
kami : kne tunggu lagi ke ni...fine..2 3 ari lagi x pasang kami datang lagi (sinis sket bunyi dia)

after 2 3 days
kamI : kata 2 3 hari..dah lebih ni...
TM : sebentar ye...(selang 5minit)... cik, masalah sekarang rumah cik still dalam waiting list. kena tunggu port kosong.
kami : aritu kata dah clear. skrg waiting list plak. mn satu ni..(dah start bengang)
TM : kami x dapat buat apa2. sbb kne tunggu port kosong dlu...
kami : xpe la.. terima kasih....

lepas wat discussion dgn housemate....

kami: kami nak cancel je la. boleh...
TM : boleh cik..
kami : terima kasih....

akhirnye...disebabkan bengang dengan tindakan sambil lewa staf streamyx tu, kami cancel and terus register broadband. yg sakit hati bulan2 puasa ni, staf tu boleh perli2 kami plak..panas je time tu..klu ikut kisahnye mmg panjang lagi. time akak dgn member g tanya, dia cakap lain. time kawan2 lain g, dia cakap lain. diorg ni mmg di-train utk cakap putar alam ke..hishhh

puas ati akak sekarang dah register broadband. at least blh pakai after register..xpe la sesak skrg sbb kne bayar bil janji keje jalan..kan kan kan....so dinasihatkan kat sesape nk pakai streamyx. check port kat tempat korg free ke x..klu free book siap2..kasi letak nama besaq2 punya kat situ...haishhhh

happy ramadhan

salam and greetings to all...

berdebu bersawang dah blog akak ni..lama betol x hapdet kat sini...

sebenarnye xde idea nak update apa...tp apa2 pun nak wish sgt2...

HAPY RAMADHAN....pose jgn x pose..klu A-B-C tu tgk2 org sekeliling sama...huhuhu...

may god bless u...

July 6, 2010

::world cup fever::

salam and greetings to all...

pertama kalinya dalam hidup saya. saya still awake till 2.30am watching world cup. seems like i've been cursed.. hahaha...before this, i've been telling my friends.." stupid la. just one ball, 10 players are fighting for it. " but now, i am addicted to it. this is all happened time saya tinggal dengan cousin saya. my cousin is a woman. she followed the match almost everyday and saya pun terikut ikut sama. hahaha...hebat sungguh penangan world cup sekarang.

actually, saya excited watching FIFA bukan sebab apa. just because kali ni world cup lain dari yang lain. team yang tak disangka sangka dah kena bungkus balik. brazil for example. saya nak elaborate banyak2 pun tak pandai sangat tentang bola ni. pandai tengok je. org jerit gol, saya pun GOLLL la. orang kata outside saya pun "aah, outside la tadi.." hahaha..tp it was fun when we watch with our family..

sikit2 yg saya boleh saya comment tentang world cup kali ni..
>> so sad bila south africa jadi the first host country yg tersingkir. mula2 dulu macam nak sokong diorang je..heheheh
>> pelik tapi benar. brazil dikalahkan oleh belanda. as a chosen team, saya rasa brazil mesti kecewa sesangat. especially fans diorang.
>> referee macam kena rasuah je. hahaha..kalau FIFA tau ni mau nye saya kena saman fitnah 23 juta..
>> portugal jadi team favorite kali ni sebab ada encik christiano ronaldo. tp at last kena hantar balik ke negara asal jugak lepas dibelasah teruk x teruk sangat oleh spain. kesian. kalau abang chris tak de adakah portugal still team fav...

tu saja buat masa ni sebab world cup tak habis lagi. even now i'm waiting for belanda vs uruguay tonite. nasib baik lecture start next week after world cup dah habis. kalau tak, mau nye saya ponteng on first week..mati kena gantung kat tali ar kalau miss week 1st sebab dah final year. kne concentrate on Final Year Project..lagipun, saya nak jadi student yang baik..mengurangkan sebanyak mungkin bilangan hari ponteng dalam satu semester ni. hehehehe..may GOD bless buddy...


FIFA 2010...who's going to be the champion...

June 7, 2010

sakit gigi

salam and greetings to all

dah 22 tahun, ni la pengalaman pertama sakit gigi and it really hurt. sampai mau nangis..isk isk isk..so disebabkan tak tahan sangat, pergi jumpa dentist yesterday morning. pergi awal sebab tak nak Q panjang. biasa la klinik gigi walaupun kita patient nombor 3, kena tunggu almost 2 hours gak.

once dah dipanggil masuk ke bilik rawatan, ingatkan nak kluar after half an hour gitu, rupe rupenye x sampai 10 minit pun. gaya aku sakit macam nak kena cucuk pastu kena cabut la bagai. aku pun tanya doc. what's wrong with my teeth. dia jawab..nothing. xde lubang atau rosak mana2. just gigi bongsu nak tumbuh...hailaaa...meluat betul!! kena sedas dgn ayah aku. dia kata baru nak cerdik..hahahaha...citer kat member aku pun dia gelak kat aku..kureng betul. ye la..aku mana tau gigi bongsu nak tumbuh. sakit sampai aku tak bleh tidor..melampau tau. aci kena gelak je dgn member2.

at last doc bagi pain killer je. kalau tak baik juga, doc suruh datang jumpa dia lagi. sib baik lagi tak kena operate. risau den..hehehe




may GOD bless...hehehehe

June 4, 2010

::respect masa yg ada::

salam and greetings to all...

baru je pulang dari kenduri kakak kepada kawan aku. for the first time, this is the kenduri yang aku tak sempat jejakkan kaki ke dalam hall untuk jumpa dengan tuan rumah. damn!!...semua sebab kelewatan.

aku paling tak suka orang yang tak tepati masa. at least please inform me kalau nak lewat. aku tak marah. aku tunggu half an hour depan dewan dah macam stupid. luckily aku belum jejakkan kaki dalam dewan. aku tak kenal sape2 pun dalam dewan tu. i came because of the invitation. so hari ni aku keluar semata mata nak refuel tank kereta la. bukan nak pergi makan kenduri. shiyaaalll!!!


kalau tak fikirkan kawan2, memang aku dah angin macam biasa. bukan aku tak biasa cari pasal dengan orang. time is very important for me. kalau dah janji time tu, kotakan la. jangan cakap on the way kalau seluar dalam pun tak sarung lagi.



>>mood=very upset. sorry for the kelancangan ayat2 bisa aku kali ni. kalau tak lepas kat sini, memang boleh putus sahabat because aku tau, kalau mood sewel aku dah datang, seduit pun tak boleh guna bayar hutang.

June 3, 2010

mood toing toing

salam and grettings to all

kejadian 2 bulan lalu.....

si kawan : weh, bowling kangaq dah bukak. bila nk p rasmi...
si sahabat : bila bleh p. duk LI la ni. sah2 lepas 530 baru bleh p...
aku : aku lepas jam 6 kena ada kat rumah melainkn ada hal fenteng shj...
si kawan : ok2..nanti kta p weekend..

weekend yg dijanjikan berlalu begitu sahaja sbb tak cukup korum...

selang beberapa hari....

si kawan : kawan ak p dah. depa kata bowling tak dak air cond..baru 1st week ramai dah complain hangat.
aku : cis..buat setakat nak bagi ada. baik x payah...
si kawan : jitra gak la minggu ni..ajak A, B, C, D dll.....

maka hujung minggu itu pun kami ke Jitra Mall bermain bowlng beramai ramai untuk melepaskn gian..

dua minggu sebelum tamat LI...di sebuah restoran bernama ketapang...

N: petang ni kita semua ponteng mau. lepas ni p main bwling..
aku : i don't mind. aku dah dapat testimonial. hahaha (dgn riaknye)
S : jom ar. skali skala kna jadi budak jahat gak. ponteng kerja...
R : ishh..ak takut..ak tak dak duit ni...
aku : alaaa..skali skala..dont worry. kawan2 ada duit..takat segame dua game..no hal la...

maka petang itu empat sahabat diketuai oleh N sebagai ketua rombongan bergerak menuju ke perlis bowl dgn 1 matlamat ponteng kerje..wakaka. si R yg mula2 takut nak ponteng pun boleh join skaki dgn lagenda budak setan 3 ekor ni..huahahahah...selepas berboling agenda wajib minum air nyoq tepi library..peh. bestnye. ini la port lepak lepas sekolah dulu. air nyoq segelas plus rojak buah plus buah potong..sedaaaap....

seterusnya...asalkan ada free je mesti ada yg call ajak main bowling. dah jd rutin plak. every week mesti jejakkan kaki ke bowling tu. tp skill tak pernah improve pun. asyik macam tu sj. hahaha...especially sekarang ni member2 sekolah yg berterabur 1 malaysia ni dah ramai yg dah balik perlis. asal call saja ajak main bowling. mmg untung pusat bowling tu bila ada rakyat mcm kami ni. student card pun time ni la usung sana sini sebab dapat special rate utk student. kalau kat kampus jgn harap la nk keluarkan selagi tak kena tegur dgn pak guard or nak masuk library..hahaha

>>pe motif aku post entry kali ni..haishhh....sebenarnye nak cerita yang dah bosan main bowling. tiap2 minggu main bowling. dah x de hiburan lain ke. kalau x boling alternatif lain movie pastu panjat bukit pastu fatin corner. asyik rotate itu saja...

that's all..may god bless...