November 30, 2011

1001 mlm pny citer

sungguh akak tak suka feeling2 macam ni. akak tak suka duk umah lepas tu teringat benda bukan2. ishhh...menci tau...hukhukhuk...dah lama kan akak tak post cerita baru. pe kata akak compile-kan je cerita2 yang akak termissed nak tepek kat sini. ala2 macam 1001 malam punya cerita..hahaha

last few days akak attend kursus kat JB. ini bukan kursus kawen k. lambat lagi nak ke arah itu. ini kursus pemantapan. biasa la akak kan tak mantap meletopssss...kah kah kah..don't get me wrong people. akak bukan g kursus mensolidkan body atau sewaktu dengannya. akak g training untuk advance part modelling @ IME Training Center. company akak kan sangat bermurah hati untuk sponsor pekerja2 beliau memantapkan ilmu yg sedia ada. hahaha. tiga hari jugaklah akak kat sana. ANNNNDDDDD....akak akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke DANGA BAY noookkksss....akak kan bangsa dusun sket. jakun tengok dusun pun boleh tergelak ini macam. bukan pe. excited sbb dulu nak sangat jejak danga bay. so, impian memang dah tercapai la. tak jauh sangat la dari tempat ktorang stay. about 15minutes to go there. ok la kan. orang bawakkan. janji aku tinggal jejak kat sana


kondo tempat akak stay. super syiok ada swimming pool. tp tak bawak extra baju la plak nk berendam ni...tengok orang dari tingkap bilikje laa..redha

orait.....saya dah sampai danga bay..macam kat korea tak..kah kah kah...celah mana rupa korea ni...actually ter-imagine crite stairways to haven...

okeh....ni la yang akak imagine cerita korea tu. sejibik sejibon kan. terbayang choi ji wu (tak tau eja nama btol dia) tengah main marry go round ni..hahahahah

actually akak susun cerita tak mengikut kronologi. jom berpatah balik ke zaman silam. few days before g training tu, sluruh umat islam menyambut aidil adha. syukur sebab kte diberi peluang untuk beraya aidil adha lagi tahun ni. akak tak wish la plak tahun ni. tak pe. tahun depan insyaAllah akak wish plak. tahun ni, akak beraya kat KL je. tak balik beraya kat perlis pun. syahdu kan. isk isk isk..mengalir air mataku....at least ada ugak kam kerabat akak kat KL tu.bukanlah bersendirian lagi di bili kecil ku di melaka..ngangangaaaa...raya tahun ni biasa2 saja. tak de wat korban sebab abah buat korban kat perlis. kalau time macam ni selalunya akak akan tolong proses daging sama2 dengan abah then sedekah kat jiran2. alhamdulillah...ada rezeki masing2. tahun ni celebrate sangat low profile. pagi g solat kat masjid, then berkumpul rumah maklong. around 12 g IKEA...hoiiii...sape ajar kau raya2 mcm ni g shopping IKEA....ADA AKU KESAH..kah kah kah. hasil pembaziran adalah sebuah meja empat segi kaler putih herge RM29.90 dan sebuah lampu tidur hergenye RM8.90 tapi lampu hampeh tak boleh on pun. mungkin akak tak beli bulb yang ada cop IKEA gamaknye. selesai shopping at IKEA, meneruskan sesi menaikkan berat badan kat rumah maklang @ ulu klang. and makan lagiii.....nexttt station....taman rasmi jaya.. daaaaaannnn MAKAN LAGI...memang raya haji perut den yang raya. yang sedihnya. tahun ni akak tak merasa daging korban. tak de rejeki..insyaAllah tahun depan ye nak...seterusnya...balik tido la...akak dah penat makan. esok pagi akak nak gerak balik melaka lagi.lusa baru la g training @ JB...
lomang ni bersusun cantik je kan kat situ. sebab bukan air tangan akak. well...kalau akak join sekaki ni lemang2 ni jadi kayu api je la..pandainye akak nak jaga lomang2 ni. time raya 2 tahun lepas pun akak boleh bior je lomang2 ni orang lain jaga. nak plak kali ni akak jaga kan..memang the end of the story diorang campak akak dalam api lomang ni je. 


see da marveles rendang yang menggiurkan ni. yummeh....acara wajib tak kire raya apa pun is mengacau rendang. tapi ni bukan rendang minang macam yang mak akak selalu masak tu la. ni rendang negeri sembilan. sebab tukang masak die orang nogori. pedas tu dah pedas la. it just not rendang minang. huh...bukan pebret sangat tp konsider sedap la...tapi tak leh lawan rendang minang mak akak...tapi akak makan sampai licin pinggan gak..tapi.....akak memang gelojoh sebenarnya time mentekederah...muahahahaaaaaaaaa

memang setan kan..malam raya boleh plak ktorang g layan crite alamak toyol kat ampang. sib baik crite boleh layan laaa..klu sampah memang nyesal tak sudah sebab tak tolong masak..kah kah kah...sebenarnye toyol ni sangat comel..sebab die pakai pampers...sebab die tak pandai mencilok..sebab die ada beg galas yang comel AKA beg botol susu.....sebab dia kurus keremfweng macam akak.haiksss.....

aktiviti on malam first raya..lepas makan kami main congkak. boleh teka kan mana lubang guli akak..(sebenarnye akak neves nak taip ayat ni.takut orang salah paham----->actually ni dah membuatkan org salah paham..KOME PAHAM TAK!!!!)hahaha...yang paling cket tu la akak punya...sedey...skill dah tak mantap. malam tu akak kalah teruk...straight set. kah kah kah

ni sepupu akak..kusyuk nau main. tapi asyik kena buli. tu sebab muka tarik sekupang. kalah teruk dari akak  ni. kire akak tak la loser sgt kan.kih kih kih


November 1, 2011

after 4 years of hardship

salam and greetings to all....

praise to Allah...finally....after 4 years....i am now graduated....syukur alhamdulillah.....pejam-celik-pejam-celik-malam bertukar siang and whatsoever, aku akhirnya confirm abes blajar..hahah...kalau nak flash back balik 4 years ago..perghhhh...macam2 dowh jenayah dan konspirasi yg aku buat. ponteng kelas la, kecoh time exam la (kecoh means aku memberanikan diri tanya jawapan kat kawan sebelah aku), waktu bengkel plak aku pernah sabotaj projek kawan aku..kah kah kah...gila keji sebab kawan aku tu dah nak siap projek dia. aku still terkapai2. sape kawan aku tu biar la rahsia. buat kawan2 yg terbaca cerita, aku mintak ampun la kalau salah sorang tu adalah korang..ngeh ngeh ngeh...konspirasi yang aku pernah buat plak macam bersama sama dengan rakan2 ku untuk membatalkan kelas.hahah...kalau tak silap aku time tu tahun 2. ada kelas dgn en H. kelas dia jumaat petang. biasa la kalau dah jumaat. petang plak tu. otak masing2 dh kat tempat lain. disebabkan desakan nafsu malas nak pegi kelas, aku call en H bgtau budak kelas mintak batal kelas sebab nak study. malam tu ktorang ada test. padahalllll....half of class aku dah sampai kampung masing2. yg en H ni pun batalkan je la kelas ktorg petang tu. sampai sekarang aku rasa jahatnya la aku time belajar. tapi tak boleh nak salahkan aku gak k..en H ni mmg malas buat kelas sebenarnya...hahaha....

tu cerita zaman belajar. sekarang memang tobat tak buat dah. kau giler nak sabotaj kilang kau keje. benda main duit puluh2 ribu. sedangkan silap buat pun aku dah kecut, nak plak aku saja2 sabotaj mold yang ada. nak kena kerat lapan belas. i'm becoming a good person now. insyaAllah....

last week 23rd october was my historic day. all my hardships + painful + laughter + sad + tension + and whatsoever paid with a piece of paper. it is not only a paper. it proves that i manage to overcome all those crucial time.
left is my ID card. right is my alumni card. aku dah convo..sape belum convo takde kad ni k...hahaha...VANGGA

kami dah grad...huhuh...ni lepas kluar dewan. trus je paprazis and mamarazis snap this photo. terasa cam artis plak...


with my family.skali g 8 orang. sampai chinese kedai ni cakap nenek aku pun ikut. tu makcik aku la.....

October 16, 2011

happy 23rd besday

HAPPY BIRTHDAY TO ME........




menggelabah je kan wish diri sendiri. biar la kat aku...dah orang tak nak wish kat kte, kte wish la diri sendiri. at least kte doakan diri sendiri. ye dok....seperi tahun lepas juga, aku masih meraikan hari l=kelahiranku seorang diri di dalam bilik. yang bezanye last year bilik lain. this year bilik lain. yang sama nye rumah masih rumah yang sama. haha...

for those yg wish akak (feeling aku dah tua bahasakan diri akak plak) kat FB and thru my HP...thanks so much sebab mendoakan akak. tweeter takde so xyah la search akak kat sana. harini akak wat open table makan ayam keyepsee. so sape2 yang nak makan pree mai umah akak sblm kehabisan stok. tenkiu....:D

October 14, 2011

dan segalanya berubah 30 darjah

uhhh....dah tak seseronok minggu lepas. isnin lps baru dapat berita my boss kne transfer to another department. arghh..stres..stress(tarik rambut)...sebelum ni suka sangat mengata die kan. bile orang tu dah tak de baru nak gigil kan. boring tak de keje la.itu la..ini la...bukan sebab takde orang nk jadi bahan mengata k. jgn prejudis sangat kat aku. aku tau aku tak baik. tapi aku tak la mcm zionis lahanat tu. asal nampak je nak tembak kan...--->  ok..story dah tersasar jauh.

since dah takde orang nak bagi training kat aku, sekarang ni aku g keje melangut dan melaghaaaaa saja. masuk keje 830pagi. tepat 535ptg aku dah galas beg balik. motif galas beg kul 530 sebab mesin thumb print kat kilang aku tu  lembab 5 minit. atas dasar keselamatan sejagat, aku kne kuar ofis kul 535 petang. bijok dok temang..

objek fokus pada jam dinding. jam kat dinding cepat 5minit. jam itu la jugak yg aku tengok hari2 especially kalau nak dekat pukul 10pg, 1 tengah hari dgn 530 ptg. paham2 korang la sebab apa kan..hahah..motif kedua gambar utk mempamerkan ruang kerjaya aku.buku nota utk mencatatkan komen dan cadangan dari pihak di sebalik pintu kpd aku berkenaan kerja2.jari jemariku tolong abaikan. time shoot photo ni aku berlakon konon2 tgh wat keje. padahal kau tengah buat shooting murahan ni.

alien #1. jgn terpedaya. ni bukan tengah buat kerja. disebabkan dalam bilik ktorg sekarang dah ada jerung besar, buat2 rajin je. padahal sekarang bukan ada job pun. walaupun sekadar membelek catalog pun boleh diklasifikasikan sbg "membuat kerja"..

ini la saja harta yang diwasiatkan oleh bos lama aku. kerusi dan meja2nya.sekarang ni sape2 nak duduk pun boleh. tu pun kalau MR.jepun tu tak de la. takkan nak meriba plakkan. plik plak orang tengok.

abaikan sekali lagi tangan yang besar itu. kih kih kih. objek yang difokuskan pada pintu itu. nama diberi "pintu sukahati"..dah nama pun keje dgn jepun, setiap nama mesti diterapkan dengan elemen jepun. "pintu sukahati" diambil sempena pintu yang doraemon selalu guna tu utk dia escape ke tempat lain. hehehe..pintu dalam bilik ktorang ni tembus ke stor. so sape2 nak melarikan diri boleh escape ikut pintu ni terus ke stor.  

catalog misumi: semata mata untuk mengaburi mata2 yang memandang. konon2 time ni aku tengh study catalog. wakluuu nak study catalog kan. bukann kalau kau nak order barang haram tengok catalog pun. 


October 5, 2011

smile

okey....dia dah datang melawat aku...

time: 1930-2330

date: 4th October 2011

venue: dataran MBMB..

p/s : lepas ni tak tau bila plak...............

September 27, 2011

helpless day

dear friends...

can u give me a favor. i have a situation here. i have a problem to tell him that i miiiiiiisssss him so much. i just don't know how to tell him so that he really understand my feeling right now. it just that everytime i tell him that i miss him, he just ignore it. i really wanted to say these to him....

~bila u nak dtg jumpa i.....

~u tak ingat kat i ke...

~u nk dtg bila i tak boleh tengok u dah ke...

but...sadly, i don't have guts to say these to him..please anyone....show me the way or at least make me feel he's coming.........

September 21, 2011

that f*^%&&*g hospital

salam and greetings all....
(sebelum memaki hamun, elok lah memulakan dgn yg baik2)

ini satu kisah aku nak cerita yg jadi kat aku tadi. selalunya aku jarang nak cerita2 kat orang pe jadi kat aku setiap waktu kat public macam ni. but since today mood yg tingtong plus dgn keadaan cuaca yang tak berapa nak cerah, aku rasa aku patut amik inisiatif untuk berkongsi cerita duka dengan semua orang. >>yeah..credit to me for being so sharing<<

alkisah malam tadi tetiba pingang aku amatlah terasa sakitnya sehingga aku nak bangun pun tak boleh. plus dengan suasana suram- suram *of course la beb kau tutup lampu*dusshhh* aku nak bergolek kiri kanan pun sakit yang amat. so, pagi ni, dengan semangat yg tinggi nak jumpa doktor, then i drove to clinic just opposite to my *pent-house* sesampai je kat sana aku telah menjakunkan diri. almaklum aku tak pernah g klinik kerajaan. teeeeet.....

situasi 1 (di kaunter pendaftaran)
aku: saya baru nak register then nak jumpa doc
nurse : (sambil menunjukkan isyarat tangan ke kanan)

ok..disitu aku paham2 sendiri dia kata g kat kaunter sebelah....

aku: saya nak daftar.
nurse: tak pernah datang sini ke..?
aku: tak pernah. pertama kali. (tp dalam hati aku cakap. dowh, kalau dh dtg kali ke 2 tak de nye aku nak register for 2nd time)
nurse tu mintak ic and suruh aku tunggu...

situasi 2 (diruang menunggu)
lepas 15minit tunggu, namaku dipanggil..sajak btol bahasa aku. then dia suruh aku g tunggu kat bilik no 3. so fine, aku pun berjalan dgn konfidennye mencari bilik no 3. sampai kat satu area ni, aku terkinja kinja cari nombor bilik. but, tak mau tunjuk kejakunan aku sangat aku duduk kat kerusi yang ada. time tu aku perasan sume wanita- wanita pandang kat aku. may be sebab aku gorgeous kot. *back hand* tak jumpabilik nombor 3, aku tanya kat kaunter.

aku: cik, bilik no 3 kat mana.
nurse: bilik tu kat ruang sebelah sana. sini untuk IBU MENGANDUNG.

daaaaannnngggggggggggg.......aku terasa muka aku panas dowh. patut wanita2 tu pandang aku. mesti diorang pikir dak ni muda lagi dah pregnant. tak pun diorang pikir, kesian dak ni, dtg check up tapi husband tak teman...panas beb...panazzzzz.....aku jalan buat bodoh g ke area sebelah sana. masa tu tak pikir pinggang sakit ke hati sakit ke. yang aku pikir malu sioooottttttt.....

situasi 3 masa dalam bilik doc. baru aku tau macam ni rupanye jadi doc kerajaan eh. aku bukan nak prejudis or what so ever la kan. tapi lumrah manusia akan compare dengan sekeliling kita. first doc tanya sakit pe. then die tanya period ke. pastu dia tanya pernah senggugut teruk ke. lepas tu suruh berdiri then tunjuk tempat sakit. after that tanya aku ada alahan to ubat or apa2. so aku geleng la. lepas tu dia cakap ok, u boleh ambil ubat.what the f*&k kan. senangnye ko study medic dulu. setakat tanya macam tu je. then suruh patient amik ubat. kalau macam tu, budak study PR pun leh jadi doctor dowhhhh....bila aku tanya MC dia cakap aku tak dapat. helllooooooo....aku sakit sampai tak dapat bangun tup tup ko cakap aku tak dapat MC...macam mana aku nak rehat...dasar !!!.terpaksa la aku rehat tanpa gaji hari ni....demmmmmmm.....