April 5, 2011

::budaya kerja 5's::

salam and greetings to all..

okey...minggu ini minggu aku dgn kerjaya aku. pekejadahnye plak aku dah bekerjaya ni. ok la..bagi aku menyiapkan PSM aku menyerupai aku bekerja di sebuah firma yang tekemuka di abad ini. itu yg dinamakan bekerjaya. sebab tu aku tidak punya masa nak berdating la bagai. wak luuu....bila masa kau ber-pakwe. sedau cket hokeh..

bagi aku, aku ini seorang yang kemas......


tak suka sepah- sepah......


dan barang2 aku akan aku tersusun rapi seperti di rak perpustakaan. sometimes aku jilid lagi barang2 aku.
 ---> yeah...sometimes i do feel like i am a skema person


dan aku juga seorang yang akan mengaplikasikan apa yang aku belajar di sekolah. hurmm....aku sokong budaya kerja 5's. ni sume suku sakat naruto shipuden la ni yang bawak ni. 5's stand for seiri, seiton, seiso, seiketsu, shitsuke ---> yg ke lima tu klu terbalikkan jadi suke *&^%


orait...apa yang tertulis di atas itu memang bukan diri aku....diri aku seperti di bawah...

rasanya orang yang bebal macam aku je yang takkan ikut budaya pengemas ni. tapi mak aku cakap aku ni pantang jumpa mop..tak cayer...klik sini  

sememangnye bila kerja membuak2, mood nak mengemas akan hilang entah kemana. bukan la malas sangat aku ni, cuma bila tak kena angin tu, aku lebih suka biar barang2 aku berterabur. wakakaka...bila berterabur aku rasa puas sangat. satu perasaan yang tak mampu aku nak ungkapkan kat sini. ---> WHATEVER....lagi satu, time macam ni semua buku, kertas, nota dan alatulis akan menjadi peneman di kala aku memerlukan. so, kalau everything tersusun kat tempat dia, dah jadi satu kerja aku nak bangun ambik. pastu nak barang itu plak, bangun lagi ambik. nak air, g dapur ambik. kan senang kalau ada botol tersedia kat tepi meja. wee..aku memang handal memberi reason yg bernas. 

so, dari pemerhatian korang, aku ni sebenarnye jatuh dalam kategori apa ek.

a) pemalas tapi rajin

b) pemalas dan memang malas

c) rajin tak kena tempat

d) rajin yang dibuat buat


insyaAllah, aku berazam, lepas siap segala kerja kerja amalku ini, tempat aku akan sejibik macam ini
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku memang kuat berangan untuk memiliki ruang persendirian yang kemas begini

April 3, 2011

::saya sibuk la::

salam and greetings to all...

>>baru perasan blogger punya interface utk ("interface" ke kte panggil??) create new post dah lain. ke aku je yang syok sendiri..ke aku memang sebenarnye dah lama tak menge-post new entry..ke ini adalah amaran dari pihak berkuasa yang aku ni patut up date selalu blog aku..ke....macam2 ke la plak..nak ke---na ke??

ok..ok....back to cerita sebenarnye...sememangnye aku memang tak sempat la nak menjenguk blog minggu ni. no no..corection. menjenguk ada. menghapdet yg tak de masa. sebagai seorang pelajar aku memang banyak kerja yang tertangguh yang menuntut perhatian aku. peh...skema doh ayat. macam orangnye jugak.erk..tak...banyak benda nak di up date kat sini. i know. some of you already missed me. oh tak de...demmm.punah harapan nak jadi blogger yg popular. euuwww...sekarang ni pun aku tengah duk kalut semacam nak menghabiskan kerja2 PSM aku yang bermasalah sejak azali lagi tu. ditambah lagi bebanan aku nak study untuk test ---> tak baik cakap beban. balajar tu tuntutan. nabi SAW pun dah cakap. tuntutlah ilmu sampai ke negeri china. ok laa...biasa la tu kan. student gaya student sibuknye. bekerja gaya bekerja plak sibuknye. mana boleh nak lari dari sibuk ni. dah mengelak pun tak sempat kan. ke aku je yg tak pandai mengelak ni ---> pqah starts to mumble and pot pet....

bila dah lama sangat duk kat rumah specific cket dalam bilik, bontot pun dah start kematu kan, mula la rasa bestnye dapat hirup udara segar sampai subuh kan. and masa tu la harapanku nak melepaskan diri dari penjara emas ini tercapai. ain offer g wat keje kat mcD dgn angkatan bala tentera yang lain. maka aku tanpa segan silu pun bersetuju. siap pesan kat ain gtau remy aku follow sama. weee...dah nama pun nak menompang orang sila la inform orang itu kan. hehehe....

heaven-nye bila dapat kluar rumah malam2. kalau kat kampung ni, tau kat rakyat kat sana, mau aku kena rembat ni kluar malam2..hehehe...tak pe ar..atas nama sekali sekala...erhm...sape ajar kau cenggitu pqah oiiii..masa keluar pun dah kul 10 malam. ralit ar wat keje. kate fokus pada kerja kan. memang tak ingat apa ar masa wat keje tu. tapi tangan duk selang seli dengan fries and coke kat sebelah laptop. fokus la tu namanye kan......

see....macam ni la aku kalau fokus wat keje. walaupun ini lakonan semula..kaki harus bersila atas kerusi. barula rasa nikmat buat kerja ala2 student 4 flat. tak lama lepas tu aku pun flat ar...
ini pun tak bleh gak makcik ni. dengan hidung duk sok sek.objek putih tepi lappy tu tisu dia la tu. 

ini memang bajet berdiskusi abes la ni sampai tangan pun gawang abes. cuba perhatikan rambut dia. ni kalau korang tak cukup parang nak kupas durian boleh pinjam rambut dia. gerenti terbelah punya durian tu...

and that mamat poyo-bajet-kau-tu-comel-la-wat-muka-camtu is palie nama dia. dia tak de function pun dengan aku tapi berfungsi sepenuhnya utk mengajar ain menyiapkan PSM dia...kontroversi btol diorang ni. makan share2 burger...

aku tak tau apa masalah budak pali ni. tiga suku ke nak kena luku dengan aku. asal aku tala camera je kalau dia tak elak dia akan wat muka bajet comel camtu. and that remy tangan dia tak habes2 nak menggawang. kau nak demonstrasi apa la tu aku pun tak ingat....

and that's the story of me and the rest kat mcD. since blajo kat melaka ni mcD ni dikira makanan supplement aku la.har har har..seminggu wajib ada dalam piramid makanan aku yg kat tengah2. meaning that makanan yang diambil itu tak banyak dan tak sikit. weeeekikikikiki....tak pe la pqah oiiii...dah tak lama dah kau nak merasa life camni. lepas ni mesti kangen bangat seh ---> ok..dah nak start nanges.....

March 29, 2011

::mee beracun::

salam and greetings to all...

lately ni entry aku asyik citer aku makan je kan. malangnye saiz badan tak pun besar2. bila la aku nak mengalami pembesaran ni. asyik kuncup je. sedih sungguh. suppose bangga la kan makan banyak macam mana pun body still maintain slim and gorgeous. gooshhhh.....

malam ni housemate aku ajak cuba makan kat restoran baru. peh..aku ni kalau nak makan je harus restoran kan. warung tepi longkang pun aku belasah kata restoran. baru la rasa gah cket. hehehe. actually simple kedai je. tapi deco kedai tu very nice and elegant hokeh. english style loh. informasi pasal kedai ni ktorang dapat tau dari member2 gak yang pernah g makan kat situ. selidik lokasi kedai kat mana rupa rupanye somewhere kat ceruk bukit katil nuh. sebelum ni ingat tak de apa pun kat area tu. mana la nak amik tau kat ceruk tok kun tu ada tersimpan kedai makan. dari main road nampak sekolah je. tak pe la. layankan je. that's why orang kata don't judge a book by its cover ok. maksudnye, jangan dilihat tempat itu dari tepi jalan je, cuba la bawak2 masuk dalam kawasan tu cket baru tau ada apa. hurm...selari tak maknanye. ignore...

first time kat sana harus la cuba menu yang nama pelik2 cket. memang pelik kot. even ada yang pernah try, tapi den tak ponah torai (read: saya tak pernah try). so, for the beginner, aku order mee racun. bagi yang tak pernah dengar, kalau order menu ni mcam ngeri je kan. hehehe..ke aku sorang je perasan macam tu. hurm..abaikan. as usual aku order minuman teh o ais limau. ina order nasi goreng colliseum 1986 then ain plak try nasi goreng kampung paya merah. very the pelik kan. tapi sebenarnye nama je mcm tu tapi nasi mcam goreng2 biasa je but the taste memang awesome. aku bagi 4 bintang kat makanan ain dengan ina. how about mine. huhuhu...ngeri seh. mee racun aku order memang beracun. berdengung kepala aku makan. pedasnye sampai petala ke lapan belas. berair hidung aku makan.

malas aku nak citer panjang2. kang you all kata over plak penceritaan aku ni. so, layankan je la pictures yg aku rakamkan melalui telefon bimbit aku ni...---> sarkas btol bunyi nye..


---> tudiaaa mee racun pedas berdengung..skali rasa mau lagi...


---> muka heaven ni. padahal tengah menahan kepedasan


read my lips..ouch...sexy kannn...

.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.


March 28, 2011

::gambar g korea::



ok..ni gamba2 untuk entry ini ----> klik here

time jadi pak pacak tunggu malaun tu. kalau korang teror ce cari mana makhluk tu terselit. lokasi kat KTM Bandar Tasik Selatan. time ni aku just arrived KL from melaka.



on the way to OU. gamble and cubaan berani sesat naik rapid KL to OU. it was a wonderful trip with my friends yang sama2 kepala ting tong. tak tahu camne nak ke sana tapi giat nak ke sana gak. however, we've made it. kalau tak, takdenye aku nak tulis entry ni hari ni.



intro to restoran yang kami masuk. tisu lap mulut dengan chop stick selalu menjadi simbolik kepada kedai2 makan. so, tak payah explain jauh2 kedai mana ni k.



this is how a beginner try to eat using chop stick. memang sangat tidak pandai menggunakan kayu dua batang ni. hahaha



ini si sengal yg jgn cakap la kesengalan dia...janji melayu jadi janji korea...



those are foods yg sodap2 belake...



me and kak aina. baru jumpa sehari tapi dah ngam..hehehe...



sejam berjaya habiskan semua ni...buruk &^$*( kan


semput dah.. time ni aku dah surrender. tak mampu nak masukkan lagi.tengok meja pun tau kan aku ni kuat makan sebenarnye..hehehe sembang la kau pikah...



okeh..lepas makan makanan korea makan makanan barat plak...A&W rutbir sedap gilozzz...



March 27, 2011

::seoul garden awesome::

salam and greetings to all...

last weekend tetiba jadi hantu korea. the whole week habiskan masa tengok citer korea "love story in harvard" padahal dah berjuta kali tengok. siap boleh hafal dialog diorang. metafora sungguh kan. yang hafal pun subtitle in malay je la and a few line macam "touch down"..hehehe..sape nak tau apa maksud touch down tu, sila la tonton "love story in harvard" hokeh.

kesinambungan dari tengok citer tu, ada la sorang hamba Allah ni merangkap kawan aku masa zaman menyetan kat sekolah dlu ajak aku try makan kat restoran yg gah tak gagah sangat ni. SEOUL GARDEN you allz... tak pernah2 tekak aku boleh terima makanan korea tetiba je bila malaun ni ajak, dengan pantas kepala angguk and kata jom. wakaka...

plan asal nak g kat mahkota parade je. tapi ada kekangan masa. biasa la tu. STUDENT kan. kelas kena attend and so on lagi, then decide weekend pekena kat ONE UTAMA on saturday. nak bagitahu la ni. sebenarnya kami berempat that day. and none of us yang tahu camne nak ke OU by using public transport. yang pernah g pun g dengan keter. masa tu tak main la naik bas ke train bagai. wak luuu...

kali ni by hook or by crook, kena gak g OU naik public transport. so aku sendiri dari melaka on that meaningful sabtu. sampai je kat KL at about 2pm trus roger si malaun yg ajak makan adik beradik kimchi food ni. bajet kau nak sampai dulu dari aku kan. mentang2 kau dari kajang je, nak lawan sape sampai BTS dlu. sekali hambek kau. aku dari melaka ni yang sampai dulu. duk terpacak elok jadi penjaga lalu lintas setengah jam kat komuter tu sambil tunggu kau. excuse me, muka aku ni ada mcam mak guard ke. tak pasal2 brader KTM tu tanya aku nak g mana. sorry bang, aku nak g OU. ada jet boleh amik aku kat sini ke. huh. dah la panas.brader KTM tu plak boleh duk sengih mcam kerang tak cukup rebus. prihatin ke apa mcm tu.

finally, after almost half an hour jadi pak pacak kat situ, amry si sengal tu pun sampai dengan jayanye. melebar kau senyum kan. fine. aku maafkan kau. trus kami meluncur laju dengan KTM ke KL central coz kat sana member kami dua orang lagi tunggu kat sana. sesampai kat sana, syuhada (our classmate) and kawan dia sorang, KAK AINA, dah tunggu kami kat sana. then, time ni la start blur, cmne nak g OU ni. aku ada la dapat info sikit dr kak google cara2 nak g OU dari KLC ni. dia cakap naik RAPID KL no U82. so, kami gigih la mencari bus nombor seperti yang kak google cakap ni. thank GOD. nasib kami memang baik hokeh. turun je ke tempat bus stop terus U82 tunggu kami. settle bayar RM2.50 bus pun jalan. dari KLC ke OU ada la dalam 45minit. tu pun nasib baik tak jam and whatsoever masa tengah jalan tu. demi mengejarkan masa, kalau boleh nak sampai awal la kan coz kat situ, kalau after 4pm harga makanan dah lain. alhamdulillah, we've made it.3.45pm dh siap tunggu depan counter. after bayaran dibuat, 4 kepala penyamun ni hergenye RM123 ++ melantaklah kami dengan gelojohnye sebab masa ada 1jam je before brader2 seoul garden ni halau ktorang kuar. rare cket ar cara diorang ni. lunch set abis jam 5pm. so, kalau ktorang amik lunch set gak, kul 5 kena get lost dari situ, unless kalau ktorang pilih dinner set sebab dinner set start kul 4. tapi hergenye boleh la aku puasa seminggu tak makan. disebabkan makan laju2, nak kata puas tu, tipu la sebab makan cepat2 tak feel la sangat kan. tapi okey la kan. heaven la sebab syedap syangat. boleh la nak g lagi pasni. bukan boleh la..memang nak g lagi. huahahhaa....tapi make sure puasa sebelum g. sebab nak tarah duit kat mana kalau hari2 makan pastu skali g SG kau kena ketuk sampai 30hengget. anak tokeh ladang getah boleh la sebab harga getah tengah melambung sekarang. aku ni anak tokeh apa. tokeh kertas peperiksaan. huahahaha...

sekali sekala bila dah jumpa kwan2 sesame menyetan ni, takkan nak jumpa sejam dua je kan. harus la kalau boleh sehari suntuk tu. lepas SG, syu insist nak tengok merong mahawangsa. disebabkan aku dgn amry dah tengok citer tu, then syu dgn kak aina je la yang tengok citer tu, aku dengan amry tengok citer lain. WAR INVASION. hurm...ok la citer dia. citer America jadi padang jarak padang terkukur sebab kena serang dengan alien. masa aku tengok citer ni, terbayang kalau la malapetaka ni betul2 jadi kat diorang. kalau tak insaf jugak tak tau la. 2 jam dalam wayang, masing2 dah penat. so nak balik la ni. then skali lagi blur. camne nak balik ni. nak tunggu bus kat tempat tunggu bus jugak ke camne. lastly, decide naik teksi je la. since berempat kalau driver tu cekik sampai puluh2 ringgit boleh la kami cekik dia sampai lunyai. nak ke kelana jaya je pun. kau nak cekik sampai puluh2 pekejadahnye kan. sib baik tak sampai seploh hengget.---> sembang la kau pqah. syu yang bayar. hehehe....

so selamat la perut masing2 dapat gak merasa makan kat seoul garden. next time gathering mungkin trase nak g negara bersalji plak kn. takpe2...sunway pyramid kan ada. nanti kte g meluncur ais kat sana k...hahaha...malaysia is da best. macam2 ada. ok...dah ngantuk la. esok kelas PPC lagi. td dlu..............

p/s: gambar blom dapat di up load. sabaq sat na.....

March 19, 2011

~cerita kain batik~

salam and greetings to all...

spesis suka berjalan kan aku. duk tak diam sekarang ni boleh bertapa kat batu pahat plak dah. hurm..don't get me wrong. aku datang sini bukan sesaje nak holiday berhujung minggu. datang sini sebab ada hal. kalau takde hal penting, kan baik duk umah je. heehhehe..statement kau pqah. macam selama ni suka nau kau duk rumah kan. huhuhu...

tak ingat ler samade aku ada citer tak sebelum ni. rasanye tak. regarding PSM aku. mesin kat utem rosak so by hook or by crook projek kne siapkan gak. kalau tak, tak merasa la aku nak convo sem ni. nak tak nak, aku kne siapkan gak kat uthm. maka beginilah kisahnye sampai aku pun boleh ada kat batu pahat ni. for the time being, aku tinggal kat rumah paklong kat sini. nasib baik ada sedare mare kat sini, kalau tak, mau merempat kau pqah. nasib baik.

even aku biasa tinggal kat rumah pakcik2 makcik2 sedare ni, tapi yg kali ni boleh dikatakan jarang sesangat la nak duk rumah diorang. most of the time KL la istana hinggap aku. terok kau ni pqah. so, kat rumah yang ni, aku behave la cket. kalau tak aku main bedal je wat slumber badak aku tido telentang depan tv. hahaha..kali ni sorry la. aku la anak dara paling sopan kat batu pahat ni. caye tak aku terjah pakai kain batik wat tido. control ayu beb. tak penah2 aku wat kain batik jadi pakaian aku. malam ni tetiba aku sambar kain batik ganti seluar tdo aku. seakan tidak percaya k. kat luar bilik boleh la aku nak bersopanan. masuk dalam bilik, berterabur. kira baik la ni kain batik aku tersangkut indah lagi ni. burok perangai kan. sebelum ni, wat tak pandang je kat kain tu.



malang sekali, aku ni tak pandai la nak pakai elok2. silap langkah, mau berterabur kain ni. nasib baik tak ketara bonjolan di perut. itu la sanggul siput yang aku wat utk ikat kain ni. muahahahaaaa... tolong abaikan keadaan bilik. tu tuan rumah punya.


kain ini sesuai dipakai bila2 masa dan dimana sahaja. sedang berfacebook juga boleh. asalkan tak terselak. pakai untuk majlis makan malam kat hotel pun OK. kalau tak caye, ce selak album nenek u all. ada tak diorang pakai kain batik dgn baju kebaya. nenek2 kte lagi seksi tau. pinggang diorang dulu 24 hokeh. pinggang aku jangan cakap la. orang tengok je aku kerempeng, tapi seluar jeans aku pinggang 29. nak lawan pinggang nenek2. mintak maap. aku dengar saloma punya pinggang pun 22. tu sebab dia pakai kain batik la tu. ngeeee..... :)

anyway, ada orang cakap la kan. pakai kain batik ni is a good body shaper. i like it..hahahaha..lepas ni akan aku lilit kain batik je. tak cukup kain batik, aku rembat kain pelekat bapak aku plak. for a good body contour. muahahahahahaaaaa......

~LOVE in the air~

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padamu, untuk mencintaiMu,

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu,

Ya Allah, jika aku jatuh cinta izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tak terjatuh aku dalam jrang semu,

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tak berpaling dariMu,

Ya Allah, aku bermohon padaMu untuk selalu mencintaiMu.....





p/s : I LOVE YOU