April 22, 2011

::have a break..have a cucoq ikan bilis::

bila dah study pun rasa macam nak termuntah kalerful, time tu jugak la otak akan menarik perhatian si tuan punya badan untuk melakukan sesuatu. seminggu  sudah minggu study week. first paper will be on monday 25th. dah kejung otak ni menghafal segala teori teori serta rumus yang berbelit belit ---> itu pun nasib baik buat short note. kalau tak harem kau nak menghafal pqah. biase la u. bila dah final year ni, jam ni jugak terasa dah terlalu lama rasanya study. tak sabar nak rasa pegang duit sendiri atau lebih tepat lagi nak kerja makan gaji. nak kerja sendiri tak dapek la. modal wat bisnes nak pakai apa. nak pakai daun gugur tepi jalan. mujur jugak la paper 25th tu sembilanploh persen deal with numbers. so, bersemangat jgak lah makhluk species aku nak study. kalau teori semata mata yang menuntut perhatian aku untuk membaca saje...ke gaung la jawabnye.

taraaaa........my cute cucoq ikan bilis..or some say jemput jemput. hidangkan panas2 beserta teh o, time study pun boleh tinggalkan semuanye demi cucur ini.hehehehe...bajet sedap sangat cucur kau ni..
.
.
.
.
.

tangan2 yang gelojoh..time aku tanya sape lapar tak de sape nak ngaku. bila aku nak  buat cucur baru la ke kedai beli gula nak buat air teh. hurm....dasyat la orang tak lapar ni..heheheh

habit aku time study memang tak menahan. aku boleh menghadap calculation selama 2 jam plus plus tanpa panggung kepala kalau perut aku berada dalam zone selamat. tapi kalau perut aku dah terkeluar dari zone tu, kau bagi soalan senang tahap petala langit ke tujuh belas pun aku tak layan. tengah bulan...biasenye purse akan semakin menipis. time ni la aku akan menghargai setiap sen yang terkeluar secara tak sengaja. to make sure i have enough RM till the end of this month (till my father bank-in me HIS money) aku rela perut aku diikat kejap dari makan hidangan yang enak enak belaka. untuk itu, aku mengambil inisiatif untuk menghabiskan tepung yang dah berkurun kat dapur tu dengan membuat cucur ikan bilis. hehehe...without amik tau tepung itu elok lagi ke tak. as long as esok pagi tak cirit birit ok la kot. hehehe..---> kalau sakit, klinik utem ada. ubat FREE...

waktu ni la kami berempat (coz hawa wasn't around) menghadap cucur air tangan aku dengan teh o panas juga air buatan tangan aku dengan begitu berselera sekali. fuhhh...licin beb kejap je. kalau tak aku tak mau goreng banyak. tapi mengenangkan perut masing2 macam perut naga tasik chini, aku tambahkan amaount cucur tu..akhirnya lesap jugak semuanya. alhamdulillah. rezeki tak baik buang2. nanti Allah tarik balik rezeki tu, sape yang susah. nak pulak bangsa macam aku ni. yang asyik nak mentekedarah je kerjanye. bila perut pun dah kenyang, insyaAllah aktiviti menelaah akan berjalan dengan lancar. by the way, i have no more feeling towards books and those numbers yang aku eager nak buat sangat tadi. gara2 mata dah stim2 macam ikan kukus, i prefer to read novel..muahahahaha....okey sekejap jer. malam cket aku akan sambung balik dgn calculation tu. and ini la yang dikatakan ibarat menanam tebu dipinggir bibirmu. kata2 manis untuk sambung study berkubur macam tu saje bile dengan pantas dan tuntasnye blog juga yang aku hadap. after blog-walk kat few blogs, aku hapdet blog rosadeena plak..wikiwiki.....

and malam pun berlalu dengan tenang dan aman...dengan semangat yang kental, aku nak sambung study. sikit pun takpe. janji aku study.heheh...challooooooo

No comments: