January 25, 2011

::5 perkara tak boleh blah pasal UTEM::

salam and greetings to all...

do you proud to be utem's student?? hahaha...of course la kan. kalau tak kenapa pilih utem. tapi bangga2 pun still ada beberapa perkara yang aku memang tak boleh blah. cekit dis out...

--> klinik terletak nun jauh dari tempat tumpuan pelajar. korang cuba bayangkan klinik ni letaknye kat bahagian paling hujung dalam utem ni. ish ish ish...nak kesana pun bukan senang kalau takde kenderaan. nak jalan..hurm..agak2 kalau tengah sakit sanggup ke nak jalan sampai ke sana. pada pendapat aku la. klinik ni sepatutnya kat area2 yg mudah kte pergi. aku selalu cakap kat kawan2 aku, kalau la ada pesakit yg sakit sangat, sementara nak sampai kat klinik boleh pengsan pesakit tu.

--> pernah tak korang rasa amik exam dengan lalat dalam exam hall. ahaha...u will experience this at utem. kalau setakat sekor dua lalat tak pe lagi. ini dah macam duk makan kat kedai mamak tepi longkang dah. aduuhh...aku paling lemah bila time jawab exam tangan tergawang gawang halau lalat yg datang hinggap kat aku. haishh...mengganggu konsentrasi btol la.

--> ni pasal technician utem. ada la sorang technician wanita ni (teeettt). mak aih. kereknye. macam la dia tu lecturer kitorang je. as a pembantu student suppose bantu la kan. kami ni STUDENT. ada jugak buat kerja tak kena kat mana2. nak guna machine yg besar gedabak tu bukannye senang and bukannya hari2 kami mengadap machine tu mcm u all. bila student tak reti pakai tolong la tunjukkan. ni tidak. main sound kami macam la kami ni hari2 guna machine tu. nak tegur kami satu hal. gaya tegur tu yg paling aku tak boleh blah. macam nak smack down je pompuan tu. "kamu tahu tak kamu pakai drill bit saiz berapa. tahu tak sesuai ke tak dengan drill tu." mak aih. kalau boleh paste muka dia kat sini, aku dah paste dah. macam haperrr je. kalau salah tegur la elok2 sis. ni mcm nak cari gaduh je. where is your manners. tak belajar ke sebelum masuk kerja kat utem. jangan sampai aku jerit "KO TECHNICIAN JE PON". kan dah kluar aura blagak sombong aku. hilang respect kat ko kang. technician lelaki gak yang bagus. huh...(marah betol ni)

--> disebabkan utem ni universiti yg baru lagi (10 tahun tu baru la kan) banyak lagi infrastruktur yang belum siap. salah satu darinye fakulti aku. i mean by its lecture hall la. ktorang still kena menempek kat fakulti lain utk lecture session+tutorial and what so ever. kalau kelas dalam satu hari tu dalam bangunan fakulti yang sama ok la kan. tapi ada certain time kena move dari one faculty to another one. mak aih. bukannye dekat2. kalau dari FTMK to FKEKK mau dekat 500++ meter kena menapak. wuiishhhh jauh tu. kalau tengahari camne. kalau hujan camne. koridor takde nak menghubungkan antara fakulti2 yg ada.

--> korang nak rasa jam tak dalam kawasan universiti. kalau nak rasa boleh la berkunjung kat utem ni. hahaha.. utem ni sangat baik hati sebab student dibenarkan bawak kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi and kami dah boleh bawak kenderaan sendiri since year one lagi even takde pegang jawatan dalam mana2 persatuan or kelab. so kalau nak gerak dari 1 destinasi ke destinasi yang lain opkoz kena bawak kenderaan masing2. time ni la jam especially kalau jalan2 yg sempit. kadang2 sampai selisih dengan bas utem. kenderaan staf dgn kenderaan student kadang2 tak dapat nak bezakan. dah semua bawak kenderaan kan. hahaha..

1 comment:

Unknown said...

awk..tahun 2016 skrg ni,hostel ada internet tak?laju tak?