March 27, 2009

We share together because we care each other






Sangat seronok bila bertemu kembali dengan kawan- kawan yang sekepala dengan aku ni. Bila dah semakin dewasa, kadang- kadang perangai kebudak- budakkan menyerlah bila bersama dengan kawan- kawan masa sama- sama membesar dan belajar mengenali dunia. Bagi aku, kemanisan berkawan dengan kawan- kawan aku ni memang tak boleh di cari ganti. Dengan diorang, aku kembali menjadi budak syed Hassan. Hahahaha….betapa besarnye impak berkawan ni. Actually kisahnye aku ni, semalam aku dengan dua orang kawan aku plan nak jumpa dengan cikgu sekolah kitorang dulu. Ada 5 orang cikgu la sumenye, tapi yang ktorang rapat dengan 2 orang je, cikgu nasir and ustaz nasa. Tapi dgn cikgu nasir kamching la. Hehehe…agak ler. So, firdaus la kepala rombongan kitorang. Biase ler, dia dari dulu lg kepala kepada segala kepala yang ada.. hahahah….dia datang amik aku around 830pm. Itu pun lepas beberapa kali dia cakap “aku dah nak sampai dah”..biase ler kan…so, wana pun dah dengan dia sebelum datang tempat aku lagi. Erm….lepas amik aku, ktorang terus ke Banda Hilir sebab geng rombongan cikgu M nasir ni checked in kat hotel area sana. Mula- mula agak konfius juga nak mencari hotel ni. Akhirnya jumpa juga hotel ni yg terselit di celah- celah bangunan yang ada. Ok la tempat diorg stay tu. Janji boleh tidoq. Hehehe….sesampai kat sana, cikgu n the geng dah tak de. Diorang g cari dinner. Kesian adik2 ku tak dinner lagi. Tak pe la dik. Akak pun sama. Heheheh….but, fortunately our ustaz nasa ada kat situ tengah tunggu kawan dia fetch dia utk dinner sesama. Dia yang bgtau ktorang mana pergi cikgu m nasir n the geng ni. Tak pelah. Ktorang pun mula la sesi jejak kasih ni. Pusing satu dataran pahlawan baru la jumpa diorang ni yang rupanya menunggu di depan entrance. Hahaha…padan muka ktorang pusing jauh2. Kalau ikut short cut tadi memang dah jumpa dah. Hahahah.. sebenarnya aku yg ajak pusing kot dalam. Nak window shopping. Hahahaha…. Bila dah jumpa, kitorang g cari makan la. Apa lagi.hehehe…dari food court MP tak de juga tempat makan. Finally kedai mamak jua la yg kitorang singgah. Ok la tu. Hehehe…selesai makan bawa budak2 ni balik hotel diorang. Aku, firdaus dengan wana mmg dah ada plan baik pnya sebab nak balik dah lambat. Al maklumlah, pintu hostel tutp kul 11. Time tu dah 12++..heheheh…so bermula la tanduk tumbuh sikit2 atas kepala ni. Heheheh…bermula dari kedai mamak (mamak lagi) ayoob kat Melaka raya. Duk kat situ sambil pekena roti canai, magi goreng. Sedap tu time ujan2 mcm tu. Ada la 2 jam gak duk melepak tang tu. Mcm2 isu didebatkan. Biasala, aku ex debater sekolah, firdaus pun bekas pendebat sekolah. Apa lg. wana join sekaki la. Hahaha…around 2am, pilih next stop plak. Cewah…minyak kereta mmg jimat. Kitorang ke ayer keroh utk singgah duduk2 kat mc d. hahahha…sangat malang sebab mc d tutup hati tu kul 2pg sbb proses penyelenggaraan. Xpelah. Janji dapat duduk2 pun ok la. Sejam juga kat sana. Sampai 3am. Sama gak la. Perangai budak2 masa syed Hassan dulu keluar balik. X kire orang kiri kanan depan belakang. Sembang pasal dunia sekolah, bincang nak tubuhkan society ex smksh, citer pasal junior, pasal masa depan. Ehmmmmm ada je topic ktorg bila dh jumpa. Ini la yg aku namakan kemanisan. We share together because we care each other. Agak2 mcm bro mc d tu pandang semacam je. Kitorang pun angkat kaki. Next stop, patah balik ke dataran. Cari mc d sana untuk duduk2 je. Sambil2 tu pekena French fries je. Dengan hot coffe..sekal- sekala.hai….bila nak boycott 100% ni x tau la. Sampai 6 pagi gak ktorang kat sana. Bayangkan tetiba cikgu nasir datang.hahaha..tak ke haru jadinye sbb mula2 bgtau nak balik dah. Tapi tak balik pun hostel..apa la student dia ni kan..tapi itu la kami. Sanggup x tdo sbb bny story nak share. Erm…bila dah penat sangat, balik juga la. Kirenye, aku sampai hostel dalam 630am. Amatlah penat tapi bertahan juga sbb kelas kul 9pg. kalau aku tdo, mmg x bngun ke kels la jawabnye.heheheh….it was a lovely night yesterday. Memang sangat seronok. I just can’t imagine kalau semua kami ada last night. Boleh havoc Melaka ni kami kerjakan. Huahuahuahuah…..kalau kami ber-3 pun dah happening kat every perhentian kami stop, inikan pula segerabak lagi member2 kami yang lain. So, for u firdaus, please consider my idea. Documentarikan kisah kiter. hehehehe..anyway..congratulation for ur achievement in FESTIVAL FILEM PELAJAR MALAYSIA for PENYELIDIKAN DOKUMENTARI TERBAIK and ANUGERAH KHAS JURI....

March 16, 2009

SAYA MARAH NI...

saya memang marah btol....sume saya dah try. tapi x jalan gak..apa ni..ada yg sabotaj saya ke. apa salah saya. saya tak kacau dia pun...marah betul saya sekarang.bukan sekarang je.dah banyk hari saya marah..kenapa buat saya macam ni. apa dosa saya kat awak. selama ni awak layan saya baik je. kenapa sekarang awak layan saya macam ni. tak adil la bila awak layan orang lain lebih baik dari awak layan saya. kita bersama dah lama. sejak saya baru mengenali awak. awak tau tak, esok saya ada presentation, saya nak story tentang awak.saya anggap awak peneman saya yang paling utama. how could u do this to me. why..... wahai blog ku sayang...tolong la 'post'kan semua entry yg saya tulis. kenapa stuck half way ni. x best ar mcm ni. kawan2 saya sume nak tau perkembangan terbaru saye...heheheh.....

March 10, 2009

PERASAAN MARAH TAK TERTAHAN

bila marah menguasai diri....

aku memang dah terlalu banyak bersabar. kalau disimpan lagi, aku takut benda lain yang jadi. why i have to be here. very close to those who always make me upset. wei...jangan bagi aku cakap benda yang tak sepatutnya aku cakap. jgn bagi aku naik antu..don't let me use harsh words. once aku dah tak tahan, ko nikmatilah baik2 bicara aku time tu. tak guna sesen dah. bukan bagus sangat pun ko tu..i hate when every time ur mouth speaking.

sedar tak selama ni ko tu aku x suka sangat. bawa2 la tengok sekeliling sama. bukan semua benda kita buat org boleh accept. hidup kat dunia ni bukan nak hidup utk sorang. kalau untuk sorang, tuhan memang tak jadikan makhluk lain untuk teman ko kat dunia ni.

ampun dan maap kepada pembaca entry aku kali ni. marah aku kat dia dh sampai climax. tunggu masa je nak buat conclusion. harap2 tuhan maafkan aku. sometimes i need someone to share with me. unfortunately, there's no one i can stand with. the only way i have is here. u read and u judge. for god sake, i never thought that i will write this way. for me, this is too much and beyond my expectation!!!

p/s : plz do ur solat taubat after reading my entry..so sorry..(ami..kiter pinjam tagline ni yee)

March 6, 2009

kering kontang

i want to post a new entry but i have nothing inside.what should i write. why i am so blur tonight. is it because im home or because my stomach keep asking me to add something. i am so kering kontang right now..any idea????....please let me know ok!

March 3, 2009

al-kisah kem jati diri

syukur alhamdulillah...kali ni program yang selama ni diidam- idamkan akhirnya berjaya dijalankan juga. so, on 27 feb till 1 march, SME anjurkan kem jati diri siri 1 2009 kat kem nur lembah pangsung, ulu langat selangor. selama ni, SME belum pernah organise such this program. so, after few years, SME skali lagi anjurkan kem macam ni. nak tak nak, dari 120 orang terpaksa kitorang reduce-kan kepada 70 orang peserta. whatever it is, this was a lovely camp i ever attend. salah satu sebabnye aku pun join venture menjayakan program ni walaupun aku sekadar ikan bilis je. uhuk uhuk....

1st day..masa baru sampai, biasala aktiviti kitorang. brainwash...ice breaking... and also divide group utk slot2 seterusnya. so, aku punya group diberi nama ikan haruan. tag line ktorang sempoy beb..."go go haruan...wuuuusshhh...ok la tu"...hahahha..tu tak tengok lagi cheers ktorang. lagi best. xde apa sangat 1st day. banyak indoor je. yg best cket.just follow my story for da next day....

2nd day..masuk hutan la..jungle tracking. ponat eden. kalau x penat x tau la. seronok memang seronok. pertama kali kakiku kena pacat...yakkks...berparut kaki aku. kena pacat banyak gak. nasib baik parutnye satu je..then, balik jungle tracking, ada obstacle...memang sengal la. lapan halangan. sengal satu badan aku ni..merangkak,panjat sana sini, dah kembali zaman kanak2 aku dlu plak.abis obstacle ada lake crossing. lagi sekali aktiviti yang menyakitkan ati aku...sengaja je derang aim aku. dah brapa litre air tasik tu masuk perut aku ni. tragedi tenggelam menenggelam ni mmg aku takkan lupa. SIOOOOOT. *&^%$%^^^#$#.....huh...tu kan aku dah mencar....

3rd day...flying fox plak..100m aku bergayut kat atas sana..erm...nasib baik aku ni xde simpton gayat ke hape...klu x..mau nye aku basah kat atas tu.heheheheh....abis tu ktorang prepare nak balik..ye yey eyeyy..berakhir sudah penyiksaan!!!!








February 26, 2009

majulah sukan untuk hidup yg sehat

penat gilerz aku rini. tak tau la mcm mn hari ni tetiba boleh terasa nak bersukan plak.mula2 tu si asiong yg ajak main tenis. konon nak training la coz next week dh start tournament. sekali hujan turun. dah la time tu aku dgn member aku dah on the way ke komplek sukan. and asiong, lim dgn yong siang dah tunggu ktorang kat komplek sukan. nak tak nak kena la g juga. then, sampai sana je lim bgtau jom join budak2 chinese yg lain main table tennis. so join la. alang2 dah sampai komplek sukan, main je la apa yg ada. cam best plak. first time aku dgn member aku bersukan after lecture hour. sebelum ni, sampai rumah je trus terbongkang. hari ni dalam sejarah la. memang amat berpeluh aku hari ni. dah tak fikir berapa kilo badan ni nak turun. yg penting enjoy beb. dapat juga aku lepas gian main basketball.hehehhe. setelah sekian lama aku tinggalkan matrik, ni la kali pertama aku main balik basketball. dapat juga aku shoot lebih 30 biji. main gitu2 je. xdelah main ala2 nba. hehehehe...rehat dari main basketball, main badminton plk. aku salute member aku. non stop dia main. puas main badminton dgn basketball, aku try main table tennis plak. for the first time aku main ni. so best gak la. tapi agak susah nak control bola. biasala kalau dah tak pernah main. melantun lantun bola tu. aku main dah macam main badminton je. hehehehe...so aku sarankan kepada semua orang. pegi la main apa2 petang2. otak boleh jadi sihat. aku memang nampak perbezaan bila aku bersukan dengan tak bersukan. masa sekolah dgn matrik dulu, so far aku boleh ikut pelajaran yg lecturer or cikgu2 aku ajar. bila masuk u agak lembab cket nak pick up. sebabnya masa sekolah and matrik dlu, aku selalu bersukan. kat u dah tak bersukan. bila tak bersukan, otak pun jadi lembab. erm...banyak sebenarnya kelebihan bersukan ni selain menyihatkan badan. bagi yang saiz badannye xxxL tu, boleh jadi xL ke L ke.hehehehe.....yg kurus mcam aku ni bukan dari S ke XS tapi otak akan cerdas. hehehe....so bebanyaklah bersukan lepas ni...

February 25, 2009

tag by my sis

1. Nama - AFIQAH
2. Satu perkataan yg mempunyai 4 huruf - AMIN
3. Nama budak lelaki - ARIF
4. Nama budak perempuan - AMIRAH
5. Perkerjaan - ASSISTANT
6. Color - ADEKE???
7. Saya tgh pakai - ANTING2
8. Makanan - ASPARAGUS
9. Something found in the bathroom - TAK JUMPA APA2 PUN
10.Tempat - AFGHANISTAN
11. A reason for being late - ASLEEP
12. Something you'd shout - AMBOIIIII
13. Tajuk movie - A STRANGERS
14. Minuman - AIR ASAM
15. Name group music - ALL STARS (ADE KE)
16. Haiwan : ARNAB
17. Nama jalan - AU 3
18. Jenis kereta - ASCENT (HYUNDAI PNYA)
19. Tajuk lagu - A GIRL LIKE ME (RIHANNA)
next i want to tag..
1) kian siong
2) brother naim