February 10, 2011

::artifak kesayangan aku::

salam and greetings to all..

disuatu hari, aku terbongkok bongkok dan terjuloq juloq mencari folder sijil aku. mama aku pun pelik bab pe ak menyepahkan rumah semata- mata nak mencari artifak aku yg satu tu. aku pun jawab ar "sekarang org tgh sibuk apply kerja. sebab tu nk cari sijil tu"...wakakakaka..mama aku buat muka sememeh je bila aku jawab cenggitu. sampai hati u mama..hehehe..aku tau bab apa mak aku wat gitu. sbb aku ni hot hot chicken dung je wat kije. tp memang betol pun. hari ni aku dah tak bukak mana2 laman web cari kerja. sebab yg utama : AKU MALAS LA WOI..

finally, jumpa gak folder sijil aku tu. tak tau la aku ni mewarisi baka sape. spesies suka letak barang merata tempat. bila nak guna baru terkial kial godek satu rumah cari barang. barang penting plak tu. huhuhu. folder tu leh terselit kat dalam almari kat ruang tamu rumah. tak tau camne leh sesat ke situ. mungkin mama amik nak tunjuk kat bakal mertua. nak tunjuk ar cket pencapaian anak dia dari tadika sampai universiti. boleh demand duit hantaran tinggi sikit. wakakaka..

---> ni la artifak aku. kalau pamerkan kat muzium negara konpem jadi rebutan makcik2 yg ada anak teruna.


sambil duk selak2 kira sijil cukup ke tak, aku tergelak sorang2. bukan pe, di antara tu ada terselit sama report card masa sekolah rendah. sib baik aku tak terguling jatuh tangga. lepas ni kena beringat. nak baca report card zaman sekolah jangan duk tepi tangga. nape nak gelak plak. hehehe...imagine zaman sekolah darjah 1 dulu biler cikgu suruh isi column "cita- cita". cer teka aku letak apa..hahahaha ---> meleleh seh air mata time ni. bukan sebak sebab cita- cita tak tercapai. tapi sebab menahan gelak tengok impian aku waktu air liur basi duk meleleh lagi. ada 3 column utk pilihan pertama, kedua and ketiga. pilihan pertama aku doktor. kedua guru. yang ketiga ni aku nak meronta ronta mintak orang buatkan CPR kat aku. cita- cita nak jadi KERANI. penat mama abah hantar g sekolah. ambition nak jadi kerani je. tak guna btol.hahaha...ok fine. nasib baik aku tak meneruskan cita2 murni utk jadi kerani tu. bukan nak menghina k...selak lagi report card. jumpa "REKOD PERIBADI - SIFAT2 DIRI"...kejamnye cikgu aku time tu. kalau tak silap nama cikgu aku time tu Puan Narma (cer terbalikkan nama cikgu aku jadi apa --> bab tu aku boleh ingat sampai sekarang) tapi mungkin betul apa yg cikgu aku isi kan tu. sifat2 aku jatuh dalam kategori B dgn C je. self confidence dgn pergaulan C. teruknye. padahal aku kecik2 dah pandai bersosial hokeh. kalau appearance tu boleh terima gak C..hehehe...dulu aku memang selebet je. sib baik darjah 1 sampai darjah 2 pakai pinafore lagi. kalau tak baju putih tu dah jadi coklat. kah kah kah...sesungguhnye aku seorang yg malas belajar. cikgu kategorikan kecenderungan aku belajar C..hahaha.. damn...teruk syiaal...

---> terserlah kebudak budakkan aku dulu....hahaha


selak2 lagi ---> dah macam apa jer sehari tak wat keje umah duk mengulit folder tu. hantu tol anak pak aji ni. terjumpa plak laporan penilaian. ni plak report setiap kali exam. giler bangang aku dulu. hahaha. column tandatangan guru di-sign oleh mak aku sendiri --> sebab dia guru kelas aku. balik rumah suh abah aku sign bagi pihak ibu bapa..ngeeee...konpem time ni kena ceramah motivasi. sib baik dulu abah bukan macam tentera jepun. kalau tak gerenti tangan+punggung aku berbirat.

---> c how pandai i was... 6 KAMIL tu dulu kelas yg pertama tau.. akak pemegang rekod student tak penah turun kelas hokeh. bukan x bijak. kurang cerdik je...


aku syg giler folder ni. sebab biler dah kawen boleh tayang kat laki aku. boleh nak kuarkan aura berlagak giler nak mampos kat dia. boleh cakap cam ni kat dia.."darling, i dulu time sekolah pandai kan. i dulu aktif kan. i masuk bertanding sampai peringkat kebangsaan. u dulu sampai daerah je kan"..kah kah kah kah...dasar bini tak tau untung. dengan laki sendiri pun nak berlagak..well...kalau aku dapat laki lagi hebat mmg aku sembunyi baik2 folder ni. kalau tak, konpem sampai anak cucu cicit ktorg dia jual sijil2 aku ni. hehehe........"ampunkan hambe bakal suami..."--->without knowing sape bakal suami tu...hahaha...

---> okeh..ni bukti akak lulus sekolah tadika...amacam..comel tak ak dlu...cakap je la comel!!!


finally...may god bless u....



No comments: