February 25, 2011

::i love you::

salam and greetings to all...

**1st-ly, tajuk tak kene mengene dgn isi...--->bahana xde idea

ok..seems that 4 hari aku tak menghapdet blog aku ni. aku dapati beberapa sebab yg sangat tak mampu nak dielakkan. antaranye:

:: malaz..---->ni mmg penyakit sepanjang zaman.
:: takde idea ---->bila malas idea pun malas nak tersembul kluaq
:: letih ----> dah cakapkan. aku sekarang asyik kuaq masuk lab je wat psm
:: sibuk @ bz ----> asyik jadi penunggu lab je. maunye tak bz. sbb tu ak tak sempat nak cari boifren..wakakakaka........

so, kala nak cantumkan semua tu jadi camni:

sibuk@bz ---> letih --->malas ---> takde idea ---> blog tak berisi....

camtu la kronologi aku. bila sibuk, aku jadi sangat letih then rasa malas nak update pastu mula la idea kering kontang last skali blog pun xde isi...

ape bende aku duk ngarut ni. ulang benda yg sama 2 3 kali. ni la bila takde nk tulis. saja nak bg entry kali ni nampak panjang..muahahahahahahahaaaaaa

hokeh...tu je..sekian

February 22, 2011

::ada iras2 aku tak::




>> potret dilukis oleh pelukis tak professional.
>> masa diambil utk menyiapkan potret ini selama 2 jam (tak sampai rasanye).


~ini bukan fotofit seorang penjenayah..walaupun saya sebenarnye sedang melakukan jenayah. jenayah mencuri. mencuri sekeping hati seseorang. sabit kesalahan dihukum penjara seumur hidup..hehehehe....gatai hang pikaaaah....~

February 21, 2011

::i need bibik::

salam and greetings to all..

dengan ini saya membuka peluang utk penganggur2 tegar di luar sana. kepada yg belum mempunyai perkerjaan, siape nak jadi bibik kepada saya.....--->jawapannye, memang la tak de sape yg nak. lagi mau tanya..

minggu ini and minggu- minggu yang akan datang ialah minggu yg penuh kepenatan dan kemalasan utk aku. baru nak feel penat kluaq masuk lab. hambek kau. sebelum ni g lab pun malas. sekarang ko nak muntah hijau+biru+fenk tengok lab selalu. apa nak buat.

kepenatan aku duk ulang alik kuar masuk lab hari ni to the max la. 21 february 2011 dalan sejarah la. for the first time aku tak masuk kelas en syafiq. keh keh keh. rushing hokeh. start 9pg aku dah terkejar2 ke lab guna rotary mill sampai 11pg. tu pun coz kul 11 ada kelas prof mad dan. attend la jugak klas dia. kalau tak kang dia tu nampak je kelopak2 bunga ni tak de dalam kelas. well, kami kan bunga yang sedang kembang mekar. don't blame us. kul 1 tghri kelas dia dismissed. g makan, solat and rehat2 jap kat surau. kul 2 sambung balik wat lab. sampai kul 4 masuk lab prof maddan balik. terkejar2 aku harini dari FKP ke FTMK. mujoq blok dekat2. kalau FKP dgn FKEKK memang aku suh kim salam je kat prof tu. baik aku duk lab diam2 wat project sampai kematu bontot.

ni malas and penat pny citer. kain baju aku basuh hari sabtu sampai ke saat aku tulis entry ni, tak berlipat lagi. punya la lazy tahap cipan mengerang sakit nak beranak. hurmm...cam tau2 je cipan beranak camne kan. hehehe. sib baik aku ada roomate yg prihatin. dia tolong gak asingkan hanger dari baju2 aku. ok la tu kan.

---> see the pemalas. cuba cari laptop aku bertimbun kat bawah kepulauan baju ni..
---> then nampak tak imej putih yg tengah sujud tu. that's my roomate tgh solat.




...sila abaikan keadaan yg tunggang langgang itu..and tolong rahsiakan dari pengetahuan bakal mak mertua i hokeh :P

February 19, 2011

::pilihanraya dah dekat::

salam and greetings to all...

sekarang sume sibuk nak berkempen. ada gak blogger yg still student (mcm aku) citer kempen kat kampus diorang. okeh. ni bukan kempen mengundi utk pilihanraya kawasan mana2. aku tak sure la sebab dah lama tak tengok berita. kalau ada wakil rakyat yang meninggal or letak jawatan, den tak tahu..yang den tau, ni kempen pilihanraya utk JPP or MPP universiti masing2. kalau kat facebook aku pun penuh je notification dgn aktiviti jual diri calon2 MPP ni. masa ni sume janji yg manis2. kau nak ktorang kne potong kaki ke bagi yang manis2. alkisah aku tengah tunggu pakcik bas yg nak angkut aku balik rumah dari fac. datang sorang calon dr fac aku. dia edarkan brochure utk melariskan undian dia. aku baca la manifesto dia. yg best dia akan mempercepatkan pembinaan perhentian bas di fakulti. hello der, yang kau edarkan brochure kat ktorang td, ktorang tengah tunggu kat mana. jamban ke. FKP dah ada 2 tempat tunggu bus la. apa kau nampak cam istana hinggap ktorang ke.n then kat kampus pun dan penuh dengan poster2 calon MPP ni. ada yang hensem2, comel2 and tak lupa juga muka2 yg separuh siap ---> keji kan aku. muahahaha....tak cukup siang jual diri kat kampus, malam plak diorang wat keje ni. disebabkan aku tinggal kat kawasan asrama student, dapat la peluang dengar cket2 cmne diorang promosikan barang jualan diorang. contohnye..

"saya calon bernombor F0** bla bla bla...ingat nombor saya..F0**..ingat betul2 F0**..." ok fine. kami tak pekak. kau cakap sekali sudah la.

calon seterusnye style...

"saya F0**, ape nombor saya..(audience pun ulang no calon)...ape nombor saya (audience ulang no calon)..." penat aku dengar audience ni duk mengulang nombor dia. kalau tak ingat gak aku tak tau la..

tu baru sorang dua. calon ada berapa -->aku tak tau. nak kena ulang banyak2 kali. mau confuse pengundi. time mengundi nanti kalau salah pangkah jangan nak marah.

hopefully tak de jadi chaos mcm kat certain U kat malaysia ni. sampai ada yg berusuhan. macam kat thailand dah. kalau dah kalah tu, terima la kenyataan. mungkin waktu jual diri tu, apa yg kau offer tu tak cukup memuaskan hati pengundi. well, that's life bebeh. macam kau tak pernah tengok kerajaan lawan pembangkang camne time pilihanraya betol2. hopefully tak nak jadi camni...

"Students turn violent, smashing a door at Varsiti Perdana Siswa Complex after the students were prevented from meeting with Prof Dr Rohana Yusof, UM Deputy of Vice Cancellor by the security personnel."...apa ni...memalukan nama U je. dah la antara U yg ada reputasi yang baik kat Malaysia ni.

utk bakal2 pengundi kat luar sna, tamo nakal2, tamo gadoh2...mengundi dengan bijaksana k. kalau manifasto setakat nak bina itu ini, nak dapatkan peruntukan itu ini, hurm...pikir2 laaa...

--->statement aku yg last skali tu, ada yg nak marah tak..wakakaka......

February 18, 2011

::it's weekend again::

salam and greetings to all...

macam weekend2 yg selalunye, minggu ni, aku tak de nak balik ke istana hinggap aku. rasa mcm malas la plak nak ke sana. bila tringat tragedi memori daun pisang jadi penunggu kat alamanda tu, terus macam ehmmmmm.....malas la nak balik..hehehe...so, rite now, aku dengan my room mate je yg tinggal. yang lain yilleekk. awal2 lagi dah cabut lari. sesungguhnye, bila berdua tinggal kat rumah ni, terasa cam hell sungguh. bosan tak tau nak kata tahap petala ke brapa dah. hang tengok muka aku, aku tengok muka hang. tinggal tak belaga kepala je kami dua. and, kemungkinan, my room mate akan ke shah alam pagi ni. mungkin la. by then tinggal la aku sorang seperti selalunye. actually, aku ada list beberapa aktiviti yg ideal utk aku buat macam :

a) buat assignment DCS, RP,dgn CADCAM. macam banyak je kan. tapi siap tak tentu bila. hehehe..

b) kuar berjalan sorang2 seperti yg selalu aku buat. naik bus. cam biasa la kan. aku kan lone ranger time weekend camni.matlamat nak dhopping kot ---> boleh nak kot kot plak..

c) CATIA dah siap di-install-kan. so nak improve skill la cket. khamis ni ada lab test. kalau dah mantap cam org lain xpe gak kan. ni terkedek kedek cam anak itik baru boleh bjalan.

d) kemas tempat buku. dah bercampur aduk dengan roomate punya. tak tau dah mana satu aku punya mana satu dia punya. time nak guna duk main sambar je orang lain punya. tu org punya la cik pqah woooiiii....

e) study PPC. test 1 macam full mark je kau kaut. sedar2 la diri tu cket cik pqah woooii. exercise dalam kelas pun kau jeling jawapan kawan kiri kanan depan belakang je. bila nak taubat ni. study laaaa!!!

ok. banyak la kan aktiviti tu. hehehe..lupa nak listkan satu je lagi. tengok citer hindustan. hahaha..cam best plak tengok promo dia kat tv.

February 17, 2011

SAYA BLOGGER PERLIS


1~ siapa nama anda..
mera nam afiqah. nama manje pqah...


2~ sudah berapa lamakah anda terjebak dalam dunia blog..
lama x lama since 2008. almost 3 years gak. blh tahan...



3~ anda tinggal di daerah mana dan dimana anda sekarang?
still belajar kat negeri hang tuah. currently at ayer keroh, melaka..




4~dimana tempat istimewa di daerah anda?
semestinye KUALA PERLIS. tempat saya dibesarkan. nak makan sedap sila la ke kuala perlis...




5~ harapan anda dalam dunia blog?
haahahaha...just wanna share with others je. sharing is caring kan....

February 15, 2011

::ayaq nyoq::

salam and greetings to all..

akhirnya tercapai jugak cita2 nak merasa kesedapan coconut shake yg org kata shedap shangat tue. tempat ni memang famous sangat2. at first masa org sibuk2 ckp pasal tempat ni, aku ingatkan restoran gah giler ar. tapi sebetulnye, kedai warung biase je bro..pakai atap tutup guna plastik je. pakai payung walls jer. and tepi jalan je pun. bukan la tempat yg berhawa dingin a.k.a air-conditioning pny tempat. tapi tak kesah bro. wa layan jer warung2 ni. lagi best per dari restoran 1st class itew. sesampainye rombongan kak gayah ni, serbuan di adakan besar besaran la. takut tak dapat meja. dari jauh dah nampak kereta parking kat tepi2 jalan. macam harus je nak ada meja kosong. tp alhamdulillah, ADA. hoyeehhh..rasa cam nak lompat tinggi2 sambil jerit...YYEEEEEAAAAA....!!!! almaklumlah, pernah masuk sokabar. mesti penuh pny. lepas ni warung ayaq nyok kena letak nombor giliran la. sabar betul manusia2 yg beratur nak bungkus ayaq nyoq ni. panjang camne pun diorg sanggup tunggu asalkan dapat beli. kalau aku la...ehmmmm pikir 4 5 kali la beb. hahaha..kami order 4 gelas coconut shake special. sambil2 tunggu air sampai, pekena nasi lemak sebungkoih dulu. boleh tahan gak sedapnye tp kecik je sebungkus tu. utk lapik perut boleh la.

---> see my coconut shake...rasanye yummeh..memang sedap la. kategori A+ punye air. rasa macam ni boleh nak promote kat parents aku sebab kalau tak sedap nanti aku gak yg kena kutuk balik. hehehe. lepas ni datang lagi. ni aku dah minum quarter glass. ada topping aiskrim kat atas dia. segelas ni harganye RM2.50..huhuhu..amacam akak promote. boleh jadi pengacara "jalan2 cari makan" x.


---> lihat la manusia2 kat belakang aku tu. ramai giler kan. kalau gambar ni boleh di putar, sebelah kiri tu ada beberapa lagi meja yang sarat dengan pelanggan.muka masing2 hadap coconut shake ni macam dapat makan cempedak goreng panas jew..heheehe..yummeh seh air ni.



---> sila abaikan bungkusan nasi lemak yg bertaburan atas meja ni. tak senonoh btol. tapi sebenarnye kami tak bleh blah betol dgn mangkok hayun belakang aku tu. sesedap rasa dia nk hembus asap rokok kat muka org. kalau nak mati awal, kau tak yah la ajak ktorg join venture. agak2 la bro. sebatang kau dah hisap, kami wat tak tau je. ni dah masuk 2 3 batang, kena sound sket2 tu paham2 la. muka dah la tak hensem. bajet cool ke kau buat macam tu. haprak la kau ni.



---> the drinks are almost finish. muka pun bahagia je kan. thanks cik ina coz sudi bawak jalan2 sampai sini..heheheh....