June 21, 2012

makan malam yang syahdu


salam u olls...rentetan peristiwa gaji aku dah tinggal suku dari asal, so I can't say nothing for being too cheapskate nowadays.alangkah sedihnya kalau my mum tau dinner aku malam ni hanyalah 2 biji telur ayam yang dimasak menjadi scramble egg with 2 sosej plus semangkuk meggi yang direncahkan sebili lagi telur ayam. menu makan malam yang sangat sihat dimana sebarang zat protein vitamin langsung tidak wujud. tapi apakan daya, aku hanya mampu bersyukur sebab Allah masih berikan rezeki kepada aku walaupun hanya telur goreng. i should be thankful to GOD for this because kalau nak merintih sekalipun biarlah kebuluran aku tu se-level dengan rakyat somalia. 


syukur la. walaupun semangkuk, megi ni mampu memberikan kekenyangan berganda utk aku. kalau nak compare saiz perut aku dgn amount makanan yang aku ambil setiap hari memang tak sepadan langsung. kawan2 aku selalu jeles sebab aku makn banyak, besarnye tak. tapi red alert gak ni sebab kolestrol aku boleh tahan naik ni. tu pun mkan meggi lagi kan. penyumbang diet tak seimbang. 


aku dah termakan separuh baru tringat nk amik gambar ni. motif pinggan berbunga digunakan sebagai psychology utk diri ku agar presentation makanan tu nampak sodap .-----> bahana master chef celebrity. 

...p/s : tonight is the last night aku tido bilik ni. esok i'm going back to cyberjaya again and never come back to this room nantikan cerita selanjutnya..hahaha

June 19, 2012

leaving my cottage

cottage la sangat kan. bukannya kau tinggal kat europe country pun nak ber-cottage bagai. tapi ok what. i live in a small tiny room alone feeling like living in a small cute cottage with a breathtaking scenery out there..puuuiiihh...tak yah nak scenery sangat. 

alkisah kesinambungan dari entry lepas. aku bakal meninggalkan bumi melaka setelah 5 tahun bertapa kat sini. sarkastik ayat kan. macam jauh sangat melaka ni..jauuuhhh....jauh la kalau tak de apa2 nak buat kat sini dan tetiba kau nak datang konon nak feeling "fiqah was here". lepas je confirm aku dapat offer kat company itew aku dah plan to pack all my things and bawak balik cyberjaya la. where my new home sweet home is. aku mampu berulang alik melaka-KL every week utk bawak balik barang2 aku and so far aku dah berulang alik 3 kali dalam bulan ini SAHAJA. kau mampu. kalau mampu aku ucapkan tahniah. segala penat lelah ulang alik tu gaji aku utk bulan lepas tinggal kurang dari suku. padan muka kau. so, sila tadah tangan kat pasar chow kit lepas ni mintak sedekah. agak2 boleh dapat pelempang ke dapat duit klu diorg tau peminta sedekah sekarang datang mintak sedekah naik saga FL.

tadi kat ofis selepas berkira dgn bos aku, dia dah confirmkan kat aku yang aku boleh dah apply my annual leave. annual leave aku still berbaki 10 hari >>>>sbb tak pernah apply annual leave that's why baki 10 hari. company still akan bayar kalau aku tak guna annual leave tu tapi semangat bekerja semakin luntur sebab hari2 ak ke ofis aku dah tak ada kerja nak dibuat. bleh bayang kan kebosanan aku kat ofis macam mana. sangap je aku ngadap PC. mula2 dulu boleh la cover2 malu menguap depan orang sekarang aku tak de nak control ayu dah. reputasi gadis ayu dah merusum jauh sejak dua menjak ni.tolak tambah bahagi darab, dengan campur muka kesian, at last aku boleh pencen from MTM on this friday. kiranya minggu ni last la kat melaka. insyaAllah. lepas 530pm aku terus babai melaka coz kalut nak balik kl. tomorrow nye aku nak join my family trip to kelantan. cousin aku plak nak kawen. berjalan sokmo la. lama tak berjalan ni kan. 

packing tak siap lagi. still have 20 percent to go. bilik pun dah tunggang langgang ni. see my almari. padan la asyik roboh je kan. tu pun half of my things dah transfer to cyber. actually shawls tu sepatut dah angkut balik tapi last week semangat membara nak balik jugak sampai tertinggal padahal beras aku tak lupa pun nak bawak balik. dasar pemakan tegar. makanan tak lupa. hahahaha


and this few things yang wajib laaaaaaast skali aku angkut but not that bakul hijau tu. itu pun sepatut awal2 lagi aku dah angkut bawak balik. tapiiii lupa jugak. as a die hard fan mat luthfi, dia la penghibur di kala aku kesepian. walaupun sejuta kali aku layan youtube dia. emangnya kau da boomm....>>> stokin tu dah basuh k. tu cara aku jemur sebab tempat penyidai puuunnnn dah aku angkut. nasib baik yg tu tak lupa. kalau tak mana nak sumbat pun aku tak tau. 


....>>> ok la ni je la wat stakat ni.BYEEE

May 30, 2012

alhamdulillah

syukur sgt2...aku sangkakan aku tak dapat peluang kat situ but God really helps me a lot. Dia dah bukakan segala peluang yg ada itu utk aku. InsyaAllah peluang yang aku tunggu2 tu aku tak sia2 kan...huurmm....mcm poyokan statement.

poyo ke tak poyo ke aku bersyukur sangat. finally, aku dapat offer kerja kat shah alam. berakhirlah penantian aku selami ni. walaupun baru setahun aku kerja kat melaka ni, tapi hati aku ni membuak buak nak balik sana. kalau dah tetiap minggu aku ulang alik kl je, better aku pindah terus sana right. tapi nak pindah pun kena la dapat kerja sana kan. takkan aku nak ulang alik je. tersedak wallet aku. 

sayang sebenarnya nak tinggalkan MTM. tapi demi masa depan kan. kena la buat decision ni. jangan nak bila peluang dah ada, aku tolak macam tu saja. DEMI MASA DEPAN. of course la kan sebelum ni aku asyik la complain pasal gaji tak cukup. hakikatnya tak baik complain bab2 rezeki ni. dah Allah bagi, kita haruslah bersyukur kan. tapi nak jugak rasa bagi duit kat mak ayah kat adik2. InsyaAllah, lpas ni dah tak de masalah tu. doa aku segalanya berjalan dengan lancar. Allah lapangkan perjalanan hidup aku dan permudahkan segala urusan aku. tak de kat mana kau boleh hidup senang mcm tu je. dugaan dan cabaran tu ada kat mana2. terpulang kat kita je how we face the situation. doa banyak2. doa itu senjata kita. 

May 28, 2012

aku nak belajar buat macaroon

salam all...

tetiba harini mood aku nak memasak saje..al kisah harini aku mc dek kerana terlebih makan kambing kat rumah kenduri semalam, so seharian kat rumah tak de aktiviti lain yagn berpekdah. aku search the easiest way to make macaroon. nampak macam senang giler tapi bila baca komen2 org lain ada yang 5 kali buat baru berjaya. aiseeh...tu stok2 tukang masak tu. aku pun tukang masak gak tapi tukang masak air je la kot. tu je specialty yg aku ada.hahaha...

aku jumpa satu laman web ni. agak simple gak explanation dia. bagi aku la. mudah je kot nak follow tapi nak start buat sekarang memang tak boleh la. rumah sewa aku ni mana cukup perkakas. tunggu aku balik rumah mak saudara aku la dulu. macaroon..klik kat sini nak tengok laman web cikgu cyber aku tu...

niat kat hati kalau menjadi nak buatkan utk majlis akak aku nanti. hopefully dapat full mark la yeh. boleh la org merasa macaroon aku. mana tau boleh buat bisnes..hehehe...verangan...


May 24, 2012

HAPPY WEEEHHHH

Aku baru je up date status FB h~a~p~p~y...memang aku tgh happy pun. sebab baru jumpa my darling. bukan selalu weh aku jumpa dia. sebulan sekali tak tentu. 2 bulan sekali pun kira ok la tu. dulu tiga bulan skali baru bertentangan mata. ececeeeh...gedik kan..aku memang gedik pun.

tak pe la pqah oi. tak kawen lagi biar la kan. kalau dah kawen dia wat 3 bulan skali baru nak balik rumah aku bungkus siap2 kain baju dia. sembang nak lebat. kau nak cakap kurang ajar pun tak berani. ceeehhhh

actually jumpa ada misi. misi nak settlekan saman tertunggak. tapi tak jadi jugak. aku sebenarnya malas nak menapak ke balai nak settle saman. kalau ada short cut buat apa pakai jalan simpang siur kan. zaman skarang semua nak pantas. tapi belum lagi la aku rasa nak pakai on line payment ni. aku mengharapkan diskaun 90% bai..haha..time buat silap kau tak pikir pun 80 ke 90 percent kan. time kena saman, jam tu jugak laaaaa kau nak mintak diskaun. lumrah la tu..aku kan used to be an F-1 racer..kuang kuang kuang...sila rendam kepala dalam baldi..but in the end org yg nak mintk tolong settle saman tak jumpa. perut aku gak yang memboncit makan asam pedas walaupun rasanya kurang enak...tapi mungkin ahad ni boleh settle tu pun kalau dia jadi datang skali lg la kan...kalau tak....kirim salam....

May 20, 2012

the person who i hate the most

hye guys...

see da tajuk...of cos aku akan merempan lagi kali ni..kaaahhh....crita ni tak pernah aku tepekkan lagi kat blog because sometimes i do feel like "who cares by the way kau nak sakit hati ke ape"..itu lah introduction aku kali ni..okey..dah macam prepare report final year dah.

actually..(speaking semedang pompuan ni)...last last last week aku ada hangen dgn sorg betina ni. i know it's rude to gelarkan manusia as betina..tapi lantak aku la.aku dah sakit hati.sape suruh kau sakitkan hati aku. cerita camne aku boleh sakit hati dgn dia ni aku tak rasa nak share plak. cukup lah sekadar aku cakap this betina tak reti nak respect orang lain. aku bukan perfect sgt and im not really. aku bukan nabi yg sangatlah sempurna. TETAPI I I I I I aku adalah insan biasa yang paling meluat bila ada orang lain perangai macam tak pernah pergi sekolah. aku rasa manusia bodoh pun tau pikir sbb benda ni tak payah cikgu ajar kat sekolah. kau pernah dengar perkataan HORMAT tak. kalau pernah sure kau tau maknanya sekali sebab kau pun dah belajar sampai universiti. lain lah kau belajar stakat sekolah cap ayam. aku benci manusia takde adab n tak hormat HARTA BENDA org lain. wah waaaahhhh,...kau buat macam harta kau eh. sedap2 kau nak alih sana sini. sape bagi mandat kat kau nk usik. kalau mendatangkan kebaikan tak pe gak. ni kau mendatangkan amukan puaka aku. sekali aku ugut baru panas bontot kau kan. 

so sekarang ni jangan marah aku balik la sebab apa aku tak beramah mesra dgn kau dah kan. sorry okey..once aku dah marah jgn harap lah aku nak buat manis muka macam sebelum ni. BOLEH BLAAAHHH...aku tak rugi sesen pun. org putih pernah bermadah..it can be forgiven but it can't be forgotten. om putih ni kadang2 bijak jugak pasal hukum alam ni. sebab tu diorg leh kuarkan fakta mcam tu. and aku applykan la. nak tunggu aku sejuk kau mimpi patblas juta kali pun tak tentu aku sejuk. okey..sounds like aku proud giler kan dgn keegoan aku ni. once again..WHO CARES.... 

aku mohoooon sangat2 org kat luar sana..tolong lah gunakan otak yg ALLAH anugerahkan kat korang tu. pikir lah sejuta kali pun asalkan keputusan yg korg buat tu mendatangkan manfaat. bukan amukan syaiiitoooon. okey..please okey..pleeeeaaassssseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

April 27, 2012

BERSIH

Assalamualaikum everybody...

semua dah tahu kan harini bertarikh 28 April 2012, bertempat di DATARAN MERDEKA, diadakan perhimpunan BERSIH 3.0..macam2 spekulasi pasal event ni. be it positive or negative. kau tak payah susah2 google. on FB masing macam2 kau boleh dapat kan. cuma kita sebagai orang berilmu yang ALLAH kurniakan akal dan fikiran ni untuk fikirkan apa yg baik dan apa yang buruk pasal cik BERSIH ni. BERSIH-kah....SEMEMEH-kah. lebih kurang sejam aku online dah macam2 cerita ak dapat pasal benda ni..salah satu darinya from my FB fren jugak lah. it is such a good opinion from him. 

""Byk plak status pasal BERSIH.....ramai yg sokong dan ramai yg xsokong....mcm2 pendapat yg diberikan...ada pendapat yg bernas keluar dari minda org yg bersikap terbuka...hebat pemikiran org2 yg mcm ni...tp ada pulak pendapat bodoh tahap melampau yg keluar dari minda org yg bengap..baca status dan komen2 pun boleh tau tahap mentaliti....sedih sbb negara kita penuh dgn org2 yg lemah...walaupun berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya, tp sayang, benda simple pun xleh nk pikir...kalau xbersetuju, kita bg pendapat cara professional..bukan dgn cara memaki hamun dan bergaduh..

masuk pasal BERSIH.....apa tujuan sebenar BERSIH ni??....dan kenapa plak sejak akhir2 ni makin byk plak org join himpunan2 mcm ni?...kalau tiada angin, masakan pokok akan bergoyang....apa yg BERSIH cuba smpaikan?...adakah dgn mengeluarkan status di FB dan bercakap di kedai kopi akan ada org yg kisah tentang apa yg anda inginkan??....adakah dgn suka2 hati ampa nk start moto p istana negara & hantar petisyen yg ampa nk cadangkan....jgn bercakap kalau tiada ilmu, jgn bedebat kalau xleh tahan kena pangkah.....aku tak p pun perhimpunan BERSIH, tp perhimpunan sebegini akan lebih membuka mata pemimpin dan rakyat.....bila dh jadi mcm ni, baru la pemimpin akan jadi jd lebih peka...baru la pakat nk berlumba nk buat baik untuk ambik hati rakyat...

Ada pihak yg kata perhimpunan mcm ni akan merugikan negara, memalukan negara di mata dunia, menjatuhkan imej negara dan rakyat??so what??...biar satu dunia tau kepimpinan negara ada masalah...biar org2 atasan pikir mcm mana nk hadapi semua tu....ampa nk tnggu smpi bila..
ampa prefer perhimpunan BERSIH or ampa prefer rakyat memberontak mcm di Mesir dan Syria?....tidak dinafikan mmg ada segelintir pihak yg nk amik kesempatan utk kucar kacirkan negara....mmg aku sendiri pun takut kalau bnda mcm tu jadi tp insyaAllah kalau tujuan sebenar xlari so kekecohan pun xbyk..org2 yg berniat nk kucar-kacirkan negara mmg patut digelar pengkhianat...dan pengkhianat xlayak tuk tinggal dibumi kita..

bercakap soal ambiga, seriusly aku mmg anti gila dgn si laknat ni sbb byk sgt dia buat diluar persetujuan diri dan agamaku..ampa baca sendiri la pasal dia....tetapi kenapa nak kata org yg sokong BERSIH tu menyokong ambiga laknat tu??...BERSIH adalah satu event yg ada tujuan dia....apa yg orang nak cuma nk capai objektif bersih..bukan nk sokong ambiga laknat..tgk ambiga tu sokong seksualiti bebas, ramai mana yg bangkang??...dari mana dtg kebodohan nyata sesetengah org yg kata sokong BERSIH sama la sokong ambiga.....untuk perbandingan, beli seluar jens LEVI's (contoh), or beli brg2 lain yg dikelurkan oleh US dan Israel sama la macam sokong Yahudi dan amerika yg membunuh saudara2 islam di serata dunia??...tgk creta kt wayang sama la mcm sokong US??....dan satu lg, hisap rokok maksudkan mmg sgt menyokong la yahudi kan??....bullshit.....

di mana2 saja perlu ada pembangkang....xkisah la pembangkang itu baik, atau jahat, atau bodoh sekalipun.....tp pembangkang perlu ada...untuk menstabilkan dan mengurangkan tekanan terhadap rakyat....kalau kita asyik bergantung pada satu pihak saja, byk perkara tidak sihat akan berlaku...pembangkang dan pemimpin adalah manusia..masing2 punya kelemahan dan kebaikan...kita sebagai pemilih boleh pikir mana baik mana buruk...terlibat dgn politik tak salah, sedangkan agama pun xmenghalang kita berpolitik...tp xpayah la nk fanatik sgt hingga hilang budi pekerti dan kasih sayang..""

another one from wardina safiyyah..her opinion quite short but she is a good thinker for me..

""Everyone has their views on #bersih. Oppose, support, or simply don't care. Let's just respect that.""

ok..mcm panjang je entry ni..apa yang aku nk sampaikan xde sangat la..berfikirlah. tu baru sikit yg aku dapat dari kengkawan jugak. renung2kan...selamat petang semua