April 20, 2009

p pd

sape kata g buat keje x leh nak holiday...aku boleh je..hehehhe...dua hari berturut- turut aku and team cari sponsor kat pd kat org yg murah hati nak bagi..dua hari berulang alik..rugi kalau tak curi sikit masa utk cuci mata sambil relax2..pd-kan terkenal dgn laut yg very calm and relaxing...


kat pantai...


aku dah teruja sesampai je kat teluk kemang on the first day..nak je ajak team aku lepak mandi manda sat..mengenangkan kerja ktorang come first, kena- la batalkan niat tu...nasib sangat berpihak pada aku..sesi discussion buat kat tepi pantai je...wargh....very calm duk kat atas kerusi kayu--walaupun kerusi tu x best sebenarnya--


1st day xleh lama2. terus balik melaka. second day, team dah x ramai. tinggal kitorang bertiga.selesai jumpa seseorang, aku ajak team aku pekena jagung yg ada. part ni yg best..ada yg mengajak duk santai2 kat pantai..pucuk dicita ulam mendatang..trus hidup aku..aku ingtkan mula2 trus nak balik. x berani la nak ajak. takut sampai melaka lambat. bukan aku plak tu yg drive. kalau aku lain ler citer..


sambil2 pekena jagung...jalan2 kat atas pasir laut..very calm u know..ada plak aksi anak sape ntah kat laut ni main aci kejar sambil baling2 pasir.seronok jadi budak2.apa diorg peduli. janji enjoy..sempat gak aku snapi- snapo gambar diorg.hehehe...mintak2 mak bapak diorg x perasan aku amik gmbar diorg ni.heheheh...


dah tengok langit macam nak ujan, kitorang pun start gerak..xelok duk lama2 kat situ..kena plak bukan tempat kiter. xnak tunjuk berani..xsempat tengok sun set pun xpe..balik nnt aku tengok puas2..hahahah....


sampai melaka at 5.30pm..kire ok la tu. hopefully lepas ni ktorg dapat la feed back dari mereka2 yg ktorang jumpa kat PD tu...amiiiiiin


-kanak2 ribena yg happy2 je-


-bukti g mintak sponsor kat pd-blh pakai ke


April 8, 2009

sponsor oh sponsor

bukan senang nak jalankan program ni...aku sendiri sebenarnya baru nak berjinak- jinak dalam pengurusan program ni. baru- baru ni society ktorang nak adakan program anak angkat yg bakal berlangsung di terengganu. so far mendapat sambutan dari pelajar fakul aku. alhamdulillah. sekurang- kurangnya apa yg aku takutkan selama ni dah lepas..sekarang yg menjadi nightmare pada aku macam mn nak dapatkan penajaan coz fakulti aku tak dapat nak sediakan peruntukkan utk program kali ni. mencari penajaan satu perkara baru bagi aku. aku belum ada experience dalam hal ni. so far dengar2 dari orang macam senang, u just ask nthen if u have luck, u will get the sponsor. seems like easy man.. but the reality is, it is not that easy. we need to move and keep asking for that. alhamdulillah aku dapat society members yg boleh sama2 bergerak utk menjayakannya. kalau tanpa diorang pun x tentu boleh jalan sampai sekarang. however, buat masa sekarang belum berjaya kumpul lagi. hopefully another 3 -4 days ada yg dah sudi bagi penajaan untuk kami. kejayaan program kali ni insyaAllah dapat mengembalikan imej SME yg agak kusam sejak kebelakangan ni. minta Allah mempermudahkan kerja kita kali ni.....

April 5, 2009

the best song ever...

tiba- tiba hari ni terasa nak dengar lagu ala2 country rock plak..so searching here n there, jumpa la satu music band ni.RASCAL FLATTS...dah agak lama tak dengar lagu diorg. hari ni tetiba nak dengar. so search la lagu diorg yg best2..antaranye..SARA BETH...lagu ni sangat S-H-A-H-D-U..kesian kat sara beth ni...


RASCAL FLATTS ni band dari america yg menyanyikan lagu country rock..lagu lama they all yg beszzz2 mcm These Days, I melt. HERE COMES GOODBYE pun bezz. klu surf kat tenet, kebanyakkan lagu diorg sume high rating..mmg x sangkal la lagu2 mereke ni syiok...heheheh...


antara part best lagu these days ni macam ::



I wake up and teardrops that fall down like rain,

I put on that old song we danced and to and then,

I headoff into my job, guess not much has changed...



lagu ni macam jiwang gak ar tp disebabkan diorg pandai nyanyi, dapat la diorg beli jiwa aku yg x berapa nak jiwang dengar lagu mcm ni..hehehhe...



lagu shahdu+ leleh je mcm sara beth plak...



sara beth is scared to death,

cause the doctor just told her the news,

between the red cells and whites, somethings not right,

but we're gonna take care of you....



kesian kat sara beth yg sedang bertarung utk hidup. i think dia ada leukemia coz ada part lirik lagu tu kata::



cause this morning where his hair had been,

softly she touches just skin....



actually banyak lagi lagu beszz diorg. takkan aku nak tulis sume kat sini. dengar sendiri la kan. aku pun tengok lirik gak nak melalak lagu ni..wakakaa....so layanz k...

::(mula2 nak upload music video derang tp mls nak tunggu..search kat you tube je la yer...)

March 31, 2009

Quiz of the day...

so....that's the result...actually I'm not that desperate to have love. i already have 1. hehehe...as I said in my previous post, this is just for fun. i need something to cheer up my messy life. just like insulin in human body laaa...so..layanzzzzz....next quiz will be tomorrow...


You're a little bit of everything about college -- sometimes you obsess about a class project, and sometimes all you want to do is let loose. Sometimes you reach out to people who need your help, and sometimes you shut everyone out, because you've been hurt before and it's hard for you to trust people. Yeah, you're a little all-over-the-place. But all your life experience allows you to connect with all sorts of people, so you have a fascinating mix of friends.

p/s :: yeah....i think the second quiz is quite close to me

March 30, 2009

quizmania

hulla....these past few days, i got one new habit. i love doing quizzes. just log on to any quiz website and by a nick of time i finished one quiz. actually, it is more to personality quiz. but for sure, i didn't 100% put a trust on it. it just for fun. for today, i just done my "what is your style" quiz..hahaha....unbelievable la..the result came out and ........ i am "emo or punk" . oh no..what the *&^%$$% ....67...it described there guys with eyeliner are very cool and hotttttt!...well, sometimes it's true....hahahaha...actually, i don't know where's from the earth they cool and hot...hahahaha...
there are so many kinda quiz. u can test your personality, your mood for that day, your feeling towards a guy you like(but not me la)...and many more...just pick one ad finish it....u will get your result after u complete all questions..erm...for me, it's quite interesting...i'm addicted to it now....

March 27, 2009

PERKARA TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1)NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2)KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3)KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . (Perhatian, sesetengah model NOKIA sahaja)

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri..Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

We share together because we care each other






Sangat seronok bila bertemu kembali dengan kawan- kawan yang sekepala dengan aku ni. Bila dah semakin dewasa, kadang- kadang perangai kebudak- budakkan menyerlah bila bersama dengan kawan- kawan masa sama- sama membesar dan belajar mengenali dunia. Bagi aku, kemanisan berkawan dengan kawan- kawan aku ni memang tak boleh di cari ganti. Dengan diorang, aku kembali menjadi budak syed Hassan. Hahahaha….betapa besarnye impak berkawan ni. Actually kisahnye aku ni, semalam aku dengan dua orang kawan aku plan nak jumpa dengan cikgu sekolah kitorang dulu. Ada 5 orang cikgu la sumenye, tapi yang ktorang rapat dengan 2 orang je, cikgu nasir and ustaz nasa. Tapi dgn cikgu nasir kamching la. Hehehe…agak ler. So, firdaus la kepala rombongan kitorang. Biase ler, dia dari dulu lg kepala kepada segala kepala yang ada.. hahahah….dia datang amik aku around 830pm. Itu pun lepas beberapa kali dia cakap “aku dah nak sampai dah”..biase ler kan…so, wana pun dah dengan dia sebelum datang tempat aku lagi. Erm….lepas amik aku, ktorang terus ke Banda Hilir sebab geng rombongan cikgu M nasir ni checked in kat hotel area sana. Mula- mula agak konfius juga nak mencari hotel ni. Akhirnya jumpa juga hotel ni yg terselit di celah- celah bangunan yang ada. Ok la tempat diorg stay tu. Janji boleh tidoq. Hehehe….sesampai kat sana, cikgu n the geng dah tak de. Diorang g cari dinner. Kesian adik2 ku tak dinner lagi. Tak pe la dik. Akak pun sama. Heheheh….but, fortunately our ustaz nasa ada kat situ tengah tunggu kawan dia fetch dia utk dinner sesama. Dia yang bgtau ktorang mana pergi cikgu m nasir n the geng ni. Tak pelah. Ktorang pun mula la sesi jejak kasih ni. Pusing satu dataran pahlawan baru la jumpa diorang ni yang rupanya menunggu di depan entrance. Hahaha…padan muka ktorang pusing jauh2. Kalau ikut short cut tadi memang dah jumpa dah. Hahahah.. sebenarnya aku yg ajak pusing kot dalam. Nak window shopping. Hahahaha…. Bila dah jumpa, kitorang g cari makan la. Apa lagi.hehehe…dari food court MP tak de juga tempat makan. Finally kedai mamak jua la yg kitorang singgah. Ok la tu. Hehehe…selesai makan bawa budak2 ni balik hotel diorang. Aku, firdaus dengan wana mmg dah ada plan baik pnya sebab nak balik dah lambat. Al maklumlah, pintu hostel tutp kul 11. Time tu dah 12++..heheheh…so bermula la tanduk tumbuh sikit2 atas kepala ni. Heheheh…bermula dari kedai mamak (mamak lagi) ayoob kat Melaka raya. Duk kat situ sambil pekena roti canai, magi goreng. Sedap tu time ujan2 mcm tu. Ada la 2 jam gak duk melepak tang tu. Mcm2 isu didebatkan. Biasala, aku ex debater sekolah, firdaus pun bekas pendebat sekolah. Apa lg. wana join sekaki la. Hahaha…around 2am, pilih next stop plak. Cewah…minyak kereta mmg jimat. Kitorang ke ayer keroh utk singgah duduk2 kat mc d. hahahha…sangat malang sebab mc d tutup hati tu kul 2pg sbb proses penyelenggaraan. Xpelah. Janji dapat duduk2 pun ok la. Sejam juga kat sana. Sampai 3am. Sama gak la. Perangai budak2 masa syed Hassan dulu keluar balik. X kire orang kiri kanan depan belakang. Sembang pasal dunia sekolah, bincang nak tubuhkan society ex smksh, citer pasal junior, pasal masa depan. Ehmmmmm ada je topic ktorg bila dh jumpa. Ini la yg aku namakan kemanisan. We share together because we care each other. Agak2 mcm bro mc d tu pandang semacam je. Kitorang pun angkat kaki. Next stop, patah balik ke dataran. Cari mc d sana untuk duduk2 je. Sambil2 tu pekena French fries je. Dengan hot coffe..sekal- sekala.hai….bila nak boycott 100% ni x tau la. Sampai 6 pagi gak ktorang kat sana. Bayangkan tetiba cikgu nasir datang.hahaha..tak ke haru jadinye sbb mula2 bgtau nak balik dah. Tapi tak balik pun hostel..apa la student dia ni kan..tapi itu la kami. Sanggup x tdo sbb bny story nak share. Erm…bila dah penat sangat, balik juga la. Kirenye, aku sampai hostel dalam 630am. Amatlah penat tapi bertahan juga sbb kelas kul 9pg. kalau aku tdo, mmg x bngun ke kels la jawabnye.heheheh….it was a lovely night yesterday. Memang sangat seronok. I just can’t imagine kalau semua kami ada last night. Boleh havoc Melaka ni kami kerjakan. Huahuahuahuah…..kalau kami ber-3 pun dah happening kat every perhentian kami stop, inikan pula segerabak lagi member2 kami yang lain. So, for u firdaus, please consider my idea. Documentarikan kisah kiter. hehehehe..anyway..congratulation for ur achievement in FESTIVAL FILEM PELAJAR MALAYSIA for PENYELIDIKAN DOKUMENTARI TERBAIK and ANUGERAH KHAS JURI....