April 20, 2011

::ini buat saya marah::

first thing yang aku nak buat masa sampai melaka pagi tadi is cium tanah. sebabnye, aku berjaya sampai ke sini dengan jayanye.ok.. exaggerate sungguh. for the first time, from perlis to melake, i took 3 buses. what the fish. apa punya lembab pengurusan si syarikat bas ni. 

aku beli tiket dari satu kampeni bas ni. nama dia tak payah la aku mention kan. nanti tak pasal korang sume dah tak nak naik bas diorang. tak baik plak menutup periuk nasi orang kan. so fine...tapi diorang ni masa kat station bus kangar lagi dah buat aku hangen. bas suppose gerak kul 9mlm tapi 9.10 belum sampai lagi. fine, try to think positively. diorang amik passenger kat kuala perlis dulu kot. tapi, bila bas tu sampai je, isinya yillek. ada drebar je. maknanya apa. diorang sememangnye lambat. takpe..aku buat tak tau je. janji aku sampai melaka dengan selamat. kul 9.30 bas pun gerak. sampai alor star amik passenger lagi. time ni, tukar tiket bas sebab tiket masa beli tak de cop nama kampeni bas tu. it's okey. tu keje korang. dengar dengar bas tu patut jalan 1030malam. tapi 1040 belum gerak lagi. so, dua kali dah tak menepati masa. susah btol kampeni bas yang baru nak hidup ni. 

so, cam biasa la. diorang mesti akan amik passenger lain kat butterworth plak. on the way ke butterworth aku tdo je. well, the bus was very nice condition. air cond sejuk. condition memang tip top. aku bagi pat bintang stengah. tapi servis...hurm...kelaut...sesampai je kat butterworth, dia buat hal lagi. sesedap aku buat air liur basi, diorang kejutkan passenger. time dah 12am sape yang tak nyenyak tdo tengah sejuk camtu kan. mesti la best melayan mimpi masing2. naik amoi sekor ni buat announcement..."sapa p seremban dgn melaka, mintak tukar bas sebelah ya.." dengan keadaan aku yang separa miong sbb terkejut dari tido, suhu aircond yang sejuk pun boleh buat aku hot satu badan. as a penumpang yang bayar tambang sampai 55 hengget utk ke melaka dengan keadaan yang selesa, so aku ada hak nak tanya KENAPA????...

aku: kenapa nak tukar bas plak....
amoi: solly..solly..I pun tak tahu.
aku: kenapa u tak tahu tapi u suruh tukar bas.
amoi: aiyaaa...tanya itu bos..(dia jerit2 panggil bos dia)
aku: tadi kata bas ni direct ke melaka. kenapa nak tukar lagi. kalau I tak mau tukar?? (time ni aku bersemangat nak marah amoi tu sebab muka dia dah kecut. well, akukan muka singa kelaparan. and aku mendapat sokongan yang padu dari sorang lagi penumpang yang nak ke melaka gak)
drebar buncit: kalau adik nak naik jugak bas ni boleh tapi sampai simpang pulai je. tukar bas kat sana. sebab bas yang sepatutnya rosak.  

and time tu dalam hati aku jerit kuat2..what the hell....masa beli tiket kau promise macam2 kat orang. bas elok la. jamin sampai pada waktunya laa. and now ko suruh tukar bas. aku faham la bas tu nak rosak bukan boleh jangka. tapi at least kau bagi la bas yang rupa elok jugak. bas yang kau bagi tu burok and this bas nama dia something like PME. but for me ni bukan PME okey. ini PMS. nak gerak pun tersengguk sengguk. all the way bunyi cam skru nk tercabut. dah la aku dapat seat kat atas tayar. sepanjang jalan badan aku terlambung lambung. so fine. aku lalui malam tu dengan penuh kesabaran. memikirkan esok paginye aku ada kelas kul 10pg, hopefully aku dapat rehat yang secukupnya untuk attend kelas pagi tu. tapi memikirkan kondisi bas tu...hanyuuuttt.....

and the night went on not so good. sampai kat behrang. once again drebar suruh penumpang seremban melaka turun. woooiii...aku memang dah hangen. budak perempuan sebelah aku pun merungut tahap gila vavi. tak pernah la lagi aku rasa jumpa seorang wanita mengeluarkan kata2 nista depan orang lain yang dia baru kenal. dia sememangnya dalam kemarahan. kau tengah tidor and suddenly orang suruh kau hangkut beg kau yang gedabak besar tu. i knew how you feel. mujur bas kali ni elok. and aku cepat2 naik bas and book tempat yang selesa yang amat. dengan harapan tiada lagi penukaran bas berlaku. yeah. finally sampai ke seremban bas yang sama gak aku naik sampai ke melaka.

tapi disini aku nak menegaskan, check la condition bus tu sebelum gerak. kau nak bawak patplohpat nyawa. kalau kau pemandu berhemah sekali pun tapi bas kau macam bas zaman bas-mini-kaler-pink pe kejadahnye kan. dalam bas tu ada budak kecik, ada orang tua tak larat. kalau semua gagah perkasa muda belia macam aku tak pe la jugak nak tukar tiga pat kali bas. kalau yang tulang sendi pun tunggu masa nak terkeluar soket, kau bayangkan la diorang nak mengankut beg2 yang cam baru balik mekah je gayanye. alahaaaaaiii...yang satu tu syarikat baru nak hidup. yang satu lagi bas tak pernah plak aku dengar nama dia. macam mana laaa korang nak hidup lama. macam mana laaa orang lebih prefer TRANSNASIONAL dgn MARA LINER je. renung2kan la demi masa depan syarikat korang yer......wallahualam...... 


No comments: