December 28, 2010

::coti coti mesia::

salam and greetings to all...

sebulan sudah berlalu. kini cutiku pun sudah sampai ke penghujungnya. pada 30 december ini, aku akan kembali ke bumi di mana parameswara telah ternampak seekor pelanduk menendang anjing2 peliharaannya (maka nama pun diberi melaka) tragis sungguh kerana mengikut sejarahnya, 2 ekor anjing ditewaskan oleh seekor pelanduk yg kecil saiznya. patutlaaaaa org2 melaka ni gagah perkasa mcm hang berlima. uhuks..apa kawe ngarut ni. actually nak imbas kembali sejarah yg teman blaja dlu masa kat sekolah. nak test ingat ke tak lagi..hahaha..ternyata banyak ni je la yg teman ingat. hahaa..ok.

semester break kali ni agak pendek compare to other semester break. almaklumlah, balik pun lambat sebab ada kerja yg tak settle lagi kat utem. tp itu kisah sebulan yg lalu. pejam celik dah nak masuk ke semester baru sudah. how time flies. people never realized it. eventhough break kali ni pendek, tapi tak semestinya i do not enjoy it. i enjoyed them very much. meeting my friends, going for vacation, picnic with my family, hanging out with 3Ds and so many things i did. haha...and so many invitations from my friends too. kenduri kawin la, kenduri sambut baby pun ada, kenduri saja2 nak jamu aku makan pun ada. best kan cuti hujung tahun. kawan2 yg selamat menamatkan zaman bujang tu tak yah cakap la. mmg ramai pun. (aku je yg bersendirian lagi..hahah) sangat bahagia diorang. alhamdulillah, kebahagiaan memang milik setiap insan di atas muka bumi ini. bila sampai masanya, nak tolak pun x sanggup..ahaks..

dengan family pun best what. lebih2 lagi bila ada family mcm family ak ni..(sape tak best dgn family sndri kan) jejak je kat perlis ni, mcm2 tempat ak sampai. even on the way back from kl pun sempat lagi berjalan ke ipoh town pekena mee kuah hj ramli yg superb marvelous. round2 pekan ipoh cari popia and cari baju kat green town. hambek ko gayah. skali pusing semua tempat aku redah. hahaha.. selang 2 hari after jejak indera kayangan ni, berjalan p penang plak. haish, konon nak usha anak mummy sorang (bukan mumia ok). dapat mcm azad pelakon ganteng tu pun ok la kan. hahaha... pusing2 komtar shopping lagi. hahah..kerja ak perabih duit mak pak je la.ehehe. tape2 nnt teman dah koje, teman shopping plak utk mak bapak teman..ye dak..lagi baru2 ni teman and family pegi mandi manda kat ayaq terjun sedim. wuiyooo syok x bley blah. air dia deras plus sejok tak yah sembang la even hampa pandai kuak lentang ka kupu2 kuak tunggang terbalik ka. aku berani bertenggek kat batu sungai tu je. well, berdasarkan saiz badan teman dgn skill swimming teman yg tak berapa nak pro x pro ni, rasa2nye kalau hanyut ada ke org jumpa balik. hahaha... sedim popular dgn jalan atas titi gantung diorg or what we call tree top walk. tp nak jalan atas tu je kne bayar sepuloh hengget sekepala. tak berbaloi kot. klik2 photo sekefeng dua sudah kat tepi2 tu. at least aku pernah meninggalkan jejak2 akak kat situ..ahaks...tak habis kat sedim saja hokeh. bergeraknye teman sekeluarga dr kulim, ada agenda lain dalam pemikiran dan otak kami semula. lalu, kereta yg dipandu oleh en abah membuat kona baring menuju ke merbok kat kedah. apa best kat sana? burung merbok kah. uitm merbok kah..no no no..depan sikit dari uitm merbok ada satu tempat bersejarah nama dia candi lembah bujang. so, sape2 yg tak pernah belajar sejarah or terlupa pasal sejarah, meh akak story. kat situ ada kesan peninggalan ajaran hindhu that is candi. so pedagang2 asing yg mendarat di pelabuhan akan stop kat lembah bujang ni utk berdagang or rehat2kan minda sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini..hehehe...itu teman tambah sikit2. nak bagi gempak..nak tahu lebih lanjut, sila la ke sana. buka dr jam 8pg sehingga 10mlm. nak picnic pun blh sbb ada air terjun super cantik kat sana. lepas tu blh la lajak ke tanjung gawai..hahaha...ekspedisi kami sekeluarga belum tamat di candi lembah bujang. skali skala tengok tempat orang ni boleh tambah pengalaman and pengetahuan ye dak. kat TG ni tempatnye lebih kurang kat pangkor je. tepi laut and sumber ekonomi diorang is bisnes ikan kering. sebijik la mcm kat pangkor. blh shopping lg. tp ikan kering je la.. nak shopping vinci ke, bonia ke, levis ke, giordano ke, tak de la kat situ.hhehehe..perjalanan balik kami lalu persisiran pantai and kaki gunung jerai. tp disebabkan malam, suasana gelap gelita. nampak lampu jalan, lampu kereta dgn lampu rumah org je la. watever it is, it was a wonderful experience and u just can experience it only in MALAYSIA. so proud to be malaysian. majulah sukan utk negara and semoga malaysia menang bola nnt menentang indonesia.( apa ini..sudah lari tajuk hokeh)

well, that's the story behind my semester break this time. may god bless us..

nota kaki:
congrates to hanim and hubby for their wedding and to kak amy maslia for their new born. so sweet la both of you.

agak2 kalau atuk and nenek aku ada lg, diorang nak sokong malaysia ke indonesia ek. diorang asal indonesia tapi berhijrah ke malaysia..heheheh

>>nnt upload photo..mode malas ni...hahah

No comments: